7/05/2018

Berbahagialah adik Adam Rayqal

0 COMMENT

Sedih betul bila dengar berita pasal adik Adam Rayqal ni. Walaupun aku ni takde family sendiri, apetah lagi anak sendiri tapi aku rasa sedih jugak la. Even geram, kecewa, marah semua pun ada.

Aku tak nak komen pasal sape salah sape betul. Yang itu biarlah pihak yang berkuasa menentukan sebab tu mereka diberi kuasa dan kepercayaan kan.

Aku cuma nak suarakan pendapat pasal masa drive balik kerja sangkut teruk dalam jem petang semalam, kat bernama radio ada cakap pasal penguatkuasaan lesen ke atas pengasuh persendirian.

Nak call, tangan jenis gigil gemuruh guruh berdentum dalam badan. Nak taip mesej, tengah drive pulak. So aku taip kat sini je lah. Biar lambat asal selamat. Hihi

Pada pandangan aku, perkara tu ada baik ada buruknya. Yang baik contohnya pengasuh adalah lebih dipercayai. Contohnya macam kita naik kapal terbang pastu kita tahu yang pilot tu ada lesen yang sah untuk bawa kita. Jadi risiko untuk kemalangan tu rendah. Sama la dengan pengasuh ni. Bezanya, kita hantar budak / bayi yang tak tahu apa2, malahan nak bercakap pun tak mampu. Makan nak kena bersuap. Pakai nak kena siapkan. Even tak tahu bezakan mana betul mana salah n mana bahaya mana selamat. Pengasuh tu la yang akan jadi pilot untuk anak2 yang diasuh.

Yang kedua, bila dah ada lesen dah tentu ada pantauan dari pihak tertentu. Kena renew setiap beberapa bulan. Kena adakan audit dan sebagainya. Maka risiko untuk pengasuh menjalankan tanggungjawab dengan sambil lewa kemungkinan besar adalah rendah.

Tapi kita sebagai orang biasa yang makan cukup2 ni kena fikir la jugak. Kenapa kebanyakan ibu bapa cari pengasuh persendirian bukan pengasuh swasta yang tentunya berlesen, bersijil dan sebagainya. Sebab utama tentunya kekangan kewangan. Kemungkinan pengasuh persendirian menawarkan harga yang jauh lagi murah berbanding pengasuh berlesen lain. Bila dah dikenakan sijil, lesen dan sebagainya sanggup ke ibu bapa nak hantar dengan bayaran lagi tinggi? Kalau kata harganya naik 50% contohnya, tambah beberapa ringgit sebulan dah macam hantar kat taska kan.

Lagi satu kekadang pengasuh persendirian ni dilantik orang2 kawasan tu. Contoh jiran sebelah tau dia ni surirumah, ada anak kecil sorang. So dia pun minta tolong jaga anak dia jugak. Bulan2 bagi upah. Bila jiran2 lain dengar pun nak hantar kat dia jugak. So secara tak langsung dia pun jadi pengasuh persendirian. Bukan nak sangat pun tapi sebab nak tolong jiran2 sambil tambah income.

Lepastu pulak orang tu dah berusia. Mungkin lebih 50 tahun. Orang lantik dia jugak jadi pengasuh persendirian. Nak suruh pergi ambil lesen bagai alahai. Dah la duduk rumah sorang2, tak pandai bawak kereta. Menulis pun orang buat. Camne.

Ni la contoh situasi. Saje je tulis sekadar pandangan peribadi. Tidak berniat untuk menaikkan atau menjatuhkan mana2 pihak. Manatau yang buat dasar perundangan ni nanti ada idea lagi bernas yang boleh dibahaskan kan.

Apepun, aku ingin ucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga & Allah mengurniakan kekuatan & ketabahan buat keluarga Adam. In Shaa Allah.

6/12/2018

Makbul Doa

0 COMMENT
Bulan puasa tahun ni, aku banyak luangkan masa dengan kerja. Kerja bergaji & meniaga. Setiap malam aku akan siapkan tempahan choc chip cookies sebab sebelah siang aku kerja pejabat.

Habis kerja tadi, aku terus pergi ke arah Bangsar South. Nak COD cookies dekat sorang customer ni. Jalan memang jem ya amattt. Nak-nak pulak waktu maghrib dah dekat. Orang berpusu-pusu balik kerja lah, nak pergi kedai makan lah. So aku stuck lama gila dalam traffic.

Radio mendengarkan satu ceramah. Kisah seorang lelaki, tiba-tiba hati dia terdetik nak bermusafir. Tak ada apa-apa sebab pun kenapa tapi hati dia meronta-ronta nak bermusafir. So dia pun keluar lah seorang diri sejak awal pagi selepas solat Subuh. Bila menjelang malam, dia berhenti kat satu masjid. Niatnya untuk iktikaf dalam masjd je la. lagipun dia bermusafir dan masa zaman tu tak ada rumah tumpangan ke hotel ke ape lagi. tapi datang sorang laki. kalo ikut zaman kita ni, kira AJK masjid la. halau dia keluar. dia cakap ni masjid. tak boleh tido dalam masjid. So lelaki ni pun keluarlah. dia duduk dekat beranda masjid. pun kena halau jugak. kat beranda tak boleh duduk.

kebetulan, ada sorang lelaki orang kampung tu jugak nampak lelaki ni kena halau. lelaki ni datang la dekat si musafir ni, "jom g rumah aku. aku akan hidangkan ko roti dan air. tido la satu malam kat rumah aku. esok pagi ko nak keluar jalan balik, pergi lah memana ko suka" so lelaki musafir ni pun ikut la laki tu balik. masa ada kat rumah lelaki tu, yang musafir ni perhatikan je tuan rumah. sepanjang hari mulut dia tak berhenti-henti beristighfar. dia rasa pelik terus tanya " maafkan saya encik. kalau encik tak keberatan, cerita la kat saya kenapa sepanjang hari encik sentiasa beristighfar. encik ada problem ke? cer share ngan saya sikit" lelaki tuan rumah tu pun jawab "sebenarnya aku ni ada satu hajat. sampai sekarang aku tak dapat2 lagi hajat aku ni. aku teringin sangat jumpa dengan seorang lelaki. seorang imam. nama lelaki itu Ahmad bin Hanbal. seorang imam yang sangat dekat dengan Allah. setiap hari aku beristighfar supaya Allah temukan aku dengannya" dengar je cerita lelaki tu, si musafir ni terus menangis. "sebab istighfar kau la aku bermusafir. sebab istighfar kau lah aku kena halau dari beriktikaf di masjid. sebab istighfar kau lah aku kini berada di hadapan kau. akulah Ahmad bin Hanbal, orang yang kau ingin sangat berjumpa"

maka keduanya pun menangis. so taulah lelaki tadi yang doanya telah dimakbulkan Allah, didatangkan sendiri perkara yang diinginkan kepadanya. berbalik pada pengajaran cerita tu, dengan beristighfar sepenuh hati kepada Allah, nescaya doa kita dimakbulkan Allah. bukan setakat makbul, Allah bagi lagi dengan mudah. Maha besar kuasa Allah. semoga kita semua mendapat manfaat dari cerita ni.

jom istighfar. Astaghfirullahalazim.

sekian assalamualaikum.

5/31/2018

kisah seorang doktor dan pesakit

0 COMMENT
Harini keluar opis awal dari biasa. Bulan puasa balik kul 5:30 tapi tadi kul 4:45 dah keluar pergi tempat customer. Deliver barang. Hari ni last GST 6% tapi barang tu dah tulis invoice bulan May. So kena lah hantar.

Masa balik dari tempat customer, jalan jem teruknye masya Allah. Hujan lebat, construction pastu yg jenis tak reti beratur menyelit celah2 tepi lorong memang jadi punca jem teruk la. Then tgh bosan2 tu, telinga aku tertangkap satu kisah kat radio. Katenya kisah benar. Kisah ni diceritakan dalam bahasa inggeris, tapi aku cerita balik dalam bahasa melayu la ye. 

Tajuknye "jangan pandang rendah pada kuasa Allah". Kisahnye camni. Ada sorang doktor ni. Dia sangat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang perubatan. Kalau patient ada case nak buat appointment dengan dia, biasanya paling cepat dalam 2 bulan. So faham2 je la cemana sibuknya dia ni.

Satu hari tu, dia kena travel ke satu negara dengan kapal terbang atas urusan kerja. Tgh2 perjalanan, tiba2 awan berkepul2 keliling flight yang dia naik tu. Lepastu datang ribut petir. So pilot tu terpaksa mendarat secara kecemasan. Doktor ni & beberapa penumpang lain nak cepat pergi ke tempat yang dituju, so org kawasan tu cakap naik je kereta ke teksi lagi dalam 30km. Ntah camne pulak separuh jalan, hujan ribut petir datang balik. Kereta yang diorg naik tak boleh nak gerak. Stranded jugak. Then org kawasan tu (pakistan x silap telinga aku) kata apa kata tumpang berteduh dekat rumah org kampung je. Maka mereka pun setuju n mengetuk pintu rumah yang berdekatan.

Kemudian keluar seorang perempuan tua. Diorg pun cerita la nak tumpang berteduh n solat. Nenek tua tu pun benarkan mereka masuk. Rumah tu ada sebuah tempat khas untuk solat n ada sorang budak kecik tinggal dengan nenek tua ni. Selesai solat & cuaca semakin reda, mereka meminta diri untuk beredar. Tiba2 doctor ni terpandang budak perempuan tu. Nampak sakit n doctor tu rasa ada symptom yang dia pakar. Dia tanya nenek tu, budak ni sakit ke? Nenek tu cakap ye. Then doktor tu tanya kenapa tak bawak jumpa doktor kawasan ni? Then nenek tu bagitau cucu dia ada buat appointment dengan seorang pakar. Pakar tu jauh dan appointment tu pulak 6 bulan akan datang. Doktor tu tak semena2 tanya, siapa nama doktor pakar tu? Nenek tu jawab nama dia doktor Ishan.

Doktor Ishan terdiam lalu menangis teresak2. Nenek tu pelik la dah kenapa pulak kan? Doktor Ishan tanya balik apakah amalan yang nenek amalkan sehingga Allah membawa saya kepada kalian? Sayalah doktor Ishan tu. So nenek tu pulak yang nangis. Dia bagitau setiap hari dia berdoa supaya urusan perubatan cucunya dipermudahkan Allah dengan bersungguh2. Maka pada hari itu, tau lah nenek tu bahawa Allah telah makbulkan doa dia.

Sampai sini sahajalah cerita aku ye. Ade yang rindu tak? Setahun tak tulis panjang camni kan. Hahaha. Selamat berpuasa. Ada rezeki kite cerita lagi ye. Semoga bermanfaat lah hendakNya.

Kbai!

5/13/2018

Mungkin

0 COMMENT
Aku manusia biasa. Sama seperti orang lain. Aku punya impian. Besar. Satu pun belum tercapai. Aku bukan tak bahagia. Tapi markahnya belum memuaskan. Kerana aku manusia biasa. Tak pernah berasa puas.

Mungkin
Aku kurang bersyukur dengan segala apa yang aku kecapi.

Mungkin
Aku harus terus bekerja lebih keras dalam mengecapi segala impian.

Mungkin
Langkahku salah semuanya.

Mungkin
Aku belum bersedia untuk menghadapi "ujian kesenangan hidup"

Mungkin
Masanya belum tiba.

4/09/2018

Pergi

0 COMMENT
Kyra menggeliat kepenatan. Jam tangan Suunto pemberian ibu bapanya sempena harijadinya yang ke 27 menunjukkan nombor 18:35. Matanya terkelip-kelip memandang siling biliknya. Dilihat sekeliling. Baju yang sudah kering siap dibasuh menimbun-nimbun dilonggokkan ke dalam bakul. Tak kurang juga dengan baju yang nelum dibasuh. Mujur dia menyewa bilik tersebut seorang diri, kalau berkongsi bilik sudah tentu ada yang rimas.

Latihan bola baling yang berlangsung selama 2 hari ini memenatkannya. Kurang 2 minggu dia dan rakan pasukan kelab bola jaring akan menyertai sebuah kejohanan besar di Pulau Pinang. Jadual hariannya yang padat menyebabkannya berasa teramat letih untuk ketika ini.

Handphone dicapai. "banyaknye mesej" getus hati kecilnya. Dibuka applikasi Whatsapp, dilihat penghantar mesej pertama didalam senarai. Mesej dari orang yang telah ditetapkan untuk sentiasa berada di atas sekali. Hanya dua tanda berwarna biru tanpa balasan, lantas ditutup semula applikasi tersebut. 

"sambung tido lagi baik" Rajuk Kyra. Dah la penat, orang yang kite harapkan buat dekkkk je. Haih. Ingatkan ada la teman nak luah rasa penat ni. 

========

"hari ni tabur janji macam-macam janji. Tunggu la esok lusa bila dah boring, perlahan-lahan kena tinggal" sindir Kyra.

"Jangan la risau.. Ade jodoh kite kawen la. Tunggu tau. I nak kumpul duit" pujuk Tariq. Sedaya upaya mahu memenangi hati wanita itu.

"satu je nak pesan, kalau kau boring, tak suka lagi, ade orang lain ke.. Mengaku. Terus terang je"

"tak.. "

========

Jam menunjukkan 10 malam. "tring!" Ringkas bunyinya. Kyra boleh mengagak siapa punya mesej yang masuk. Sengaja dia mengasingkan nada dering mesej Tariq dari orang lain.

"senyap je baby I ni. Tido ke tu? "

"I texted U dari pagi tadi and U give me blue tick. Sekarang U cakap I yang senyap? Pelik". Kyra meluahkan rasa geram.

"hehe.. " Tariq - tidak pandai memujuk, tapi kalau dah merajuk, teruk Kyra memujuknya!

"this is not the first time and I already told you before. I don't like to be ignored". Ikutkan hatinya tak mahu dia balas mesej Tariq. Tapi dia geram!

"sorry la. Takkan U nak give up dengan I. Pleaseeeeeee jangan". Tariq cuba memujuk.

"Tak. I won't give up. I akan sentiasa bagi U ruang untuk diri U sendiri. I will respect your privacy. I akan sedaya upaya support U to reach your dream. I will stay with you for any up and down. I will wait for you forever, tupun kalau both of us lives forever lah. Tapi satu hari once U dah berjaya capai segala yang U mahu and U keep ignoring me, I will leave. That day I know that U no longer need me and I have nothing to do with you". Kyra berasa puas walaupun sedikit rasa sesal. Puas kerana apa yang selama ini terpendam dilubuk hatinya terluah. Sesal dek takut akan kehilangan Tariq atas kata-katanya itu.

"I wan't you. That's my dream". Tariq berasa sesal. Berusaha memujuk hati kekasihnya.

"will see". Kyra mengesat air mata yang mengalir.

- tamat -

3/14/2018

Aku & Media Sosial

0 COMMENT
hari-hari ada rasa nak tulis sesuatu. tapi bila login, new, terus blank. nak tulis ape eh? tadi kemain laju je dia lalu dalam pale otak ni. takpelah, harap-harap ni jadi aku punya good start. lepas ni macam nak kena kembali serious menulis. ada job mendatang, semuanya pun berkitan media sosial. aku accept bukan aku bagus sangat, tapi sebab pertama, aku nak tolong orang. yelah kan kita ni amatur. payment tak perlu tinggi2. setakat belanja makan pun rasa happy. kah! second sebab aku minat. dulu tak reti nak blog la bagai, sekarang seronok bila explore benda macam-macam dalam blog ni. ok lah, nak blogwalking. cari idea. sesapa yang nak letak link blog kat komen pun boleh. nak jenjalan je. okay bai

2/07/2018

Idea

0 COMMENT
Idea oh idea.

setiap kali tengah drive, kayuh basikal, berlari atau apa2 sahajalah aktiviti sekalipun, mesti ada idea yang datang mencurah-curah untuk menulis. masa tu nak menulis memang tak sesuai la kan. tapi..

tapi bila duduk depan komputer, sign in blogger, terus blank. semua hilang. tak tahu dah nak tulis apa.

alahai. penulis amatur ni.

mujur blank. ada jugak yang tertulis ni. kah kah kah.....

TUKAR CARA BERDOA

0 COMMENT
Dapat mesej dari group Whatsapp, share untuk panduan sendiri & semoga yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya.


In Shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah.....

#FORMULA_1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " ”Ya Allah berikanlah aku kekuatan”
Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku".


#FORMULA_KE_2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, ”Ya Allah BERILAH aku...”

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
.
" Ya Allah KURNIAKANLAH aku...”

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila In Shaa Allah.


#FORMULA_KE_3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, ”semoga DIMURAHKAN rezeki”

Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.


#FORMULA_KE_4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya,

”Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”

Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah.....
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku’
.
Amin Ya Mujib


Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.


#FORMULA_KE_5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita.

Jadi nya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi..... Sebagai contoh,

' Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah’


#FORMULA_KE_6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita. Satu contoh,
.
' Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah..... bantu lah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya, permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah’


Moga Perkongsian Ini Bermanfaat 🙂

1/18/2018

Pulau Indah 180 Malaysia 2018

0 COMMENT
Event berbasikal roadrace pertama yang aku masuk seumur hidup aku, bawak roadbike. sebelum ni pernah la masuk Melaka Century Ride 2015, tapi masa tu aku bawa MTB je. 

preparation memang takde. team yang aku join ni boleh katakana last minute jugak la inform nak cari teammate perempuan. 4 minggu sebelum event aku dapat pinjam 1 basikal RB kawan aku walaupun basikal tu agak besar & tak berapa sesuai untuk aku. dapat la cuba untuk buat long distance 160km.

masa mula-mula bawak RB, baru faham. kenapa bila bawak speed bawah 35kmph, tak rasa apa-apa. memang ringan berbanding dengan aku yang bawak MTB selama 4 tahun ni. cuma bila ada steep climbing (contoh: Bukit Miku), memang teruk kalau bawak RB. gear tak cukup!

berbalik pada event PI180 ni, pagi sebelum event memang rasa berdebar. seriau sebab tahu jalanraya untuk route ni tak pernah cantik. jalan berlubang-lubang, berbonggol-bonggol. tapi sehari sebelum event, ada desas desus mengatakan bahawa polis trafik tidak dapat memberi kerjasama kepada event ni. dan pagi tu jugak organiser inform yang memang polis takde untuk jaga traffic, so race dibatalkan dan diganti dengan funride. 

ada yang Tarik diri, tak nak kayuh. ada yang kayuh sendiri-sendiri. tapi ramai yang stay untuk kayuh funride. aku? lega... sebab tak ada race. aku rasa aku belum cukup bersedia nak race sejauh 180km ni.

apepun, tahniah kepada organiser sebab sedaya upaya ambi hati participants. makanan mewah, medal finisher dapat, jersey dapat dan yang paling penting - full refund!

terima kasih GKAB - atas kepercayaan untuk ambil aku sebagai rider perempuan team korang.

1/17/2018

Kekecewaan & Hikmah

0 COMMENT
Adududududu... frustnye lah rasa.

rutin setiap selasa & rabu training futsal, khamis tournament futsal. dalam masa yang sama, setiap rabu ada training basikal. memandangkan setiap hari khamis ada liga futsal, so aku fikir better aku datang training futsal hari selasa & rabu. sekurang2nya aku dah mentally & phisically prepared untuk game khamis.

tapi minggu ni macam tak ngam. selasa training mode bertukar. sejam pertama training basic, sejam kedua friendly match dengan team lelaki. aku yang tak berapa nak perform ni banyak la buat mistake walaupun bola jarang sampai kat aku. setiap kali bola sampai, setiap kali tu la kena gol. which is aku rasa memang membengangkan teammate sendiri la kan. keeper ramai, makanya kitorang kena bertukar-tukar giliran. to be honest, memang aku tak rasa puas main semalam.

hari ni pulak, dah standby nak pergi training futsal, last minute cancel. aku bukan frust sangat training futsal cancel tapi aku rasa frust sebab cancel last minit. at least kalau bagitahu lebih awal, boleh la aku pergi training basikal. lagi frust bilamana liga hari khamis aku tak main / direhatkan untuk minggu ni. adoi. frust bukan sebab tak dapat main liga, tapi sepatutnya aku pergi training basikal. cuaca pulak tengah cantik & training mode pulak Nampak menarik. lama dah rasa nak follow tapi tak pernah ada peluang. rugi aku hari ni.

apepun walaupun minggu ni aku rasa minggu yang paling teruk untuk aku tapi aku tau aku hanya mampu merancang. ada hikmah yang lebih besar Allah nak bagi kat aku In Shaa Allah.
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez