5/31/2014

Basikal

0 COMMENT
Hari ni first time offroad cycling. Venue: Kota Damansara Community Forest KDCF. Masa member mula-mula ajak tu macam pelik gak sebab tak tahu pun kota damansara ade hutan. Tempatnya ok & agak mencabar (bagi aku) sebab banyak downhill & laluan sempit - macam ngam-ngam untuk sorg lalu.



Kami ngam-ngam 10 orang - 4 perempuan 6 lelaki. 70% daripada mereka, aku baru kenal hari ni. Nasib baik ikut deorang cycling sebab masing-masing memang rider & banyak ilmu baru dapat hari ni. Yay~

Aku yang pertama kali berbasikal dalam hutan ni, mula-mula tu banyak kali jugak sorong daripada kayuh. Memalukan betul. Bila check balik - gear salah, teknik salah & yang paling penting body position pun salah. Biasalah tu newbie kan. Penuh luka kat muka & kaki. Kalau nak ikutkan 2 kali aku jatuh tersembam, banyak kali langgar pokok & banyak kali tayar depan terangkat masa naik bukit. Nyaris jugak jatuh bukit tapi cepat-cepat break. Huuuuu~~~~ ngeri


Ini bukan aku yang jatuh tersembam, tapi salah sorang dari kami. Haha- lawa pulak gambar dia jatuh ni. Macam superman turun dari langit tapi tak sempat landing. Hehehe

Sempat lagi Fiona jumpa ulat bulu hijau ni.

Bila dah keluar dari hutan & patah balik tempat kitorang berkumpul tu, aku check GPS cuma dalam 4km lebih je. Tapi penatnye kemain lagi! Phew. Then kitorang decide naik lagi sekali tapi lalu jalan yang pendek sikit - 2km lebih. Masa tu dah belajar naik bukit so lajuuuu je. Cuma masa tu nafas macam lembu bak kata sorang rider lain masa terserempak atas bukit tu. Adeh.

Apepun yang penting semuanya selamat - Alhamdulillaah. Semua gambar credit kepada Fiona, Salwani & Farisha. Basikal yang penuh tanah tu aku dah simpan dalam rumah & belum basuh lagi - letih oiiiii. Ok. Tido time. Buhbyeeee~~~ <@


5/21/2014

#WW Wordless Wednesday #3: Bread

0 COMMENT
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez