9/28/2013

5 Cara Tengok Wayang Percuma


Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikuum

Hari ni aku nak share perkara yang dinanti-nantikan oleh kawan-kawan aku. Siapa nak tiket wayang percuma say "I" sambil angkat tangan tinggi-tinggi (sorry Dr Azizan, pinjam trademark kejap. hehe)

okey, straight to the point, ada 3 cara (setakat ni yang the best lah). yang pertama kalau anda seorang blogger boleh la pergi kat Nuffnang. Kelebihan ni hanya untuk blogger. caranya mudah je, 

  1. Masuk website Nuffnang
  2. Sign in atau sign up
  3. Klik "What's Happening @ Nuffnang?" tab
  4. Baca blog yang deorang tulis dan komen ikut kehendak soalan dalam blog tu. Biasanya ikut tahap kekreatifan seseorang menjawab soalan la.
untuk Nuffnang ni pesaingnya tinggi, lagi-lagi kalau cerita best. aku selalu tak dapat tengok cerita best. huwaa... :'(

dah. lap air mata bagi yang bukan blogger. peluang anda agak tipis. bahaha.. takpe, ade option lain, yakni cara kedua melalui ChurpChurp. macam biasa anda perlu jadi ahlinya. yang ni tak perlu jadi blogger tapi anda perlu ada akaun twitter dan facebook. caranya,

  1. Masuk website ChurpChurp dan sign in atau sign up
  2. Klik garisan kiri atas page, pilih "Our Blog"
  3. Baca blog mereka sampai jumpa tajuk #Churpremiere
  4. Ikut arahan yang diberikan.
  5. Isikan borang kat belah bawah sekali
tu je lah. senang je, cuma kena luangkan banyak masa sikit la. setakat ni aku tak pernah dapat dari ChurpChurp lagi sebab selalu kalah. huwaaaa.... :'(

okay dah. buruk nau tua-tua bangka ni menangis. kita pergi ke cara ketiga yang aku rasa lebih mudah yakni KLIPS. Untuk KLIPS, anda hanya perlu ada akaun Twitter, Linked In, Google + dan Facebook. caranya simple jah,

  1. Masuk website KLIPS dan register atau sign in
  2. Bila nampak movie tulis "Free Passes", klik movie tersebut
  3. Share trailer dengan kengkawan melalui akaun-akaun social media yang disediakan. lagi banyak korang share, lagi tinggi chances nak menang.
dah. siap. aku baru je menang satu tiket dari sini. Alhamdulillaah rezeki :) tapi biasanya free tickets dari KLIPS ni bukan premiere screening macam Nuffnang & ChurpChurp. kita kena tunggu 2 minggu lepas tayangan, baru boleh pergi mana-mana cinema samada TGV, GSC atau MBO dan pastikan wayang tersebut ada tanda asterisk (*).

ok faham setakat ni. cara keempat ialah, cari lah mana-mana advertiser yang berikan tiket wayang percuma. macam dulu aku pergi makan kat Old town White Coffee kat Loke yew (sekarang dah tutup dah kedai tu. tak tahu nape). kalau makan set dinner dari pukul 6pm sampai 9pm tak silap. tak ingatlah. set dinner untuk 2 orang, dapat 1 tiket Fast & Furious 6 percuma. hehehehe. nampak tak permainannye tu.. mungkin agak payah nak cari kedai cenggitu tap kalau ade rezeki tu ade lah kan. muehehehe

dan finally. cara terakhir iaitu cara kelima. paling mudah, tapi kebarangkalian nak dapat tu rendah. Siapa nak tahu say "I" sambil angkat tangan tinggi-tinggi (sorry Dr Azizan, pinjam trademark lagi sekali. hehe). caranya senang je, yang penting berani.

..

...

....

.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


minta orang lain belanja. wehuuuu~~~~ contoh macam aku dapat tiket wayang melalui cara-cara di atas 2 keping, aku ajak sorang member tengok sama-sama. kan member aku dah dapat free.. bijak tak? wink2. jangan marah!

Chinese Proverb says: 
When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others too.
faham tak ape dia kata? aku pun pura-pura fahamkan je. muahahahahaha

ape-ape pun, bergantung kepada tuah dan rezeki masing-masing. yang penting kena rajin check website ni selalu & buat je tak yah nak fikir-fikir panjang. berusaha ye kengkawan. good luck. semoga berjaya. ganbatte kudasai. kbai! 

0 COMMENT on "5 Cara Tengok Wayang Percuma"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez