4/29/2013

10 perkara yang kita boleh buat bila sorang2 bosan


Aku jarang bosan, tapi sekali bosan terus blur x tahu nak buat ape.. Korang pernah alami perkara ni? Jom kita list down benda yang boleh buat time bosan.

1- makan sorang2 tanpa menghiraukan orang lain.
Perkara ni selalu terjadi Kat aku bila aku terasa sangat lapar & bosan. Lagi best kalau dapat beli burger bakar berlapis2, makan dengan muka puas depan orang yang tengah tunggu que~ slurp~~~

2- main mercun bola & ketupat dalam bilik
Ni lagi best kalau duduk rumah flat / apartment / condo. Boleh baling ke bawah. Kalau kena tangkap tanggung sendiri.

3- kemas rumah
Kalau rumah tu dah tersedia kemas, boleh gembur2kan bagi sepah tahap gaban. Bila next time bosan boleh kemas balik..

4- berenang
Owh yang ni paling best. Kalau susah nak cari kolam renang, beli je kolam plastic boleh berendam Kat ruang tamu.

5- main ping pong tanpa henti
Disebabkan bosan, xde sape nak geng ngan kita, boleh main ngan dinding. Lagi best kalau jiran sebelah tu workaholic duduk sorang2 Kat bilik tanpa menghiraukan orang lain. Sure Kali ni kita boleh saling kenal mengenali.

6- Baca buku @ novel
Ni mungkin menambah kebosanan bagi orang yang tak suka membaca. Tapi kalau nak buatkannye menarik, Cuba Baca dari page belakang ke depan. Mesti otak celaru sikit.

7- workout
Sebenarnya x perlu pergi gym pun boleh workout Kat rumah. Contohnya peralatan ala2 dalam gym ialah tong gas, lesung batu, tangga - bagi orang yang tinggal Kat rumah 2 tingkat, n macam2 lagi lah.

8- sauna & aroma therapy
Duduk dalam bilik pasang aroma perfume. Pakai baju sejuk 8 lapis, pastu duduk bawah blanket 3 lapis. Kalau xde perfume bilik, boleh kentut berkali2 dalam blanket supaya bau tak cepat hilang.

9- buat gwiyomi
Ha. Kalau lelaki boleh pakai accessory tambahan seperti ribbon, make-up nipis. Kalau muka ganas, make-up ganas tambahan. Rare sikit. Kalau perempuan boleh minta tips Kat kak ton ye.

10- buat parti baru - PSP
Invite semua orang datang rumah. Jangan lupa beli snacks, air bergelen2. Cukup kalau rumah ade HiFi. Pasang lagu pitbull sudah. Tapi make sure undi BN 5 may ni baru boleh Party Sampai Pagi~ lariiii


Inikalilah

Bye!
posted from Bloggeroid

1 COMMENT on "10 perkara yang kita boleh buat bila sorang2 bosan"

Anonymous said...

It's an awesome piece of writing designed for all the internet users; they will obtain benefit from it I am sure.

Also visit my weblog ... fonzation.com

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez