9/06/2013

Hari ini aku


Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari ni aku (merangkap semalam 5 september) bangun pagi lewat. Tido lewat, tengah malam berjaga jawab call + buat kerja. 

Pergi kerja lewat akibat bangun lewat. Nasib baik kelmarin balik kerja lewat. Kira fair walaupun tak berapa nak square kan. 

Makan aiskrim conneto <- betul ke eja ni? Dengan nasi ayam penyet company provide sebab celebrate 700 hari lebih takde kemalangan berlaku kat kilang. 

Makan nan cheese kat maju-maju sebab "teman" member yang kena stay up kat kilang tu makan. Konon nak makan kat cafe order makanan panas guna coupon, tapi deorang takde tukang masak sebab dah makan free. 

Balik awal dari biasa. 9:30 pm dah sampai rumah. Awal kan. Rasa macam takde ape nak buat - basuh toilet, basuh baju, sapu lantai, mop lantai, cuci dapur. Tengok jam dah pukul 2 pagi. 

Baring-baring baca blog, facebook, linkedIn, imotiv sampai battery tinggal kurang dari 20%. Kepala charger tertinggal kat rumah parents jadi aku on laptop sebagai charger. Alhamdulillah cable tak terringgal. 

Update blog bertajuk "hari ni aku". Tengah taip perenggan ke berapa ntah, kilang call kata barang aku dah sampai stesen yang aku nak. Tapi masih belum memenuhi kriteria yang aku nak, jadi aku minta dia call balik lepas dapat apa yang aku nak. 

Ada possibility yang aku kena call balik 30 minit dari sekarang jadi akh kena tidur sekarang. Tu je. K bai!

0 COMMENT on "Hari ini aku"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez