1/12/2014

Sepetang bersama nenek

0 COMMENT
Sampai je halaman rumah nenek,

"Eh Huda..!! Ko tido sini ke?"
"Tak lah nek.. Singgah kejap je. Nah.. Durian" durian musang king yang aku ngan member makan kat tepi jalan tadi tak habis bungkus bawa balik
Nenek excited terus buka plastik durian. Aku hulur tangan nak salam pun tak sambut. Huh.
"Naaaa (nenek panggil makcik aku). Ade durian ni naaaaa"
"Ooo. Huda ke sampai..."

Makcik: "huda, nenek bagi aku seulas je!"
Aku: haha. "Nek.. Makan seulas cukup la.."
Nenek: "sodap durian ni. Ko x boleh." Sambil tutup bungkusan durian dengan tangan ke badan dia.

A: nenek potong rambut?
N: ha.. Hari tu anak dak tun potong. Dio korek cam tu yo.. Marin rambut aku kusut, aku suruh dia betulkan. Aku mano la ponah sikek rambut ni. Pastu dio suruh aku potong yo la rambut ni. Aku ok yo sobab aku pun pakai tudung. Tak tau la mano dio simpan rambut aku ntah.
A: OK
Hebat beliau elaborate jawapan kepada soalan aku.

Aku kat dapur. Dengar deorang sembang
N: kau umo berapa?
Member: 26
N: huda umo berapa?
Member: dua puluh ********
N: ooo

N: manolah dak pika ni buek air lamo bona eh? Pika tu nama cousin aku. Takde kat rumah pun. Mandangkan aku tau dia memang tak sengaja salah sebut nama maka aku pun nyahut
A: ade kat dapur ni. Tengah mop dapur la..
N: ooo patut la.. Tengah melabur!
A: MOP DAPUR la neeeek!!!
N: oooh. OK.

N: ko tido sini malam ni?
A: tak. Balik rumah kejap lagi.
N: poei la mandi dulu. 
A: mandi kat rumah balik nanti la
N: Ko nak mandi? Sambil tanya member aku
Member: taknak.

N: ko ni poei majlis nikah tadi pakai seluar yo ko?
Member: hehehe. 
N: pakai la kain. Nanti orang tanyo - eh sapo yang datang tuuuu... Sambil buat gaya kepochi.

N: huda. Ko dah ade boipren?
A: takde
Member: ade nek. Ade.
Nenek terus accept jawapan member aku
N: ha.. Bagus la dah ade. Gembira hati aku.
 Demyuh! Aku sepuk ko japgi!
N: dak pika pun ade. Boipren dio belum dapek topi lebar lagi sobab maso exam dolu dio domam jadi kono sambung blaja laei..
Member: topi lebar?
A: konvo.. 

N: aku salu lupo dah makan ubat ko bolum. Aku bangun tido pikir-pikir dah makan ko bolum lopeh tu tertido. Aku bangun balik hari dah golap. Tapi aku jumpa doktor tak cakap apo-apo pun. Hehehehe
A: adeh. Memang la...

N: tadi ko makan durian?
Member: makan sikit je. Tak larat nak makan. Kenyang sangat.
N: eleh. Tadi aku makan sampai habis.
Member: nek kena makan satu je. Durian tu isi tebal sebab biji dia kecil.
N: uihhhh. Aku dulu boli 30 biji makan semuo..
Member: erkkkk!!
Pastu tanya.. Bilo la aku nak sihat ni. Huhuhuhuhu

PAP!!!
N: apo tu?
A: nyamuk. Besar lak tu..
N: apo siang-siang buto ni ado nyamuk? Ehhh polik bonar..
A: maghrib dah ni nek... Ape siangnyee
N: eh. Haah la.. Aku nak tutup pintu lah. Kang takut orang masuk rumah aku.
Nyamuk masuk tak kisah pulak. Adeh.

N: esok pepagi aku nak gorak poei balik KL. Omak ko suruh.
A: oh. Ok. Sebab nanti sampai kl tak penat
N: kosian kek kawan aku. Dio kato kalau aku dah poei balik kl, dio takdo kawan la nak burak. 
Camni la rupa orang dah tua ekk kalo dok sensorang kat rumah. Huhuhu

2 jam duduk singgah jumpa nenek macam-macam benda nak sembang. Nasib la dapat nenek yang pelawak + peramah cenggini. Hehe.

"Lain kali ade mase singgah la lagi rumah nenek yeeee"

Kbai!

1/05/2014

Otot peha tak kuat

0 COMMENT
Kata pakar orthopedic. 

X ray dah buat hari jumaat, so hari sabtu datang bawa film je. Sepatutnya appoinment jam 2 aku sampai jam 3. 

Masuk bilik doc, aku bagi film lutut kiri & kanan

D: mmmm... Ooo yang ini.. Gaya berlagak habis.  Tulang rawan bawah Tempurung lutut semakin menipis, jadi dia berlaga dengan tulang bla bla bla
A: ooo ye ke. Apelah senang sangat doc ni jawab. Tak mencabar langsung sakit aku ni
D: mana yang teruk?
A: belah kanan je. Bila naik tangga berbunyi
D: cuba angkat kaki kanan. aku angkat, perlahan sangat bunyinye. Kaki kiri pulak.. Pop. Pop. Pop. Kuat sikit dari kaki kiri. Ha tu bunyi. Maknanya kiri kanan la kan. Puncanya sebab otot peha kamu tak kuat. Dia pun tunjuk jenis workout yang aku kena amalkan selalu termasuk cycling. Sakit tak?
A: tak. 
D: ok. Kalau macam tu tak payah ambil ubat. Tapi ambil ubat sapu. Banyak sangat la ubat sapu aku ni. Suka hati mu la dokter..

Bila dapat ubat, memang ubat yang menjadi koleksi aku selama ni - fastum gel. Sejuk tapi gel tak bape gemar nak sapu.

Balik dok fikir nak kena pergi gym ke untuk workout + cycling? Kalau tak pergi, tua-tua nanti aku kena warisi "sakit lutut sekeluarga". Tak mau lah. Gym sekarang takde yang walk in pulak. Semuanya nak contract setahun. Aku saspek kes ini ada kaitan dengan perkembangan peha aku yang cemerlang lah. Hahaha

Keep calm and play futsal

Ps: menyesal layan mata lelap petang tadi. Kan dah terkebil-kebil tak boleh tido. Huhu

1/04/2014

Azam tahun baru

0 COMMENT
Tadi lepas waktu kerja aku keluar lepak dengan kengkawan lama. Lama sangat tak jumpa rasa rindu pulak kan. Ade sorang dari ramai-ramai tu tanya "ape azam tahun baru ko Huda?" Aku terdiam dan senyum jeee.. 

Bukan aku takde azam tahun baru tapi aku rasa..... Pendapat aku yang tak seberapa ni la, sepatutnya azam atau cita-cita atau impian dan ape saje perkataan yang sama maksud dengannya, kita tetapkan seminggu sekali. Paling busuk sebulan sekali. Itu yang aku belajar bila masuk kelas-kelas berunsurkan motivasi (baik sangat la tu masuk kelas motivasi) katenye kita kena ada tetapkan matlamat atau orang barat kata review goal setting seminggu sekali paling baik. 

Takkan nak tunggu setahun baru nak review. Tapi aku ni macam biasa la, masuk kelas cari ilmu bukan main. Tapi nak mengamalkannye kemain susah. Hehehe. Bila rajin je kemain review. Reset goal setting. Lepas tu bila masuk column "what should i do in order to achieve my goal?" Aku biarkan blank. Kekadang ade gak tulis tapi sekadar tulisan ajelaaa. Hahaha. 

Jadi, sebagai mengikut adat "azam tahun baru" kebanyakan orang, aku berazam tahun ni aku akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi orang yang "walk the talk". Banyak dah talk yg aku tulis dalam diary tahun sebelum-sebelum ni tapi kebanyakannya pun sekadar penulisan. 

Semoga segala impian kan terlaksana. Begitu juga dengan korang yang sedang membaca tempelan aku sekarang. Semoga apa yang dicita-citakan tercapai. Amiin :D

P.s: ape azam tahun baru korang? Kih kih kih ;)

1/03/2014

Tak boleh tidur la

0 COMMENT
Puas golek sana, golek sini. Mata pun tetap macam ni. Bulat je (agaknye la. Kakak aku kata aku ni jepun-negro - mata sepet kulit hitam. Hahahahaha) tak boleh blah kuruk diri sendiri.

Macam-macam otak aku ni fikir. Fikir pasal tuuut tuuut la.. Teeeet teeet laa. Lutut lagi satu hal. Eh?  Hehe

Siang tadi, ade la dalam 15 minit sebelum masuk maghrib, aku singgah pusat kesihatan. Masa tu fikiran bercelaru sebab kengkawan semua menakut-nakutkan aku pasal lutut ni. Macam-macam cerita keluar. So aku paksa diri pergi klinik. Sampai je kat klinik, lepas doc panggil masuk

D: ye. Sakit apa?
A: mmmm. Lutut saya ni berbunyi sikit
D: ooo berapa lama dah?
A: baru je dua minggu (dah sebulan lebih pun aku cakap 2 minggu)
D: okay. Pergi baring atas katil. Nurse, mari tolong. Sambil panjat katil dia tanya, kamu ada terjatuh ka?
A: oh, saya main bola.
D: sengih je. Sambil angkat kaki kanan aku goyang-goyang, ini bukan 2 minggu. Ini suda lama injured. Dia nak angkat kaki kiri
A: eh, kaki kanan je.. Kiri takde ape2. Cargas betul aku pintas
Doc tak peduli. Terus angkat kaki kiri aku.

POP!

D: ha tu bunyi
A: eh. First time memang cenggitu doctor..
Diangkat berkali-kali. Pop.. Pop.. Pop..
D: betul. Ini bukan baru injured. Sudah lama injured ni. Mungkin kici kici dulu kamu jatuh tapi tak sedar. Umur baru dua puluh tuuuut tahun sudah macam orang tua dapat sakit bla bla bla.. Habis disekolahkan aku kat situ jugak.

Sabtu ni dia suruh aku datang jumpa pakar orthopedic. Luluh hati aku dokter ni tak bekap aku. Sungguh tak boleh kencing sikit pun. Semuanya kantoi. Walhal sebelum ni lutut kiri takde pun bunyi, ape dia buat ntah sampai bunyi. Aku balik rumah angkat kaki kiri lagi sekali pun tak berbunyi. Huh!

Ambil ubat, terus pergi Ferro Futsal main futsal dengan kawan-kawan yang kita suka (pinjam trademark retis zahiril kita jap). Seronok sebab aku main (kononnye) bersungguh-sungguh. Puas hati. Heeeee

Pastu balik rumah sedih sendiri. Lutut bengkak & sakit, betis lebam. Padan muka.  La ni tak boleh tido pulak. Padan muka. Sekarang rasa lapar. Padan muka.

Ps: ejaan sebenar dalam bahasa melayu ialah "dokter" ke "doktor". Aku runsing. Lagi tak boleh tidur fikir mana satu ejaan yang betul.

1/01/2014

Bukan setakat lutut je yang berbunyi

0 COMMENT
Baru perasan. Ade beberapa anggota badan lain pun berbunyi bila digerakkan. Paling kuat selepas lutut kanan, bahu. Dua-dua belah lak tu. Wuwuwu. Wahai tulang, kenapa suka berbunyi?

Hari ni dapat satu lebam kat lutut kiri. Lama tak nampak lebam-lebam kat badan. Kalau main futsal tu hebat sangat, berbaloi la jugak kan. 

Sebut pasal futsal, aku rasa lately aku banyak cite pasal futsal. Semalam, 31 Dec 2013 aku akhiri aktiviti aku dengan futsal. Hari ni 1 Jan 2014, dimulakan dengan futsal jugak. Mungkin esok dan tular pun sambung futsal lagi. Futsal. Futsal. Futsal. Tak habis-habis selagi terdaya. Wahahaha

Hari ni masuk tournament terbuka wanita DBKL. Mula-mula tu plan nak main suka-suka ambil experience, tapi yang masuk semuanya hebat-hebat daaa.. Jadi lauk pauk la kan & team belasahan. Kena belasah 5-0, 4-1, 3-1. Ape punya penjaga gol daaa kasi boloss. Takpe-takpe. Semua orang dah buat yang terbaik. *clap clap* Niat tu penting. Sekurang-kurangnya dapat gak pengalaman plus masa untuk sedar kedudukan diri. Hehehe. 

Mungkin agak terlambat, 

SELAMAT DATANG 2014

Tak best langsung ucapan aku. Tu je la kot. Saje nak conteng-conteng blog sendiri untuk hari pertama 2014. Please be nice to me and I hope that this year should be the best year in my life. Cewah. Speaking London ko nyah!

P.s.:  esok 2 Jan 2014 dah masuk kerja balik. Rasa lemau lak sebab dah hampir 2 minggu cuti. Menyesal tak minta cuti untuk 2 hari ni. *teeeet* boss tak baca blog aku takpe (^_^)v
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez