6/30/2014

Tembikai... Oh Tembikai...


Semalam, 1 Ramadhan (cewah. Guna kalendar hijri nampaknye) jam 6 petang aku pergi kedai beli buah tembikai susu sebiji & tembikai merah 2 potong besar. Sampai rumah, jam 6:30 aku terus masuk dapur potong buah tembikai susu, keluarkan blender shake n take, belnd same ais. Wuuuuu kelihatan sedap sekali yaw

Jenuh gak blend buah sebab botol shake n take tu kecil. Memang design untuk sekali minum je kan tapi aku nak buat untuk satu family. Makanya berkali-kali la aku blend. 

Akibat keletihan (letih uols!) maka dengan berbekalkan akal fikiran yang bernas, aku sumbat 2 potong besar tembikai merah tadi dalam freezer. Dalam pemikiran aku, freezer tu akan membekukan tembikai, sekaligus esok malam (yakni hari ni 2 ramadhan) aku akan dapat tembikai yang sejuk! (Aku kekurangan ais)

Hari ni, konon sebelum berbuka nak blend tembikai, tapi x sempat. Makanya lepas terawikh dengan gembiranya aku keluarkan tembikai dari freezer. 

Beku - seperti yang dijangka.

Ambil pisau, potong kulit - tak lut.

Potong bahagian isi - tak lut jugaaaa. Huwaaaaa~~~~!

Nak minum tembikai blended postponed. Kena tunggu tembikai cair pulaaaaa

Tembikai dah jadi ais. Nasib baik boleh uturn.

T_T

Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak uols

Kbai

Sobs

0 COMMENT on "Tembikai... Oh Tembikai..."

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez