6/16/2012

Dunia Baru

3 COMMENT
Assalamualaikum~


akhirnya dapat menaip. yay! sejak aku pergi jamuan makan Ibu Mithali anjuran IKIM bulan lepas, rajin lak aku pasang radio IKIM. terngiang2 kata2 semangat sorang kawan, kalau nak berjaya, kena lah duduk dengan orang yang berjaya. sedar tak sedar kita dipengaruhi oleh persekitaran kita kan. duduk dengan pengemis, mesti dia ajar cara2 nak mengemis. duduk dengan tukang masak, mesti dapat makan sedap hari2. hehe~ meh ambil sikit kata2 Prof Muhaya: 

"Lihat apa kita dengar di dalam kereta. Pilihan ini menentukan masa depan kita di dunia dan akhirat. Jika hanya hiburan tanpa ilmu maka jangan mengeluh penuh masaalah setiap hari. Lihat cd dan buku yg kita beli, itulah kita. Kenapa harus ambil masa berjam jam membaca karya yang tidak membawa pada Allah dan rasul tapi hasil nukilan manusia yang ingin mengaut untung lebih lagi kalau di tulis oleh orang tidak beriman pada Allah. Cemburui setiap saat waktu kita. Lihat diri kita jika banyak masaalah ubah cara hidup dan bahan kita dengar dan bacaan"


Satu malam tu Alhamdulillah aku sempat dengar satu cerita yang best; iaitu ciri2 orang ego. 
yang pertama banyak mengeluh. contohnya "..bos aku ni itu ini la.. kerja aku banyak la....blalalala...". 
kedua, banyak memberi alasan daripada mencari jalan penyelesaian. contohnya "memangla tapi.. kalau macam tu kan macam ni..." perkataan "tapi" dan "kalau" tu selalu terpacul kat mulutnya. 
ketiga selalu mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain. cara-cara untuk mengelak dari mengumpat ialah bercerita tentang kebaikan seseorang itu tanpa didengari/diketahui oleh orang tersebut. berusahalah untuk menjadi seorang yang pemaaf.
keempat, merasakan diri lebih baik dari orang lain. bila gaduh sikit, tak mahu bertegur sapa. ataupun tak mahu mendengar pandangan orang lain. kita saja yang betul. 


ada seorang pendengar tu call. dia kata kawan dia pemarah. tak tahu macam mana nak tegur. Prof kata tengok balik pada niat sebenar kita menegur. adakah kita tegur dengan perasaan nak jatuhkan/marah dia atau kita berniat nak bawa dia sama2 ke syurga. kalau kita pasang niat nak sama2 berjaya, kita mampu sentuh rohaninya. baru orang kata touching~. tapi kalau niat kita nak burukkan dia, kita hanya kecilkan hatinya. sikit pun dia tak rasa sebarang kebaikan yang kita nak sampaikan.


itu saja yang aku dapat kongsikan..


jadi, tunggu apa lagi.. berubahlah demi kebaikan! \(^_^)/

signature2

6/09/2012

Jemari ini mahu menaip kembali

0 COMMENT
 HELLO WORLD_ 


haha. basic printing masa belajar VB dulu. dah 2 bulan ek aku tak jenguk blog ni. apa khabar semua? huhu~ harap baik belaka. yang kurang baik tu, moge esok lebih baik la yer. 


banyak gak perkara yang aku lalui sepanjang 2 bulan ni. pahit, manis. suka, duka. chewah. 


antara contoh terpenting, aku dah jarang main futsal. boleh kira la dalam seminggu, berapa kali je aku dapat tendang bola. nak kata sibuk bekerja? ada jugak la. plus aku rasa aku sibuk mengeteh kot? rayau sana sini. aku rasa masa muda mudi ni la penting untuk aku build relationship dengan semua orang. agak2 nak ajak aku mengeteh, jom lah. jangan segan2. ahaks!


sambil2 jarang berfutsal tu, body nak kena fit. tak pasal2 otot2 6pax jadi lembik pula. mimpi ngeri tuh! so aku mula bergerak sendiri. jogging. senang je. pagi2 bangun tido, sarung baju terus lari tasik titwangsa. tak payah susah2 nak cari court, team player etc. haha.. so kesinambungan dari jogging ni, aku mula menyerapkan diri dalam marathon. phew. bulan April lepas aku masuk Energizer Night Race, kat Sepang International Circuit. 15.5km. amek kau. memang kaki tu rasa nak tercabut la. tapi semua tu tak menghalang aku masuk next run - Ekiden Run kat Putrajaya masa Hari Jutaan Belia. aku masuk Mixed Team. dapat la total 2 keping finisher medal secara tak langsung. hehe.. next - Team Malaysia Fan Run, 17 June 12. jumpa nanti yuk! Auuum!


“Be social: Interacting with others supports cognitive health by exercising diverse areas of the brain.” -Reference


kenduri kawen memang hebat la sejak akhir2 ni. satu hari ada 2-3 invitation. setiap minggu mesti ada invitation. dan malangnya, misi aku untuk mengeratkan hubungan silaturrahim melalui kenduri kahwin kurang tercapai. hidup ni kan sebuah pilihan. huhu.


handphone aku baru-baru ni macam2 hal. mula2 SD card tak boleh baca. no SD Card detected. keluar 'error' je memanjang. aku on-off berkali2 tak jalan. cabut pasang balik SD Card pun tak jalan. so aku give up. biar dulu la, asal boleh call, mesej n whatsApp okay la tu kan. cuma terkilan sikit sebab tak boleh ambil gambar. huhu. tetiba lak tadi tak boleh connect wifi. cuba off wifi n connect mobile data pun tak boleh. 'error' katanya. huwaaaa! wa manyak sedih lo. tapi aku masih boleh menenangkan diri. cuba connect kat laptop, upgrade software n terus dapat upgrade android 4.0. apa yang menggembirakan ialah masalah SD card n internet tadi solved. tapi yang enyedihkan segala data yang ada dalam phone termasuk contact no, mesej2 penting semuanya selamat; selamat terpadam tanpa sebarang back up. sigh. dapat kerja baru iaitu collect n save phone no, update calendar etc. banyak data2 penting HILANG. terbaik dari ladang. i'm loving it~ 


sekian sahaja ngomelan dari aku untuk 2 bulan ni. sehingga bertemu lagi di lain waktu InsyaAllah (^_^)/

signature2

make the best use of all the time you have

once lost, you will never get it again
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez