1/03/2014

Tak boleh tidur la


Puas golek sana, golek sini. Mata pun tetap macam ni. Bulat je (agaknye la. Kakak aku kata aku ni jepun-negro - mata sepet kulit hitam. Hahahahaha) tak boleh blah kuruk diri sendiri.

Macam-macam otak aku ni fikir. Fikir pasal tuuut tuuut la.. Teeeet teeet laa. Lutut lagi satu hal. Eh?  Hehe

Siang tadi, ade la dalam 15 minit sebelum masuk maghrib, aku singgah pusat kesihatan. Masa tu fikiran bercelaru sebab kengkawan semua menakut-nakutkan aku pasal lutut ni. Macam-macam cerita keluar. So aku paksa diri pergi klinik. Sampai je kat klinik, lepas doc panggil masuk

D: ye. Sakit apa?
A: mmmm. Lutut saya ni berbunyi sikit
D: ooo berapa lama dah?
A: baru je dua minggu (dah sebulan lebih pun aku cakap 2 minggu)
D: okay. Pergi baring atas katil. Nurse, mari tolong. Sambil panjat katil dia tanya, kamu ada terjatuh ka?
A: oh, saya main bola.
D: sengih je. Sambil angkat kaki kanan aku goyang-goyang, ini bukan 2 minggu. Ini suda lama injured. Dia nak angkat kaki kiri
A: eh, kaki kanan je.. Kiri takde ape2. Cargas betul aku pintas
Doc tak peduli. Terus angkat kaki kiri aku.

POP!

D: ha tu bunyi
A: eh. First time memang cenggitu doctor..
Diangkat berkali-kali. Pop.. Pop.. Pop..
D: betul. Ini bukan baru injured. Sudah lama injured ni. Mungkin kici kici dulu kamu jatuh tapi tak sedar. Umur baru dua puluh tuuuut tahun sudah macam orang tua dapat sakit bla bla bla.. Habis disekolahkan aku kat situ jugak.

Sabtu ni dia suruh aku datang jumpa pakar orthopedic. Luluh hati aku dokter ni tak bekap aku. Sungguh tak boleh kencing sikit pun. Semuanya kantoi. Walhal sebelum ni lutut kiri takde pun bunyi, ape dia buat ntah sampai bunyi. Aku balik rumah angkat kaki kiri lagi sekali pun tak berbunyi. Huh!

Ambil ubat, terus pergi Ferro Futsal main futsal dengan kawan-kawan yang kita suka (pinjam trademark retis zahiril kita jap). Seronok sebab aku main (kononnye) bersungguh-sungguh. Puas hati. Heeeee

Pastu balik rumah sedih sendiri. Lutut bengkak & sakit, betis lebam. Padan muka.  La ni tak boleh tido pulak. Padan muka. Sekarang rasa lapar. Padan muka.

Ps: ejaan sebenar dalam bahasa melayu ialah "dokter" ke "doktor". Aku runsing. Lagi tak boleh tidur fikir mana satu ejaan yang betul.

0 COMMENT on "Tak boleh tidur la"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez