9/25/2013

Kita Bina Hidup Ini


Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikuum

Satu pagi yang indah, aku dengar IKIM.FM, (91.5-KL). Kebetulan masa tu dj pasang sajak bertajuk "Kita Buna Hidup Ini" best. Best gila dengar gaya bahasa penyajak. Nak-nak pulak suara orang yang menyajak (betul ke ade perkataan ni) pun sedaaap. Masa tu buat aku terfikir nak rekod sajak tu kat sini. Hehe. Jom layan~~~

Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.

Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.

Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.

Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.


( Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan
Berita Minggu, 14 Feb 2010 }
Taufik Hidayah at 8:31 PM

Ha cane? Ade menghayatinya tak? Best kan sajak beliau. Tu je nak share. Kbai!


0 COMMENT on "Kita Bina Hidup Ini"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez