6/30/2014

Tembikai... Oh Tembikai...

0 COMMENT
Semalam, 1 Ramadhan (cewah. Guna kalendar hijri nampaknye) jam 6 petang aku pergi kedai beli buah tembikai susu sebiji & tembikai merah 2 potong besar. Sampai rumah, jam 6:30 aku terus masuk dapur potong buah tembikai susu, keluarkan blender shake n take, belnd same ais. Wuuuuu kelihatan sedap sekali yaw

Jenuh gak blend buah sebab botol shake n take tu kecil. Memang design untuk sekali minum je kan tapi aku nak buat untuk satu family. Makanya berkali-kali la aku blend. 

Akibat keletihan (letih uols!) maka dengan berbekalkan akal fikiran yang bernas, aku sumbat 2 potong besar tembikai merah tadi dalam freezer. Dalam pemikiran aku, freezer tu akan membekukan tembikai, sekaligus esok malam (yakni hari ni 2 ramadhan) aku akan dapat tembikai yang sejuk! (Aku kekurangan ais)

Hari ni, konon sebelum berbuka nak blend tembikai, tapi x sempat. Makanya lepas terawikh dengan gembiranya aku keluarkan tembikai dari freezer. 

Beku - seperti yang dijangka.

Ambil pisau, potong kulit - tak lut.

Potong bahagian isi - tak lut jugaaaa. Huwaaaaa~~~~!

Nak minum tembikai blended postponed. Kena tunggu tembikai cair pulaaaaa

Tembikai dah jadi ais. Nasib baik boleh uturn.

T_T

Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak uols

Kbai

Sobs

6/15/2014

Ride For Life

0 COMMENT
1MK Urban City Adventure

15 June 2014

1 Mont Kiara

Sebelum Flag Off


Ramai betul orang - 1000 lebih rasenye. 


Nampak dalam map tenang je jalannye, tapi 85% bukit bukau. 

Masa kat bangsar, ade accident motor tak silap. Polis traffic yang kawal lalulintas suruh riders masuk simpang kiri. Memang kaw-kaw punya panjat bukit. Sampai atas, semua orang stop sebab rupanya kami dah salah route. Masa briefing, aku dengar sepatutnya masuk Bukit Aman, Tugu Negara baru patah balik pergi MK. Tapi ntah. Aku ikut je orang depan. Hehew


Waktu balik. Semua orang kelaparan tunggu rider lain sampai. Lunch pun belum sampai. Hehe. Cabutan bertuah? Macam biasa aku kurang tuahnya. 


Ini matlamat utama aku sebenarnya


Finisher medal yang cantik. Yahooo!

Penat - masa tunggu cabutan bertuah pun aku terlelap berkali-kali. Alhamdulillah aku belum sorong basikal lagi buat masa ni. Orang kate - kayuh je asal tayar bergolek! (^_^)v

K baiiii. Krohhhhhhhhhhh Zzzzzzzz......







Jom Strike

0 COMMENT
Semalam Sabtu 14 Jun 2014 - aku masuk tournament bowling kat Selayang Mall anjuran Puteri UMNO Gombak. Aku & 3 lagi kawan wakil Taman Selasih walaupun tak terer mane. Kihkih


Memula ingat kitorang sekumpulan, rupenye organizer dah shuffle team - so satu team lain-lain kawasan. Layankan sajelah ye.


Lambat sangat game start, jadi kite selfie duluuu


Masa markah aku tinggi dari ni, aku tak snap picture pulak. Huh.


Tu diaaa.. Naib johan kumpulan kita mempersembahkan trofi & hamper. Alhamdulillah rezeki. Aku ade 1 kali masuk longkang, kalau tak masuk longkang tu musti kitorang menang nombor 1 sebab markah kami kurang 1 je dengan orang yang dapat nombor 1. Wakakaka






Milo Hidup Bola 2014

0 COMMENT
Semalam Sabtu 14 Jun 2014 - Milo anjurkan pertandingan futsal kat Ampang Sports Planet.

Nasib baik aku sampai lambat - banyak sangat team yang hantar. Team aku game ke 19, adeh.. Sementara tunggu game, kitorang layan la hiburan Fly FM. 

Dalam banyak-banyak game, pertandingan masuk bola dalam lubang je aku berjaya. Dapat la t-shirt Fly sehelai. Besar gabak -.-'



Selfies percuma.


Ce teka siapa goalkeeper. Haha. Biar kalah asalkan gembira. Yahoooo!



Family Fun Bike Ride 2014

0 COMMENT
Semlam Sabtu 14 Jun 2014 - berbasikal bersama kawan-kawan kat Pusat Komuniti Bukit Damansara. Nama pun bukit, jadi naik turun bukit je. Nasib baik 8km je. Gagah jugakla nak mengayuh.


Ingatkan YBKJ ade.. Tapi YABTS Muhyiddin je sampai..


Nampak macam simple - tapi mental jugak la nak kayuh..


Kami setelah penat mengayuh. Selfie sekali~


Yeye dapat sijil~



Hai Wak Doyok! Kita bergambar sekali yeh..


Acara yang ditunggu-tunggu, kawan kite menang basikal cabutan bertuah. Yahooooo!!!




6/08/2014

Kejohanan Futsal

0 COMMENT
Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2014

Sabtu, 7 June 2014 aku masuk futsal tournament. Yay-! Tempat: UTC Sentul. Memandangkan aku ni freelance goal keeper jadi aku main dengan team Spider apentah. Nama team sendiri pun tak tahu. Asal orang panggil, kalau free datang main saje. Hehe

So, setelah beberapa tahun tak menjadi, ini kali pertama aku dapat medal dari futsal. Yahoooo-!

Alhamdulillah rezeki (eleh sebnarnya team kuat-kuat tak ramai senang la nak menang)



Nombor 3 je punnn.. Jadilah kan. Walaupun tak berpeluang main grand final nanti tapi OK la dari takde langsung. Ye dak.


Itu je nak cite-- kbai ._~v



Sembang kosong

0 COMMENT
"Makteh.. Makteh kerja ape?"

"Ade lah.."

"Eleh.. Kita tahu.. Makteh kerja main bola.. Hari-hari makteh berlatih kan.."

-_-'


6/01/2014

Hope Bolathon

0 COMMENT
Charity Fun Run and Masquerade Walk

Fun run - 10km tapi masquerade walk 3km je. Dua-dua pun dapat finisher medal tapi aku pilih 10km sebab nak berlari kononnye. 6km pertama je aku lari sebab (banyak alasan walhal sendiri tak kuat lari. Hihi) 1- event start lambat. Supposed 7am flag off tapi tadi 7:30 baru start lari. 2- route berbukit. Penat mendaki menurun mendaki menurun. 3- hari dah panas. Kalau start jam 6:30 atau 7 tu dah sedang elok dah. Huhu. Tak kisah lah janji aku berjaya sampai finish lane. Wahaha. 


Masa aku snap picture ni, mostly orang depan aku jalan kaki je. Termasuk la aku. Ade la dua tiga orang yang masih larat berjogging. Hehe


Daki bukit lagi dengan cuaca panas terik


Orang ni pakai costume Captain America tapi masuk category fun run. 


Yay! Sampai gak finish lane -.^v


Ramai sangat orang atas stage. Nak selfie sorang-sorang segan la pulakkk


Untongla budak-budak boleh main foosball - betul ke aku eja ni?


Senget la pulak gambar ni


Show off medal sikittt


Akhirnya - makan nasi lemak tepi jalan tanpa rasa bersalah


Berlatarbelakangkan air terjun dengan tenang sekali. =.='

Tu je nak cite. Kbai~~~~~~<@








 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez