5/05/2013

Merry Go Round


Bismillaahirrahmaanirrahiim

satu malam yang indah 3 May 2013. aku driving sorang2. masa tu jalan raya agak lengang dari kesekakan angkara semua orang berpusu2 balik kampung halaman untuk mengundi PRU 13. di sini aku tak salahkan jalan yang sesak, semua orang berpusu2 mahupun PRU13. aku hanya berkata2.

malam tu hujan lebat. Alhamdulillah Allah turunkan rahmat. masa tu aku banyakkan berdoa kepada yang maha pemurah lagi maha mengasihani. dengar orang kata masa hujan turun tu, kalau kita banyakkan berdoa, in shaa Allah doa kita akan dimakbulkan. wallahualam bissawab, aku buat je ape yang terbaik. 

leka. leka memandu. dari mahameru, exit bangsar. aku betul2 baru naik flyover. kebetulan radio frequency 91.5 fm bagi kawasan lembah klang malam tu tengah pasang satu slot doa. leka lagi - kononnya menghayati, tapi akal fikiran aku agak penuh dengan drama. tiba2 kereta aku hilang kawalan. aku sedar, steering membelok ke kanan. panic, tapi cepat2 control. bumper depan kereta sempat cium tembok flyover, dalam masa yang sama aku dragged steering ke kanan - lalu berpusing2 la kereta aku. 

tergamam seketika. pandang kiri pandang kanan. kosong. Alhamdulillah semua selamat. 5 saat kemudian, 1 per 1 kenderaan lalu. motor, kereta, lori. semua bagi hon - aku dalam keadaan "wrong way". fikiran masih blur - ape dah jadi? kenapa dengan kereta aku ni? oh, engine OK. cuba jalan - OK.

aku bagi emergency signal. make a u-turn, turun flyover perlahan2. muhasabah diri. masih tak faham ape dah jadi. turun kereta check tayar - OK. teruskan perjalanan. Alhamdulillah semua selamat. dan yang paling penting, x ada nyawa yang terkorban.

mungkin malam tu jalan licin. kepada yang memandu, selamat memandu. jangan jadi macam saya. kepada yang mengundi, selamat mengundi. pilihlah pemimpin yang benar2 dapat memimpin kita ke arah Islam yang sebenar.kebahagiaan, kejayaan & kekayaan yang sebenar bukanlah di dunia ini semata2 bahkan di akhirat kelak - nasihat untuk diri sendiri juga. andai diberi kelebihaan di dunia & di akhirat - itu adalah lebih baik ;)

itu sahaja. sekian. jumpa lagi~~~~

sikit je. tu pun nak kecoh :p

signature2

0 COMMENT on "Merry Go Round"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez