9/23/2009

malang tak berbau

semalam, cuaca sangat panas. semasa perjalanan ke kl aku bace paper Metro (lagi) dalam kereta. muka depannya mengisahkan tentang seorang abang yang berusia tujuh tahun menjerit2 meminta kereta yang menyeret adiknya, 5 tahun untuk berhenti. aku dapat membayangkan betapa tragis dan sedihnya kejadian tu. yelah, melihat seseorang di'bunuh' di depan mata walaupun perkara itu boleh diklasifikasikan sebagai 'tak sengaja' oleh pemandu tu. kemudian, aku berbual dengan adik aku tentangnya, sambil aku duduk menghadap kanan jalanraya. ketika itu, ayah memandu perlahan di lorong tengah sebab lampu isyarat dah merah dan dari jauh ayah dah start brek. tiba-tiba aku terdengar 'streeeeecccchhhh......... streeeeeeeeccccchhhh'

'eh! eh! eh!' tu je yang aku mampu cakap smbil menunding ke arah kereta Merce yang meluncur laju di sebelah kanan jalan. BOM! Mercedes itu telah melanggar pungkok Saga baru di depannya. Saga baru tu melantun kedepan (sikit, tapi nampak la terhenjut. huhu) . kebetulan ayah aku yang memandu perlahan itu telah memberi ruang kepada Saga baru itu untuk beralih ke kiri jalan. aku dapat lihat betapa pemandu Merce itu (rupa dia ala2 Mamak) kelihatan sangat cuak. muka macam nak muntah jer. kalo toreh pisau kat muka konpom takde darah yang mengalir. lawak sangat muka dia(walaupon kesian bila mengira2 kerugian yang bakal dia tanggung). orang sebelah dia, muka cam Cina. rilex jer. letak tangan kat belakang kepala sambil menoleh ke arah kami seolah2 tiada apa yang berlaku kepada mereka. ape yang aku perhatikan, mereka dalam Merce tu nak g beraya kot. 2-2 pakai baju Melayu. huhu
hairan tetapi benar. Saga tadi hanya calar tetapi Merce tersebut pecah di cermin. bumper jatuh sikit. boleh tahan kereta Malaysia ni.

myself

2 comments:

Andy said...

MALAYSIA BOLEH MAAAA..hehehe :)

Huda said...

yes yes~ hehehe belilah barangan buatan Malaysia
belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu :15

Resepi Choc Chip Cookies

Bahan A 250gm butter atau marjerin (buttercup tu contoh marjerin. kalau pakai pure butter, bau dan rasa lebih sedap berbanding marjerin) ...