10/25/2016

Rutin

0 COMMENT

Dulu,  masa ada pekerjaan yang boleh dikategorikan sebagai jawatan yang agak gah,  gaji yang agak lumayan dan kerja yag sangat sibuk, boleh dikatakan hari-hari akan keluar pagi balik malam hampir pagi. OT? Takde. Kerja amal. Haha. Lepas berlaku satu insiden yang menyiat hati, aku berhenti macam tu je. Saving? 0. Menyesal? Tak jugak lah walaupun aku ni hampir sebatang kara tapi aku sikit pun tak rasa menyesal tinggalkan tempat tu.

Sekarang 5:30 pagi terjaga, golek-golek atas katil sampai 6 pagi siap-siap mandi pergi kerja. Masuk 8:30 tapi jam 8 aku dah sampai. Bukan semangat sangat tapi kalau keluar rumah lewat sikit, aku akan sampai office lepas 8:30. So nak tak nak kena la keluar awal jugak.

Sharp 5:30 aku balik. Takdenye baru nak kemas barang. Balik pun bukan terus ke rumah, tapi ke kedai. Almaklumlah, orang tak berapa nak mampu kena lah buat 2-3 kerja sehari. Alhamdulillah rezeki kawan luas, dia mampu buka kedai & bagi aku tumpang meniaga kecil-kecilan.

Memang banyak nikmat aku sebelum ni sikit sikit kena tarik, tapi aku tak boleh la mengeluh. Apepun aku cuma mampu berusaha & berdoa semoga dipermudahkan urusan. Semoga orang-orang yang banyak bantu aku dalam keadaan aku sedang jatuh tertungging ni diberi limpahan rahmat & kasih sayang Allah SWT. Amiin ya rabbal alamiin.

9/23/2016

Cabut benang lepas bedah gigi

0 COMMENT

Tiba hari yang dijanjikan,  aku pergi ke Hospital Selayang untuk cabut benang jahitan. Appointment yang tertulis jam 9 pagi Isnin 19 September 2016. Sampai di klinik, dari escalator lagi dah nampak orang beratur untuk mengambil nombor pendaftaran. Tiba giliran aku, nombor sekarang ialah 1112 dan nombor aku ialah 1222. Whaaaaattttt? 100 orang lebih depan aku. T_T

Lepas sejam, sejam. Lepas sejam, sejam. Aku duk perhati je orang yang datang, kebanyakannya patah kaki, patah tangan, pecah muka. Mungkin sebab baru lepas cuti panjang (Raya Haji & cuti hari Malaysia), tu yang ramai datang hari ni. Sambil2 duduk tu memang ade dengar la orang mengeluh, budak kecik berlari tak cukup tanah, menangis. Biasalah. Mula2 aku berdiri, tak larat berdiri lama, jalan2 pusing klinik. Akhirnya tewas cari kerusi kosong dan duduk main game memandangkan line tak berapa nak dapat kat atas tu. Cukup 2 jam setengah menunggu,  nombor aku dipanggil, untuk mendaftar.

Akak Kaunter: hari tu datang cabut gigi kan? Dah bayar ke belum?
Aku: haah cabut. Belum bayar.
Akak Kaunter: kenapa tak bayar?
Aku: nurse kata tak payah. Bayar bila datang follow up sebab lepas cabut hari tu kaunter dah tutup.
Akak kaunter: suka hati dia je. Ok cabut gigi bayar RM53, untuk datang hari ni RM5, so total RM58.

Fuh. Alhamdulillah. Aku bayangkan beratus la melayang, tapi tak sampai pun. Kalau klinik swasta, mau dekat seribu ringgit.

Dapat nombor untuk jumpa doktor pulak. Ada lagi 2 orang depan aku. Dalam sejam juga la menunggu baru nombor aku dipanggil.

Sampai saja bilik rawatan, doktor terus suruh baring & check gigi.

Nurse: bersih je. Takde ape pun.
Doktor: haah. Bagus. Bersih. Kita buang benang je ye.

Berbunga hati kena puji. Hahah.

Sembang-sembang doktor tanya ada demam ke x, sakit luar biasa ke,  nanah ke, alhamdulillah semua takde. Then doktor nasihatkan cepat2 pergi buat rawatan akar sebab gigi sebelah dah berlubang, takut melarat. Ada lah dalam 5 minit masa berlalu. Settle. Sedih betul tunggu berjam-jam tapi jumpa doktor 5 minit jek. Tapi lumrah la hospital kerajaan kan. Nak cepat, pergi la klinik swasta. Huhuhu. Yang penting doktor comel nurse pun chubby cukuplah. Kahkahkah

Nurse pesan balik rumah kumur2 sebab cawan hospital dah habis. Hahahaha alahai hospital. Okaylah. Layankan aje.

Next month mungkin cabut gigi kanan pulak. Tapi lepas gusi kiri betul2 sihat in shaa Allah Taala.

Sekian ~

9/15/2016

Laddies Unite 2016 - Peace yaw

0 COMMENT
Ingat tak post aku yang sebelum ni - Ladies Unite 2016 dan Ketidakadilan Mereka. Kami menyuarakan secara terang-terangan atas ketidakpuashatian kami ke atas tindakan yang mereka ambil terhadap pasukan kami. nah ini sambungannya




Seseorang dari pasukan lain telah menyuarakan pendapatnya tentang perlawanan tersebut - tidak menyebelahi mana-mana pihak.


balasan daripada Shergar seperti di atas. Akhirnya dia mengakui kesalahan yang dilakukan dan PASTINYA akan mebaiki kesilapan yang dilakukan pada waktu tersebut.

hasilnya....


Sebelum ini kami mengakui kesilapan kami, cuma kami rasa tindakan yang diperlakukan ke atas kami adalah berat sebelah. Dia telah pun mengakui kesilapannya kepada pengurus kami. Alhamdulillah, kami mendapat kembali wang penyertaan dan semoga perkara begini tidak berulang kembali.

maka berakhirlah sebuah persengketaan. peace! (^.^)v

Majulah sukan untuk negara

9/14/2016

Train To Busan - Cerita dan Pengajaran

0 COMMENT

Kat sini aku tak nak tulis pun sinopsis wayang Train To Busan yang tengah hangat kat pawagam, tapi aku suka jalan ceritanya, kisah dan teladan di sebalik cerita yang ditayangkan. Kalau komen tentang cerita tersebut, aku boleh kata banyak perkara yang tak logik, tapi lantak lah. Nama pun wayang kan..

Aku terasa nak tulis sebab terasa macam perkara macam ni selalu terjadi dekat sekeliling kita. Simboliknya,  scene dalam cerita ni banyak berkisar tentang orang yang mementingkan diri sendiri.

Contohnya watak bapak kepada Soo An,  hanya pentingkan dirinya dan anaknya untuk selamat daripada ditembak askar yang berjaga di sebuah stesen yang mereka berhenti.

Paling teruk,  watak lelaki yang hanya mahu dirinya saja selamat.  Yang hanya menggunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.  Yang sanggup membunuh/menindas/mengkhianati orang sekelilingnya asalkan dia berjaya mendapatkan apa yang dia mahu walaupun merekalah orang yang banyak membantunya sebelum tu.

Dan aku rasa dalam dunia nyata,  tak mustahil orang macam ni wujud.  Berdoalah semoga kita terhindar dari orang-orang yang zalim. In shaa Allah.

9/07/2016

Ladies Unite 2016 dan Ketidakadilan Mereka

0 COMMENT
Post kali ni, mungkin akan membuatkan sesetengah individu terasa dikecam, terkecam dan akan mengecam. apa yang aku nak tulis ni, bukanlah untuk mencari pergaduhan, musuh mahupun menimbulkan fitnah. pos ini bertujuan untuk aku (yang berada ditempat kejadian) untuk meluahkan rasa tidak senang hati dan menjadi tauladan kepada yang bakal menganjurkan sesebuah perlawanan, diharapkan anda menjadi penganjur yang adil dan saksama.

Sabtu, 3 September 2016 kami menyertai perlawanan futsal Ladies Unite 2016 (#LadiesUnite2016) bertempat di Super Bobai Court, Segambut. antara syarat yang diletakkan ialah - tiada pemain negeri / kebangsaan dan tiada pemain yang bermain dalam liga IPT (2014 dan ke atas). pihak pengurusan kami pernah bertanya, macam mana nak tahu dia adalah seorang pemain liga IPT, pada tahun bila?

jawapannya - kena jujur.



komen diatas diambil dari instagram SuperBobaiCup oleh salah seorang pemain dari pasukan kami

kisahnya, diakui kami secara tidak jujur telah menghantar seorang pemain liga IPT sebagai salah seorang pemain kami untuk pertandingan ini. tapi, pemain tersebut hanya masuk setelah pemain yang bermain liga IPT dari pasukanlain masuk dan bermain dan pasukan tersebut menghantar lebih dari satu pemain untuk setiap pasukan.jadinya, bukan kami sahaja la yang tidak jujur.

setelah kami bermain 4 perlawanan, dan perlawanan ketiga adalah perlawanan bersama pasukan Bobai iaitu pasukan pihak penganjur. pasukan kami menang 4-3 dengan pasukan tersebut, malahan kami memenangi keseluruhan perlawanan dalam kumpulan dan layak untuk ke perlawanan seterusnya.

pemain kami dipanggil dan kami telah dikatakan perlu berhenti bermain dan pihak penganjur akan memanggil kesemua pasukan dalam kumpulan kami sahaja untuk berbincang samada mereka membenarkan kami meneruskan perlawanan. pasukan dari kumpulan kami sahaja? kenapa tidak dipanggil kesemua pengurus pasukan yang sertai. kalau dari kumpulan kami sahaja, tentu-tentulah pasukan lain pun akan menolak memandangkan kami adalah pemenang untuk kumpulan tersebut. (unfairness 1)

kami bertanya, berapa jumlah wang yang perlu diletakkan untuk membuat bantahan. jawapannya -> tidak perlu. tidak perlu? jadi hanya bantah dan diambil tindakan? (unfairness 2)

setelah berurusan, kami mengakui kesalahan dan kami masih bertahan untuk tidak protes pasukan lain yang menghantar pemain liga IPT selagi kami dibenarkan bermain ke perlawanan seterusnya. kami juga memberi jaminan bahawa pemain liga IPT dari pasukan kami akan digugurkan (tidak bermain ke perlawanan seterusnya)

tetapi malangnya, pihak penganjur tetap tidak membenarkan kami bermain, bermakna seluruh pasukan digugurkan. kami cuba meminta sedikit toleransi tetapi tidak diendahkan pihak penganjur.

oleh yang demikian, kami mula memberikan bahan bukti bahawa terdapat pemain dari beberapa pasukan lain yang turut menghantar pemain yang bermain pada Liga IPT.

kami mendapati pasukan yang telah kami protes tidak pun diambil tindakan malahan bebas bermain sehingga akhir perlawanan mereka. kami pulang begitu sahaja berssama barang-barang tajaan antibacterial protection dan wang pendaftaran kami tetap tidak dipulangkan. (unfairness 3)





ternampak pos di instagram superbobaicup yang dimuatnaik oleh Super Bobai Cup - .. to be clear wasn't organised under Bobai it was Shergar himself ...


since chickenlegshegs mentioned as the only man behind the event, so i update a comment as below



aku tag orang tersebut sebab aku memang nak dia baca dan dia tahu yang kami masih belum puas hati terrhadap tindakan yang diambil kerana ianya adalah berat sebelah. dan aku perlukan penjelasan yang kukuh kenapa kami digugurkan tetapi tidak pasukan lain yang kami protes. dan orang yang membuat bantahan, tidak perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan tetapi hanya perlu menunjukkan bukti sudah memadai.




kepada pihak yang bakal menganjurkan apa-apa acara sekalipun, janganlah jadi macam ni. tak baik tau. kalau rasa memang betul-betul naik ikut peraturan, tulis peraturan tu bagi betul-betul jelas - tiada siapa yang tahu untuk memeriksa samada mereka adalah pemain liga IPT atau tidak melainkan dengan hanya mencari bukti pada gambar-gambar yang dimuatnaik oleh pemain itu sendiri ke dalam media sosialnya. dan kalau nak laksanakan satu peraturan, laksanakan dengan adil, bukan hanya menyenangkan pihak sendiri.

tapi bila difikir-fikirkan balik, mana-mana pasukan yang kuat pasti ada mereka yang cemburu kan. jadi kami akui memang kami pasukan futsal amatur wanita yag kuat. (tenanglah wahai hati) hahahahaa

Sekian dari saya. Majulah sukan untuk negara. - Disqualified Team - Putra Ria The Special Team.

Update:
kami telah mendapat maklum balas:





kesimpulan daripada apa yang diterangkan, untuk membantah pasukan lain selain pasukan kami hanyalah melambatkan kerja beliau. (unfairness 4) kami dah bagi bahan bukti tapi masih melambatkan kerjanya. cuma secara sarkastiknya, mendapatkan bukti bahawa pasukan kami melanggar peraturan adalah tidak sukar, dan bukti yang kami berikan itu adalah sukar untuk dipercayai.

semua orang mesti akan buat salah, mesti akan langgar peraturan, walaupun mak kita kata jangan main hujan pun, kita tetap akan mandi hujan dengan gembiranya. bila balik rumah semua yang mandi hujan kena sebat. bye.

Cabut Gigi Kaedah Pembedahan

0 COMMENT
Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Dah bertahun tak menulis. hari ni tergerak hati untuk menulis sikit memandangkan aku tak ada kerja nak buat (MC 4 hari & kereta sangkut kat workshop) maka, terhasil lah nukilan pengalaman cabut gigi secara pembedahan ini.

Beberapa bulan lepas boleh dikatakan setiap malam aku akan terjaga antara jam 2 pagi hingga 4 pagi sebab gigi geraham bongsu terasa berdenyut-denyut, ngilu dan sebagainya. tapi aku jenis malas nak layan sakit sangat maka aku pejam mata pura-pura tak sakit. dalam 5 minit lepas tu tertido balik la. memandangkan ia berlarutan hingga seminggu, aku mengambil keputusan untuk pergi Klinik Kesihatan Selayang, sebelah kolam renang Sri Siantan. dekat situ pun ada klinik pergigian.

bayaran pendaftaran hanya RM1, dan aku datang awal pagi sebelum klinik buka (9 pagi). almaklumlah klinik kerajaan tentunya ramai orang, jadi aku dapat tempat untuk parking dan aku antara orang terawal yang mendaftar. jadi, tunggu pun tak lama kemudian doktor panggil masuk bilik pemeriksaan.

aku ceritakan masalah aku, doktor yang memeriksa kata dekat situ memang tak boleh buat apa-apa. dia hanya bleh rujuk aku kepada Hospital Selayang sebab gigi bongsu aku kiri dan kanan (aku dengar dia sebut three-eight : 38, four-eight : 48) tumbuh melintang dan tak boleh dicabut atau ditampal atau dirawat seperti gigi normal. doktor bagi aku surat rujukan ke Hospital Selayang dan tarikh perjumpaan dalam 2 minggu kemudian.

bila tiba masanya, aku pergi terus ke klinik pakar, bahagian klinik pembedahan mulut dan klinik pergigian pediatrik. hanya tunjuk surat rujukan pada kaunter pendaftaran dan dia akan berikan nombor menunggu. setakat ni dia hanya katakan pada aku "untk perjumpaan kali pertama, tiada bayaran dikenakan". oh ye, kalau datang memandu sendiri, kalau perjumpaan waktu pagi, memang susah nak dapat parking. aku parking dekat block kedai sebelah kiri Hospital Selayang. jauh sikit berjalan tapi tak bagi masalah pada aku yang muda dan kuat ni. hehe. kalau ada orang yang hantar dan jemput lagi bagus.

tak sampai sejam menunggu, masuk bilik pemeriksaan. doktor bawa pergi bilik x-ray. kalau yang pakai tudung ada besi macam brooch atau pin, kena buka. sama juga hairband or apa-apa besi yang ada berdekatan dengan sekeliling kepala. kita berdiri dan letak daguu dekat mesin. akan ada satu penutup yang akan bergerak mengelilingi kepala. tak sakit pun, mesin tu siap pasang lagu monotone tau. haha. lama juga ambil x-ray, naik lenguh kaki. haha.

bila keputusan siap - data will be transferred directly to the computer. doktor bertugas akan datang dan tanya macam mana rasa sakit dan sebagainya. dia akan bawa kita ke bilik x-ray tadi dan tunjuk keputusan, memang nampak gigi aku melintang. gigi kiri selalu sakit dan buat aku terjaga malam sebab gigi depannya berlubang (bahana makanan sangkut kat celah gigi tak reti nak cuci sebelum tido. huwaa) dan hampir terkena saraf. katanya kes ni tak lah segera tapi dinasihatkan untuk buang gigi bongsu yang melintang tu untuk mengelakkan kerosakan gigi depannya. maka nanti elok-elok 2 gigi aje rosak, jadi 8 gigi. (bila cabut gigi bawah, gigi atas kena buang. kalau tak nanti gigi atas akan semakin turun ke bawah yang disebabkan oleh graviti dan menyakitkan gusi)

memandangkan kes tak serius, nama aku diletakkan dalam awaiting list. doktor kata mungkin dalam sebulan atau 2 bulan mereka akan panggil, tapi smeuanya bergantung pada keutamaan kes lain. aku pun ok kan saje sebab dia kata tak serius dan aku pun jarang dah bangun tengah malam sakit gigi. hihi. katanya anggaran kos rawatan mungkin dalam 100 hingga 200, bergantung pada rawatan pada sesi akan datang.

tak sampai sebulan, anggaran kurang 3 minggu doktor telefon aku : ".. boleh datang esok pagi untuk cabut gigi? memandangkan awak kena buat surgery, sebelum datang pagi tu makan la berat-berat dan banyak sikit ye. lepas operation takut tak boleh nak makan sangat .."

Pagi aku datang, macam biasa park kereta dekat building sebelah. kena pergi daftar macam biasa, tak perlu bayar sebab bil dapat selepas rawatan. tunggu giliran dalam sejam kena panggil. aku tak marah sangat tunggu lama sebab biasalah, kes tak serius, dan yang kedua ini hospital kerajaan jadi mental kena sekolahkan sikit. haha. bila nombor kena panggil, aku masuk terus doktor yang nak buat pembedaan tu panggil aku masuk bilik x-ray untuk rujuk kembali rupa gigi aku. penerangan sebelum surgeri yang doktor berikan seperti:

1- kes ini bukan kes biasa, jadi kena jalankan pembedahan buang gusi untuk nampak gigi, then doktor akan belah gigi kepada 2 dan barulah doktor akan tarik gigi keluar. lepas gigi dah tanggal, dia akan jahit dan tampal balik gusi dan aku perlu datang semua untuk sesi buka jahitan. doktor tanya ok ke x? kalau ok dia proceed to next explanation.

2- bius akan diberikan pada gusi, pesakit akan rasa kebas. kalau dia cucuk jarum tajam pun aku tak akan rasa apa-apa. selepas bius habis, mungkin dalam 3-4 jam, akan rasa sakit dan doktor akan beri ubat tahan sakit. kalau masih kebas dalam sehari dua, mungkin saraf terkena sikit dan akan elok dalam seminggu. tapi kalau lepas seminggu tak hilang kebas, maknanya saraf cedera dan ianya adalah kecederaan kekal. kesannya seperti kalau air liur meleh tepi bibir, pesakit tak akan rasa apa-apa, muka resa bengkak sebelah tapi hakikatnya normal dan lain-lain. ianya disebabkan saraf dari belakang rahang adalah berkaitan dengan saraf hadapan bibir. jadi doktor memang akan bius sebelah bawah dari gusi gigi bongsu hingga lah ke bibir bawah bibir. kalau rasa ok untuk tanggung risiko yang telah dinyatakan, boleh teruskan ke soalan seterusnya. memandangkan gigi sebelah tu dah berlubang dan menghampiri saraf, dokor sarankan aku untuk pergi ke klinik gigi yang lain untuk buat rawatan akar dengan segera sebaik sahaja cabutan ini pulih. untuk kes aku, aku setuju sebab doktor kata memang jauh dari saraf. jadi risiko untuk terkena saraf tu amatlah tipis.

3- selepas cabutan gigi bawah berjaya, doktor akan tanya nak terus cabut gigi atas atau nak tunggu seminggu baru cabut? aku tanya doktor mana yang elok untuk buat, dia akap bergantung dekat pesakit. kalau rasa sakit atau pembedahan awal tu teruk, tak perlu terus cabut. kalau rasa lenguh atau sakit, boleh datang untuk perjumpaan seterusnya. aku fikir, nak datang parking susah, alang-alang nak sakit biarlah sakit sekali. lepas tu tahan la sikit daripada aku nak sakit dua kali. OK, saya setuju cabut dua batang gigi.

4- doktor akan minta keterangan samada bekerja atau masih belajar untuk dapatkan surat MC selama 4 hari.

aku setuju, doktor pun setuju, jom pergi sain borang. borang untuk pengesahan yang aku setuju dengan apa yang telah diterangkan oleh doktor tadi. aku puas hati sebab doktor ni terangkan satu per satu dan bila aku tanya satu soalan, dia jawab dengan panjang lebar dan aku pun faham apa yang diperkatakan. kalau ada sesiapa yang kena macam aku juga, disarankan untuk tanya habis-habisan sampai kita faham sebab - aku ada kawan yang meninggal lepas cabut gigi bongsu. sebab tu aku fokus betul-betul apa yang doktor terangkan dan aku tanya secara terperinci.

5- sebelum memulakan rawatan, doktor akan tanya samada aku ada alahan pada mana-mana ubat antbiotik ke tak. mujur dia tanya sebab aku nampak dekat surat beranak aku ayah aku cakap aku alah pada antibiotik jenis ampicilline yang mana mak aku cerita seluruh badan aku akan merasa gatal-gatal. dan doktor sendiri bagi tahu memang dia nak bagi peniciline (sama keluarga) dekat aku sebelum pembedahan untuk langkah mencegah jangkitan. jadi aku besyukur alhamdulillaah sebab doktor tanya dan dia tukar kepada antibiotik lain dan dia katakan yang antibiotik tu akan cover kebanyakan bahagian bukan setakat sekeliling mulut seperti penicilline.

6- doktor akan sapu iodin pada sekeliling mulut untuk mengelakkan jangkitan. jadi kalau pakai tudung mahal-mahal boleh buka lah. aku malas nak buka. tarik je sampai belakang. jururawat akan bagi hair net untuk tutup kepala dan cermin mata macam safety spec tu. untuk mengelak dari air terpercik ke dalam mata.

ini lah rupa bilik pemdehan aku. cantik dan bersih.


7- doktor dan pembantunya akan mula menyediakan alatan. nak pegang barang semua dia lapik dengan kain kasa warna hijau. tempat bersih dan tenang. kat situ dia pasang radio channel apa aku lupa. tapi yang jenis klasik la. dia akan suruh kita duduk atas kerusi dan kumur-kumur dulu. baring seselesa yang mungkin. kalau ada getah rambut, sebaiknya cabut sebab bila baring untuk masa yang lama rasa tak selesa.

8- doktor akan ulang penerangan secara ringkas. katanya ada dua perbezaan antara sakit dan tekanan. sakit tu maksudnya seperti pedih, ngilu atau apa-apa yang boleh dirujuk sebagai sakit. tekanan seperti doktor menekan gigi, dan kita rasa tekanan pada bahagian lain. bila dah bersedia, dia akan mulakan dengan sapu iodin sekeliling mulut. kemudian baru la mulakan dengan bius.

9- perasaan masa kena bius tu sakit jugak la. dia bius gusi belah luar, belah dalam, bawah bibir. aku agak mudah terhibur dengan doktor ni sebab dia akan cakap "minta maaf ye. saya bius ni. sakit sikit ye". sambil dia bius, dia humming ikut lagu dekat radio. mana la aku tak terhibur. lepas tu dia tunggu dalam beberapa lama sambil sembang-sembang dan dia akan cuba cucuk bahagian yang dia bius samada sakit atau tak. dia cucuk gusi, aku tak rasa apa-apa. dia cucuk bibir, aku cakap itu jarum. then dia tambah lagi bius sebab aku rasa sakit. sepanjang proses ni memang kena jujur, kalau tak kita akan menyukarkan proses pembedahan.

10- bius dah siap, dia mulakan dengan aku rasa lah sebab aku tak boleh tengok - potong gusi. lepas tu aku tahu dia mula potong gigi bila aku dengar bunyi mesin dan doktor tu bersungguh-sungguh pegang alatan tu. lepas tu dia mula tarik gigi dan dia cakap akan dengar bunyi "crack". masa tu rasa la dia duk tekan-tekan bagi gigi keluar. doktor ni perangai dia mungkin dia nak rasa tenang dan tak nak aku tertekan, dia boleh bersembang, menyanyi. aku? pandang langit dalam hati berzikir supaya bertenang.

11- lepas kedua-dua gigi tercabut, doktor bagi tahu dan tanya nak teruskan cabut gigi atas tak. aku cakap boleh je sebab tak rasa apa-apa pun sekarang. asalnya dia duduk belah kiri aku, then dia tukar tempat duduk belah kanan. mula la bius gusi atas. dan dia mula cabut.

sekali cabut, tak keluar. dia pusing... pusing... pusing... tak keluar. katanya akar kukuh dekat gigi tu sebab tu susah nak cabut. tarik lagi. tarik lagi dan tariiikkk...

tak keluar jugak. nurse datang perang rahang aku. dia tenangkan aku cakap jangan keraskan badan sebab nanti lagi susah nak cabut. aku cuba lembutkan selembut mungkin tapi lama jugak. dia cakap akan dengar bunyi "crack" baru tandanya gigi dah tercabut. lama jugak sampai aku rasa tengkorak aku bergegar, barulah tercabut.

aku gigit kapas kuat-kuat. masih tak rasa apa-apa sebab bius. aku diberi ubat tahan sakit sekali lagi dan doktor mula bagi penerangan untuk selepas pembedahan.

1- bius akan mula hilang, jadi makan ubat tahan sakit yang dia bagi. satu dia bagi ubat tahan sakit biasa, kedua dia bagi ubat tahan sakit yang kuat sikit yang boleh menyebabkan  mengantok. makan bila perlu ikut tahap kesakitan. biasanya kalau pesakit rasa tak boleh makan, loya dan nak pitam, boleh makan yang kuat tu,

2- untuk kes aku lepas je gusi rasa sihat, pergi buat rawatan akar dekat mana-mana klinik pergigian lain sebab Hospital Selayang tak menyediakan rawatan tersebut.

3- jangan makan benda panas dan pedas. banyak makan aiskrim atau tuam ais dekat pipi.

4- kalau ada makanan tersangkut dekat kawasan pembedahan, kena buang segera dan doktor ada bagi ubat kumur dan alatan untuk membuang makanan terselit dengan cara semburan air kalau cara kumuhan tidak berjaya.

5- sepanjang hari selepas pembedahan, jangan kumur-kumur atau meludah sebab darah beku tu penting untuk menutup tulang gigi dan membentuk gusi. jadi kalau rasa payau atau pahit atau hanyir darah, telankan sahaja.

6- minggu depan dah mula raya haji dan cuti hari Malaysia, jadi rawatan susulan untuk buka jahitan ditangguh ke 2 minggu hadapan.

itu sahaja. jumlah masa aku dalam klinik (pembedahan sahaja) mengambil masa satu jam. kos rawatan, aku tak dapat bil lagi sebab masa tu kaunter pendaftaran dah tutup. jadi aku hanya perlu bayar waktu rawatan susulan.

balik rumah, aku masih rasa bahagia sebab aku terdetik dalam hati - tak sakit pun rupanya. jadi aku mula masak bubur ayam dan pertengahan nasi nak menjadi bubur aku mula rasa berdenyut. aku tahankan saja. aku kira-kira, baru 2 jam takkan bius dah habis kut. bubur hampir siap, tapi aku dah tak tahan. aku makan lagi satu biji ubat tahan sakit yang biasa, tapi macam tak berkesan. macam biasa aku pura-pura tidur dan terjaga berkali-kali tapi aku tahankan sahaja. aku tak nak makan ubat yang kuat tu sebab first aku tak makan apa-apa sejak pembedahan. takut kesan lebih buruk. kedua aku tak nak terlepas waktu asar, maghrib dan isyak. jadi aku fikir nak makan malam lepas isyak.

sudahnya, lepas isyak baru rasa sakit hilang. waaaaaaa... aku mula makan bubur yang aku buat tadi. boleh je nak makan makanan yang keras-keras tapi aku tak berapa boleh buka mulut luas-luas. sakit ouh! makan bubur senang, sedut je sampai tekak. risiko makanan sangkut pun rendah.

tidur malam? oh lena sekali. alhamdulillaah tiada gangguan. cuma hari ni aku rasa macam nak demam.. tapi lepas tu elok  balik.. lepas tu rasa berdenyut-denyut.. lepas tu elok balik. itu sajalah.

secara keseluruhan, pendapat aku doktor berikan perkhidmatan yang terbaik. penerangan yang lengkap dan perkhidmatannya menuruti apa yang dia terangkan. Nora bagi 5 bintang yo! syabas! jadi mana-mana yang dengar cerita orang yang menakutkan tu, harap pergi sendiri dan ceritakan pengalaman anda sendiri. mungkin hospital kerajaan sekarang dah dinaiktaraf peralatannya. tambahan, doktor muda dan sweeeeet gitu. kos rawatan dekat hospital swasta menghampiri RM2000, jadi buatlah pilihan yang tepat. oh ye, masa dia tengah cabut gigi aku, dia cakap nampak dalam gambar x-ray macam susah, tapi bila cabut senang je. alhamdulillaah.

semoga bermanfaat dan terhibur. kalau ada salah laku, tegurlah. sekian. assalaamualaikum.


8/11/2016

Ada lagi rupanya...

0 COMMENT

Waaaaaaa... saje surf internet & tergerak nak login blog ni.  Hidup lagi rupenye.. kikiki. Rasa macam nak menaip balik la lepas ni. Hahha... macam dah lupa semua html la apelah.. kena study balik ni. Huhhuuuu... harap2 banyak masa lagi nak buat semua ni. Hehe

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez