9/27/2014

Maybank Islamic Cycle


Date: 27 September 2014

Kayuhan bertemakan "Save a Child's Heart" anjuran Maybank Islamic bertempat di Dataran Putrajaya telah disertai oleh saya dan rakan-rakan bersama beberapa ribu peserta yang lain.

Ok. Berhenti baca berita. Flag off jam 8:30 pagi tapi kami sibuk berborak sampai tak perasan pun peserta 37km dah dilepaskan dari kandang. 

Cuaca pagi panas terik. Rasanya peluh menitik sekejap je lepas tu terus kering. Aku ni pun dah la memang asalnya berkulit hitam.. Bila masuk event outdoor sambil berjemur bawah terik matahari macam ni mula lah kulit ni bertambah-tambah le hitamnye.

Pagi-pagi subuh sebelum keluar rumah aku memang dah sapu sebotol sunblock cream kat kulit terdedah. Tapi macam tak ada bezanya punnnn.. Kalau nak hitam tu hitam juge le kan.

Road ride kali ni tak seletih masa aku join Mount Kiara Ride For Life dulu sebab pusing-pusing putrajaya ni tak banyak bukit. Lagi satu laluan pula tak banyak kereta, so bawa pun santai sikit la.. Hehe

Ikutkan sebenarnya 37km tapi tak tahu kenapa GPS phone ni memandai letak 46.2km. Lantak la kan. Yang penting dapat medal yang cantik walaupun nombor tak bertuah untuk cabutan bertuah. Hihuuuu

saje nak show off medal yang cantik itu. kah kah kah kahakkk

gambar ni bukan masa start, tapi masa dah habis.. gambar ihsan Cycling Malaysia


1 COMMENT on "Maybank Islamic Cycle"

Anonymous said...

Hi, this weekend іs pleasant designed for me, sincе tjіs moent i am reading this
impгessive infοrmative piece of wrіting here at my ɦome.


my site;

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez