1/30/2011

Dilema

Aku sekarang tengah pegang satu benda. mari kita gelar sebagai E. kadang2 aku suka kat E. kadang2 E buat aku gila. aku rasa nak lepaskan E, dan cari yang lain. ramai jugak yang suruh aku buat perkara yang sama. dalam waktu aku benci E, E buat aku rasa seronok. tapi kadang2 aku tertekan. tapi banyak bende yang buat aku rasa sayang sangat nak lepaskan E. tak kurang jugak bende yang aku rasa nak sangat lepaskan E. mungkin aku kene buat is-is not table kot?

satu hari tak diduga, ada yang nak bagi aku P. tapi, bila aku selidik, P ada kekurangannya. dari satu sudut keduniaan. banyak sangat perkara yang E ajar aku. tentang dunia. kehidupan. tapi aku tak tahu apa yang bakal P bagi kat aku. adakah lebih baik. adakah lebih teruk. atau sama. aku tak rela jika sama atau lebih teruk. aku mahu lebih baik. tapi masalahnya, kalau aku mahukan P berikan aku lebih baik, aku kene buktikan yang aku pun boleh bagi lebih baik kepada P.

okaylah. kita tunggu dan lihat. bagi peluang kat E. adakah E kekal atau aku akan beralih arah kepada P.

aku baru je kan beli kasut. lain tak bukan kasut futsal. aku guna semalam. kedua2 belah kaki aku melecet. tak teruk, tapi sepanjang hayat aku bersukan, ni kali pertama melecet. aku pakai stokin. walaupun tak tebal, tapi itulah stokin yang aku pakai selama ni. aku jugak ada beli glove. tapi masalahnya, warna glove dengan kasut sangat kontra. lagi kuat perasaan aku nak beli kasut baru. tapi aku nak wat evaluation. adakah stokin tak sesuai, adakah kulit aku yang makin halus..awww!, atau badan aku makin berat. haish. membazir.

okaylah, kita tunggu dan lihat. bagi peluang kat SALA. adakah SALA akan kekal atau aku akan beralih kepada yang baru.

dunia.
ada salah
tak ada pun salah
signature2

5 comments:

asip محمد said...

kasut branded syg?

HUDA said...

beli guna titik peluh sendiri, mestilah sayang..xsampai setahun kot..

asip محمد said...

itu pertanyaan syg.. bukan pernyataan.. hahaha

Ungu said...

choices..
decisions..

bila serabut kepala otak,


aku tido.

huda said...

asip; oh..haha..sorilah..lampi..
er..konon high quality..hahaha nak pakai lame lah niatnye..adeihh

ungu..err..bangun tido nanti kene pikir balik..huhhu~

Resepi Choc Chip Cookies

Bahan A 250gm butter atau marjerin (buttercup tu contoh marjerin. kalau pakai pure butter, bau dan rasa lebih sedap berbanding marjerin) ...