9/25/2013

Selamat tinggal Maxis Broadband


Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikum

Selamat malam semua. Hari ni aku bertekad - terminate Maxis broadband setelah sekian lama pakai. Cewah lama la sangat rasanya tak sampai setahun kot..


Kisahnya kenapa aku terminate, ade kat entry sebelum ni. Hehehe

Rasa macam sayang sebab coverage Maxis bagus compare dengan Digi tapi...  bila mana jadinya perkara-perkara yang tak menyenangkan aku rasa berhenti je lah daripada aku akan terus mengutuk kan. 

Kebetulan aku cuti hari ni, aku datang terus menara Maxis kat KLCC. Aku datang terus ada orang greet kat counter, assist aku bagi nombor. 

Dalam setengah jam kot (x perasan sebab dok main ipad display) nombor aku dipanggil.

Aku kira kalau ade 5 bintang, aku bagi 3 bintang je kat orang yang jaga kaunter tu. masa nombor aku dipanggil, tempat duduk tu orang yang sebelumnya masih duduk & bersembang dengan kawan dia kat kaunter sebelah. So aku masih berurusniaga dengan dia secara berdiri. mula2 minta ic, then minta modem. Aku lak x bawa cable. Adeh.. kena datang balik bawa semua barang baru setel. Tapi masa tu dia dah tolong freeze account aku. 

Urusan dah selesai, dia diamkan saja sambil buat kerja menghadap pc. sampai aku tanya; dah ke? "Dah". Kena bayar ape-ape tak? "Tak". Macam tu je? Haih. Tau la aku nak terminate. 

Petangnya bila aku dah ambil cable kat USJ, aku datang balik KLCC. nasib baik kaunter lain. Mamat tu pun kacak sikit dari yang tadi. Untuk dia, aku kasi 4.5 per 5 bintang. Hehe. Bukan dia kacak tapi sebab dia layan customer baik je. Dari awal aku sampai, sampai la siap semua urusan. 

Apa beza Maxis dengan operator lain, dia tak kisah pun kalau nak terminate. Tapi dalam form selamba letak connection problem. Haih. Kalau operator lain biasanya dia akan tanya kenapa nak terminate. Boleh tak tunggu sekejap kita check ke ape ke bagi bonus etc. tapi maxis tak peduli sangat la mungkin customer dia ramai kot. 

Lagi satu urusan senang. Nak pasang & terminate 1 hari settle. Nak ambil service, bawa ic ngan duit. Nak terminate, Tak payah fikir ape-ape just bawa ic ngan modem (kalau ade). Simple. 

Tu je la kot.. Lain orang lain experience. Cuma experience aku memaksa aku terminate. Sila lap air mata. Muahahaha. Kbai!

0 COMMENT on "Selamat tinggal Maxis Broadband"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez