9/30/2009

sabar

ya, hari ni aku berjaya habiskan satu novel bertajuk "pei pan". 'pei pan' adalah satu istilah dari bahasa Mandarin yang membawa maksud 'pengkhianatan'. oh ya, novel ni dah lama diterbitkan. biaselah, penulisnya mestilah Ramlee Awang Murshid. aku baru baca. tu pon sebab jumpa kat rumah Lis haritu. dapat aku tukar ngan cerita Anugerah Pertama. hehe.

cerita ni, best. dari awal kisah, aku dah tak sabar2 nak tau endingnya. walaupon bila sampai kat tengah2 novel tu aku dah dapat agak sape dalang utama untuk kes ni. tapi aku still seronok bace sebab En RAM susun plot ni dengan hebat sekali. ye, sangat hebat!

aku tersentuh bila dia tulis tentang quote dari Aristotle:
we will not get to where we are going if we have forgotten where we have come from.
mulanya, aku sangka dia nak ulas, erm... kalau kita lupa tentang masa lampau, mungkin sekarang kita sukar untuk kecapi sesuatu yang dikejar. rupanya dia ulas macam ni. simple n perkara ni selalu kita diingatkan; (ini ulasan aku, tapi adaptasi dari novel dia. hehe) Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. betul. kalau kita lupakan Allah, adakah kita akan kembali kepadaNya, sebagaimana Dia menciptakan kita? Dia menciptakan kita sesuci2 manusia, cukup sempurna, adakah kita akan pulang dengan suci dan sempurna tanpa sekelumit dosa? mustahil. tapi berdoalah, semoga kita ditempatkan bersama orang2 yang beriman. mesti ingat ayat ini:

Tuhanku, aku tidak layak ke syurgaMu. tapi aku tak sanggup ke nerakaMu. oleh itu kurniakanlah ampunan kepada ku, ampunkanlah dosaku. sesungguhnya, Engkaulah pengampun dosa2 besar.

ada lagi. dalam novel ni, aku rasa geram sangat. bayangkan, orang yang kita percaya sebagai sahabat sejati, senang susah diharungi bersama, tapi mengkhianati, menjatuhkan dan tikam bertubi2 dari belakang secara terang2an! rasa nak bunuh orang tu tak? watak Karim sangat penyabar. sikit pon tak berdendam dengan kawan baiknya walaupun dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, syarikat bangkrap, anak lelaki tunggalnya meninggal dunia, dia tempang, akhirnya Basri diberkas dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Allah Maha Adil. jagalah hubungan sesama manusia dengan baik. elakkan menipu kerana tipu itu adalah bapa kepada segala kejahatan di dunia. pesan ini khas untuk diri sendiri.

p/s:
1) nota di atas (text bawah header) juga diambil dari novel ini. hehe
2) sabar2..hahahaha~
myself

4 comments:

Sekeping Hati said...

huda giler.. bongek.. senget!!!! (:26)

Huda said...

janganla puji aku macam tu :01 :27

Sekeping Hati said...

ape ar ko punye symbol ni.. tak kuar pun.. ish2..

Huda said...

:18 ko yang tak reti pakai~ :19

Resepi Choc Chip Cookies

Bahan A 250gm butter atau marjerin (buttercup tu contoh marjerin. kalau pakai pure butter, bau dan rasa lebih sedap berbanding marjerin) ...