1/12/2014

Sepetang bersama nenek


Sampai je halaman rumah nenek,

"Eh Huda..!! Ko tido sini ke?"
"Tak lah nek.. Singgah kejap je. Nah.. Durian" durian musang king yang aku ngan member makan kat tepi jalan tadi tak habis bungkus bawa balik
Nenek excited terus buka plastik durian. Aku hulur tangan nak salam pun tak sambut. Huh.
"Naaaa (nenek panggil makcik aku). Ade durian ni naaaaa"
"Ooo. Huda ke sampai..."

Makcik: "huda, nenek bagi aku seulas je!"
Aku: haha. "Nek.. Makan seulas cukup la.."
Nenek: "sodap durian ni. Ko x boleh." Sambil tutup bungkusan durian dengan tangan ke badan dia.

A: nenek potong rambut?
N: ha.. Hari tu anak dak tun potong. Dio korek cam tu yo.. Marin rambut aku kusut, aku suruh dia betulkan. Aku mano la ponah sikek rambut ni. Pastu dio suruh aku potong yo la rambut ni. Aku ok yo sobab aku pun pakai tudung. Tak tau la mano dio simpan rambut aku ntah.
A: OK
Hebat beliau elaborate jawapan kepada soalan aku.

Aku kat dapur. Dengar deorang sembang
N: kau umo berapa?
Member: 26
N: huda umo berapa?
Member: dua puluh ********
N: ooo

N: manolah dak pika ni buek air lamo bona eh? Pika tu nama cousin aku. Takde kat rumah pun. Mandangkan aku tau dia memang tak sengaja salah sebut nama maka aku pun nyahut
A: ade kat dapur ni. Tengah mop dapur la..
N: ooo patut la.. Tengah melabur!
A: MOP DAPUR la neeeek!!!
N: oooh. OK.

N: ko tido sini malam ni?
A: tak. Balik rumah kejap lagi.
N: poei la mandi dulu. 
A: mandi kat rumah balik nanti la
N: Ko nak mandi? Sambil tanya member aku
Member: taknak.

N: ko ni poei majlis nikah tadi pakai seluar yo ko?
Member: hehehe. 
N: pakai la kain. Nanti orang tanyo - eh sapo yang datang tuuuu... Sambil buat gaya kepochi.

N: huda. Ko dah ade boipren?
A: takde
Member: ade nek. Ade.
Nenek terus accept jawapan member aku
N: ha.. Bagus la dah ade. Gembira hati aku.
 Demyuh! Aku sepuk ko japgi!
N: dak pika pun ade. Boipren dio belum dapek topi lebar lagi sobab maso exam dolu dio domam jadi kono sambung blaja laei..
Member: topi lebar?
A: konvo.. 

N: aku salu lupo dah makan ubat ko bolum. Aku bangun tido pikir-pikir dah makan ko bolum lopeh tu tertido. Aku bangun balik hari dah golap. Tapi aku jumpa doktor tak cakap apo-apo pun. Hehehehe
A: adeh. Memang la...

N: tadi ko makan durian?
Member: makan sikit je. Tak larat nak makan. Kenyang sangat.
N: eleh. Tadi aku makan sampai habis.
Member: nek kena makan satu je. Durian tu isi tebal sebab biji dia kecil.
N: uihhhh. Aku dulu boli 30 biji makan semuo..
Member: erkkkk!!
Pastu tanya.. Bilo la aku nak sihat ni. Huhuhuhuhu

PAP!!!
N: apo tu?
A: nyamuk. Besar lak tu..
N: apo siang-siang buto ni ado nyamuk? Ehhh polik bonar..
A: maghrib dah ni nek... Ape siangnyee
N: eh. Haah la.. Aku nak tutup pintu lah. Kang takut orang masuk rumah aku.
Nyamuk masuk tak kisah pulak. Adeh.

N: esok pepagi aku nak gorak poei balik KL. Omak ko suruh.
A: oh. Ok. Sebab nanti sampai kl tak penat
N: kosian kek kawan aku. Dio kato kalau aku dah poei balik kl, dio takdo kawan la nak burak. 
Camni la rupa orang dah tua ekk kalo dok sensorang kat rumah. Huhuhu

2 jam duduk singgah jumpa nenek macam-macam benda nak sembang. Nasib la dapat nenek yang pelawak + peramah cenggini. Hehe.

"Lain kali ade mase singgah la lagi rumah nenek yeeee"

Kbai!

0 COMMENT on "Sepetang bersama nenek"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez