3/25/2012

Quote of the Day #6

0 COMMENT


make the best use of all the time you have

once lost, you will never get it again



signature2

3/24/2012

Jom usha lembu

2 COMMENT
Ahad, 18 March 2012
Jam 5:40 pagi aku dah terjaga. semua gara2 alarm yang sepatutnya berbunyi jam 6:30pagi. erk! cepat sejam ke ape handphone neh! takpelah, 10 minit lagi masuk waktu Subuh bukan. aku mempersiapkan diri untuk menghadap Ilahi. huish, skema bunyinya. hehe.


sebenarnya agenda hari ini ialah untuk ke Palong, Negeri Sembilan. saja la jalan2 kan. bukan selalu dapat luangkan masa dengan family. 


kitorang konvoi 3 kereta. aku bawa kereta aku; sama2 ngan adik n nenek. ibu n ayah satu kereta - kereta yang bakal digunakan untuk mengharungi ranjau onar berduri nanti, kakak aku satu family. kalau dah nama pun konvoi keluarga, maka aku memang seorang pemandu yang berhemah. meter kereta tu tak lebih langsung dari angka 120kmph. wew~ sangatlah berhemah. bayangkan dari Gombak sampai Ulu Bendul, minyak 1 bar tak luak. betapa konsisten dan slownya aku bawa. keh keh keh..


sampai Palong 4 (guna GPS gak. haha!) - rumah nenek aku punya suami punya abang, jadi secara ringkasnya ia adalah rumah abang ipar nenek aku. hehe. aman jer rasa dok kampung kan. aku bawa anak2 buah aku keluar - kejar ayam.


"tak nak.. Mizan takuuut"


aiyak!


"makteh, meh la duduk sini..."


aku dah ada atas pokok. aiyooo lama tak dapat perasaan ni weyh. ko ni budak memang tak adventure lah. huhuhu


hamizan duduk dengan sopannya bawah pokok


dah duduk2 sembang2, kami dijamu makan. ikan puyu masak lomak cili api terbaik oi! disebabkan terlalu terliur dengan masakan kampung baik punya, aku terlupa nak capture sedikit gambar. haha.. yang penting memang meleleh air liur, berkali2 aku tambah. tapi sedas dua je la.. banyak tulang. malas pulak nak makan. haha rugi2..


peh tu jalan2 usha lembu lak. memang tujuan asal balik kampung ni nak tanya khabar lembu kat kampung ni ha. tapi singgah kat rumah pengmbala ni. banyak betol binatang kat rumah dia. ada itik, ayam, burung, ikan.. apa lagi yang aku tak tahu aku pun tak tahu lah. tahi lembu pun ado 5-6 karung nak buek bajo. huhu


paneh. itik pon pandai caie tompek toduh.


okeyh. dah tujuan asal nak usha lembu kan. jom usha2~


curi gambar dari jauh

datang dekat sikit

dekat lagi..













HA AMEK KAU! BEREBUTTTTTT NAK BERGAMBAR! HAHAHAHA!!!!




adoi, penat tengok lembu ni. nyamuk dah kenyang dok rapat2 cium2 aku sambil sedut sedas dua darah manis aku ni. haha. ayah aku nak gi tengok kandang, disuruhnya aku bawa kereta balik rumah. macam lah aku ni dah 10x round ladang sawit ni konon expert nak balik sendiri kan. takper, berbekalkan semangat yang ada aku memandu dengan penuh berhemah.


pusing2 ladang..


pusing lagi.. mana jalan keluar.. belok kanan kot..


eh, ayah kat depan. hadoi! lawak giler! pakcik tu dah ketawakan kitorang. sesat! tapi takper, ladang sawit tu satu bulatana, sesat2 pun jumpa jalan yang sama balik. hehehehe

signature2

perjalanan gadis berbaju kurung biru

2 COMMENT
wahlah. tajuk tak boleh blah la kan. memandangkan ini ialah personal blog, jadi tiada apa yang perlu dipertikaikan di sini. hahaha..


Sabtu 17hb pagi2 lagi dah bangun. bersiap2 nak gi majlis kenduri kahwen kawan sekilang kat Setiawan, Perak. dari Gombak kena ke Subang ambil housemate yang lain, tapi kena singgah ke Kota Damansara. boleh pula ada seorang hamba Allah ni tinggal phone kat dalam kete aku. aiyoo..


aku dah janji dengan kawan2 kul 8:30 gerak dari Subang Jaya, tapi 8:10 baru keluar Gombak. memang aku pecut 160kmph la jawabnyer. huhuhu.. nasib baik tak lewat sangat aku sampai Subang, kalo tak naya kena marah. keh2..


aku ni ada masalah driving sket. pantang tangan pegang stering, kaki mesti nak tekan minyak kuat2. entah apa yang dikejarnya tak tahu lah.lebih kurang 9:00pagi tu dah gerak la nak ke Perak. aku tekan gak minyak sampai 160. banyak kali gak la kena sound ngan housemate suruh bawa pelan2. kami semua masih anak dara katanya. huhhuu~..


Perjalanan lancar Alhamdulillah :) keluar dari tol, kat satu kawasan kampung ni ada orang bagi highlight kat aku. mungkin ada polis kat depan nun. housemate aku dah bising2 suruh tukar lane duduk lane tengah - dengan harapan aku bawa slow2 la kan. tapi entah. aku tetap pecut. rasa geli pulak pungkok bawa slow2 ni. hahaha..


sampai je bawah jejambat, ada sorang abang baju putih tengah syok tangkap gambar. arghhh... meter kereta aku masa tu ngam2 120, lebih2 sikit. huuuuuu... Oppode!!!


"Kan akak dah kata, tak mo dengar. lain kali duduk je la diam2 kat lane tengah tadi. tak pasal2 dah kena tembak!"


"polis tembak tara kena~ polis tembak tara kena~"


"ooo.. melawan.. konon tak kena.. nanti kang tunggu je la surat sampai rumah yer!"


baiklah. sobs. 


tak susah sangat la nak cari rumah pengantin dengan berbekalkan GPS Papago dalam henpon ni kan.


samapi2 je terus terjah tempat makan. keluarganya tak mengadakan majlis persandingan. tempat makan lelaki ngan perempuan pun asing. bagus kan.


tu dia pengantin dah sampai.


pengantin tengah makan sambil bersembang


okeyh, kacau pengantin ambil gambar sat na..


okayh lah. kami dah kenyang.. nak balik dah ni..



itu sahaja gambar bersama pengantin. lepas tu kitorang heading to KL. ternampak pula signboard "Menara Condong Teluk Intan" ape lagi, singgah la..



condong ke tak nih? aih konpius...


baju dah lain lak kat gambar atas ni. takper.. tudung masih sama.. hehhe.. awal2 kitorang turun kereta, kosong jer tempat tu. budget nak conquer la kan.. baru nak posing, tetibe ramai lak yang dari dari merata arah. aih.. penarik pelancong ker kitorang neh. hehehe..


dah penat berdiri tengah panas tu, kononnya nak gi singgah Ulu Yam mandi sungai, tapi hujan turun. lebat pulak tuh. terpaksa lah cancel. entah macam mana ternampak lagi signboard "cendol pulut". "Huda, singgah!!"



cendol & rojak


mula2 sampai ada adik 2 orang datang. malu2 sambil tolak2 antara satu sama lain. "nak order apa.."


"apa yang menarik?"


tak jawab. tapi senyum jer. alahai dik.. malu2 pula nak jawab.. susah meniaga macam ni. huhu..


"cendol apa ada?"


"cendol kosong, cendol pulut, cendol kacang dengan cendol special"


"apa yang special tu?"


"ada pulut, kacang dengan jagung"




nasib baik dia jawab. aku order cendol pulut dengan rojak. biasa2 jer tapi layankan je la makan time2 hujan lebat ni kan. elok sangat lah tu makan benda2 sejuk waktu hujan. hehe..


terus balik subang. ntah macam mana, teruk giler jalan jem kat Rawang. ingatkan sebab dari 2 lane nak transfer jadi satu lane, rupanya ada kereta Honda Civic dari arah bertentangan langgar bas kilang. bas tu nampak rilek jer, tapi Honda tu punya bumper depan memang teruk habis la. kitorang sepakat rasa salah Honda tu sebab kereta dia ada kat lane kitorang. mungkin masa dia turun bukit, termakan jalan then bertembung dengan bas tu. macam mana termakan jalan, wallahualam. nak kata memotong, kawasan tu double line..


lepas je dari tu, lancar.. lepas hantar kawan2 balik Subang, terus pecut balik Gombak. tak tahan mata mengantuk sangat. huuu....

signature2

hari Selasa pagi dapat email summon alert berbunyi begini:


huwa.... memang tak kena tembak kat Perak, tapi kena tembak kat tempat lain... huwaaaaa... melayang 150 ringgit... huwaaaaaaaaaaaaaa~!!!!!

3/16/2012

Aku ada jam. kau ada?

3 COMMENT
hehehe.. berlagak pulak kan. semua orang ada jam, tapi selalu orang teruja dengan jam aku. selalunya deorang akan teruja bila aku buka and letak jam tu kat tepi. aku ni jarang suka pakai jam kalau tengah duduk2. rasa rimas pulak macam ada bendasing kat tangan neh.

okay sambung. bila orang lain dah teruja2 tu, mesti lah nak tengok2 belek2 kan. tapi yang tak bestnya, bila dah bosan, mula lah kutuk2 aku. konon pakai jam macam kanak2. ade aku kesah? huhu.

kenapa nak teruja, sebab cara pakai dia senang jer. tepek kat tangan, nanti dia ikut la bentuk tangan kita. tak payah nak pulun2 cari lubang yang fix dengan tangan. hebat kan. ting ting ting ting!!!



tadi, aku jalan2 kat Groupon, terjumpa satu jam tangan ni sebijik macam jam aku. huhuu.. tapi versi digital.. aku punya analog.. huwa...!!! naaaaak satuuuuuuuuuuuu

                        coupon from PSL World Shopping
Slap-on Digital M. Watch.
signature2


IBU

0 COMMENT
Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu...
memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)



sebagai hadiah harijadi ibu dan nenek saya hari ini, saya akan berusaha untuk menjadi seorang anak yang soleh, InsyaAllah.

"Allahummaghfirli zunuubi walid walidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira"

Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil.

Selamat hari jadi Ibu & Nenek~!


comelnye dak kenit tu. hihihihi


signature2

3/15/2012

Mari Makan!

3 COMMENT
Assalamualaikum semua. apa khabar? ecece.. sopannya aku hari ni. bukan senang nak blogging kat office. kebetulan aku puasa hari ni, boleh lah aku menggunakan internet sebaik2 mungkin untuk 50minit yang diperuntukkan ni. ehem2. ganti puasa bukanlah sesuatu yang nak dimalukan. ianya adalah rahmat yang diberi khas untuk wanita sahaja. kau lelaki ada? haha..

semalam aku pergi Shah Alam Sek7, lebih kurang dekat2 dengan UiTM Shah Alam tu. ada satu kedai Mee Ketam namanya. pergi dengan kawan2 social aku. sampai2, penuh betul. ramai orang. kedainya pun agak kecil, ditambah dengan meja yang muat2 ajer. perut besar mungkin akan menghadapi kesukaran untuk duduk kat situ (nak bagi tahu yang perut ko kecil la tu. phui). aku ni dah la first time datang melanguk tengok orang keliling krap krup kunyah ketam. sluuurrrppp.. meleleh air liur der. cepat2 aku capai phone, paksa kawan2 aku sampai cepat.

hampes, boleh dia mesej aku order Mee Kari Ketam Nipah 1, Bihun Kari Ketam Nipah 1. meleleh air liur aku baca mesej tuh. takper. berkat kesabaran, aku ikutkan saja. malas nak fikir banyak, aku order Mee Kari Ketam Nipah 2 mangkuk. puas hati. bro tu kate pergi pilih ketam, aku malas. bukan tak pandai sebab tak pernah gi pasar pilih ketam, tapi aku kena cop tempat tu. nanti orang lain datang terus duduk, ha ada yang makan berdiri kan.

dia datang, tunjuk ketam 3 ekor. besar kau! aku angguk kan saja. cepat la bang. perut saya dah keruk2 ni. tadi buka puasa minum air jer. huhu..
kawan2 aku 15minit lepas aku duduk, baru sampai. dalam masa yang sama, makanan pun sampai.. hampes kawan2.

makan time. eh jap, nak share gambar. jap eks...


















okayh. dah siap kecilkan sikit gambar. nah tengok:



amacam?
bergaya tak ketam tu dalam mangkuk? siapa yang tak terliur tu memang jenis tak makan seafood la kan. keh keh. mee dia agak tersorok kat bawah. aku makan ni ambil masa sejam untuk habiskan seekor ketam. tangan aku pun kecut2..


close up!


itu sajalah. selamat makan!






signature2
 
amni, muka ko sangat eksaited! hahahaha

3/10/2012

Quote of the Day #5

2 COMMENT


Never blame anyone in life.

Good people give happiness

bad people give experiences

worst people give a lesson

best people give memories..

signature2

The Hunger Games - Movie!

0 COMMENT
Tak sangka. novel kegemaran aku sekarang dah masuk movie. tajuknya "The Hunger Games" mungkin 23 March ni akan keluar. tapi apesal aku tak nampak pun trailer ni kat wayang. hish..


sekarang ni dah novel ke3 (setakat yang aku tahu la) dan yang penting novel ke 3 tu aku beli 2 tahun lepas sampai sekarang tak habis2 baca lagi. dok terperap dalam dashboard kereta. budget nak baca erm bila ada masa-masa free tunggu member ke, service kereta ker.. tapi haremmm.. dok jugak godek2 phone main bubble blast tak henti2. huhu..


kisahnya tentang setiap district akan dipilih 2 orang remaja (seorang lelaki seorang perempuan) untuk dikumpulkan di satu hutan dan bertarung mati-matian. mereka dipilih secara cabutan undian. mereka yang terpilih juga perlu mempamerkan kelebihan masing2 untuk mendapatkan sponsor yang baik. sepanjang permainan yang live (semua orang akan menonton kehidupan mereka dalam hutan ni) ni, mereka hanya dibekalkan dengan beberapa barang yang perlu direbutkan. hanya seorang remaja dibenarkan untuk hidup di akhir permainan. at the end of the story, 2 couple dari district 12 ni tak mati, malah mereka bercinta! huhuhu.. memandangkan aku ni bukanlah pencerita yang baik, jadi tontonilah trailer dan movie ni atau novelnya dan mungkin anda akan paham. hahaha. kbai







signature2
sori dah terbagi tahu ending dia :)

3/07/2012

MBA Management Lesson

0 COMMENT
MBA (Mentally Below Average) Management Lessons

LESSON 1


A junior manager, a senior manager and their boss are on their way to a meeting. On their way through a park, they come across a wonder lamp.

They rub the lamp and a ghost appears. The ghost says, "Normally, one is granted three wishes but as you are three, I will allow one wish each"

So the eager senior manager shouted, "I want the first wish. I want to be in the Bahamas , on a fast boat and have no worries." Pfufffff... And he was gone.

Now the junior manager could not keep quiet and shouted "I want to be In Florida with beautiful girls, plenty of food and cocktails." Pfufffff¡-. And he was also gone.

The boss calmly said, "I want these two idiots back in the office after lunch at 12.35pm."


MORAL OF THE STORY IS: "ALWAYS ALLOW THE BOSS TO SPEAK FIRST"



LESSON 2


Standing in front of a shredder with a piece of paper in his hand, "Listen," said the CEO, "this is a very sensitive and important document, and my secretary has left. Can you make this thing work?"

"Certainly," said the young executive.

He turned the machine on, inserted the paper, and pressed the start button.

"Excellent, excellent!" said the CEO as his paper disappeared inside the shredder machine. "I just need one copy."


MORAL OF THE STORY : "NEVER, NEVER ASSUME THAT YOUR BOSS KNOWS EVERYTHING"



LESSON 3


An American and a Japanese were sitting on the plane on the way to LA When the American turned to the Japanese and asked, "What kind of -ese are you?" The Japanese confused, replied, "Sorry but I don't understand what you mean."

The American repeated, "What kind of -ese are you?"Again, the! Japanese was confused over the question.


The American, now irritated, then yelled, "What kind of -ese are you ... Are you a Chinese, Japanese, Vietnamese! Etc......??? "

The Japanese then replied, "Oh, I am Japanese."

A while later the Japanese turned to the American and asked what kind of 'key' was he.

The American, frustrated, yelled, "What do you mean what kind of -kee' am I?!"

The Japanese said, "Are you a Yankee, donkee, or monkee?"


MORAL OF THE STORY : "NEVER INSULT ANYONE"



LESSON 4


There were these 4 guys, a Russian, a German, an American and a French, who found this small genie bottle. When they rubbed the bottle, a genie  appeared. Thankful that the 4 guys had released him out of the bottle, He said, "Next to you all are 4 swimming pools, I will give each of you a  wish. When you run towards the pool and jump, you shout what you want the pool of water to become, and then your wish will come true."

The French wanted to start. He ran towards the pool, jumped and shouted, "WINE". The pool immediately changed into a pool of wine. The Frenchman was so happy swimming and drinking from the pool.

Next is the Russian's turn, he did the same and shouted, "VODKA" and immersed himself into a pool of vodka.

The German was next and he jumped and shouted, "BEER". He was so contented with his beer pool.

The last is the American. He was running towards the pool when suddenly he steps on a banana peel. He slipped towards the pool and shouted, SHIT....,



MORAL OF THE STORY : "THINK TWICE BEFORE YOU SAY SOMETHING, BECAUSE SOMETIMES ACCIDENTS DO HAPPEN"



LESSON 5


The organs of the body were having a meeting, trying to decide who was in charge. Each organ took a turn to speak up:
Brain....... .. I should be in charge because I run all body functions.
Blood....... . I should be in charge because I circulate oxygen for the brain.
Stomach... I should be in charge because I process food to the brain.
Legs........ . I should be in charge because I take the brain where it wants to go.
Eyes........ . I should be in charge because I let the brain see where it's going.
Asshole..... I should be in charge because I get rid of your waste.

All the other parts laughed so hard and this made the asshole very mad.

To prove his point, the asshole immediately slammed tightly closed and Stayed that way for 6 days, refusing to rid the body of any waste whatsoever.

Day 1 - Brain got a terrible headache and cried out for relief
Day 2 - Stomach got bloated and began to ache terribly
Day 3 - Legs got cramps and became unstable
Day 4 - Eyes became watery and vision became blurred
Day 5 ! - Blood became toxic and poisoned the body
Day 6 -The other organs agreed to let the asshole be in charge.


MORAL OF THE STORY: "NO MATTER WHO YOU ARE, OR HOW IMPORTANT YOU THINK YOU ARE, YOU WILL FIND THAT IT IS ALWAYS THE ASSHOLE THAT IS IN CHARGE".


signature2
 
hahaha! someone send me this email. i just share it here -,-v

i'm the Iron Woman

0 COMMENT
pagi Ahad, aku kena kejut untuk bangun sebab dah plan nak g jogging kat Titiwangsa. nasib baik ada orang kejut, kalau tak memang terbabas la. oh ya, plan pagi tu nak jogging adalah untuk training marathon bulan 4 ni. tangan gatal pergi register 15.5KM. cari nahas tajuknya. awak tu bukan kuat sangat berlari. kot ye pun nak cuba2 ambil la yang fun run 5KM tu. ni tak, dah register, dah bayar, kena la bagi commitment. kalau tak sia-sia je lah. huhu.


tak pasal2 aku bebel kat diri sendiri sampai semua orang kena baca kan. cop; semua orang baca ker? ah ade aku kesah? haha. sampai2 aku cuba berlari sebaik habis. biar lambat asal selamat. tu je la motto yang aku pegang. 3 round lari keliling luar tasik. cukup la. aku dah letih. tapi masalahnya, kawan aku baik hati tolong carikan perimeter tasik Titiwangsa tu. jawapannya ialah lebih kurang 2.5KM. aiyoo.. aku ambil worst case aku berlari 2KM, maka aku kena lari sebanyak 7-8 round tasik untuk samakan dengan 15.5KM tu. huarghhhh... takpa Huda, take your time. ada masa lagi beberapa minggu. erks!!!

balik rumah, terus mandi bersihkan diri. cuci baju kemas2 apa yang patut. isi perut tengah lapar, login FB sambil kacau member2. paling best bila dapat WhatsApp - "petang ni kelas badminton mcm biasa 5-7 sape join angkat tgn" .. hiyaaaakkk... mana boleh tolak. terus angkat tangan. haha.. tapi masalahnya aku salah baca mesej. patut kul 5, aku baca kul 4ptg. kul 3 aku dah keluar rumah. sampai tengah jalan aku lencong sikit pergi rumah member. kononnya nak melawat mak dia sakit, tapi dia pula takda kat rumah. sob2. sedih2.

terus pergi Subang tapi singgah kilang jap. hebat tol sampai weekend pun nak jenguk kerja kan. aku tak berapa peduli la dengan tracksuit terus masuk buat kerja sikit, pastu lari2 pergi main badminton pula. hehe.

ngam2 sampai court kul 5, terus main. disebabkan ada 2 court yang ditempah maka main pun tukar2 la kan.. lompat sana lompat sini, seronok pula. member main tak ingat dunia terus tambah lagi sejam. kul 8 tepat aku lari balik rumah - solat Maghrib. "kak, nanti kita jumpa kat Ferro eks.. kitorang gerak dulu tau.."

ape? Ferro? haah :)

malam tu dah janji dengan member nak main futsal sama. nasib baik deorang setuju - a very last minute invitation kan. haha.. kul 9 kitorang dah terpacak kat Ferro. kata organizer, book court untuk 2 jam katanya. huiyoh! tengok keliling ada 10 orang ngam2 kott.. tu pun nasib baik aku angkut member yang 4 orang tu, kalau tak entah macam mana nak main 6 orang. tapi, biasalah. kami belasah kan saja. nasib baik isnin cuti. kalo tak ada jugak yang tido bawah mesin. hahahaha


secara kesimpulannya, nikmatilah kehidupan bujang dan muda anda sebaiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti di atas. sekian. sayangilah anggota badan anda. bye~~



signature2

3/03/2012

Quote of the Day #4

1 COMMENT


don't be afraid to change

you may lose something good 

but you may gain something better



signature2
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez