10/14/2012

Salomon XTrail Run 2012


Salomon XTrail Run 2012
Venue: UPM Stadium
Date: 30 September 2012
Category: 10km Women
Flag off: 7:15am

sehari sebelum event
lesson learn daripada Adidas King of The Road, aku dan kawan2 ke Sunway Pyramid untuk beli running shoe. dapat la sebiji Nike Dual Fusion warna hitam peach. 

hari event
aku dah bangun awal, keluar rumah awal, tapi slack - sesat. macam mana boleh sesat aku tak tahu. padahal nak pergi stadium UPM je. tambahan pula, ada event lain kat situ yang buat aku confuse. sebelum sampai hujan renyai2 sikit. biasanya event tak cancel even hari hujan.



parking jauh. kena menapak banyak.

Stadium UPM. macam tak ramai orang je. 


Lelaki mula berlari



padang pun berlopak.


perempuan. sini start & end point tapi tulis FINISH je kat pintu gerbang.

masa register, sikit pun aku tak peduli apa maksud XTrail tu. yang aku tahu 30 September aku free n ada kategori 10km. 

kat starting point takde pun kena pijak ape2 palang untuk track time. hampagas betul. aku xde jam lak nak track time aku. huhuh

keluar dari stadium je, kitorang dihidang dengan lopak air sedalam betis aku. tak ada laluan lain, semua orang mesti masuk lopak. *damn*

stokin basah. kasut berat. pungkok berat. 3km aku start berjalan. syukur track penuh dengan pokok. tak panas. kitorang dibawa berlari dalam kebun kelapa sawit n ladang ternakan lembu.

"keep running everyone. you can have a free milk up here"

sempat pakcik ni buat lawak time orang tengah semput2 panjat bukit. tapak kasut penuh dengan tanah liat.

aku nak gak snap beberapa keping gambar lembu, api nak seluk tangan dalam kocek pun x larat. huwaaa


Lari jangan tak lari. nampak sungai ni. track ni paling berlumpur.


kasut baru ranap. dapat white cap, medal n cert. event ni paling best sebab makanan dia banyak. aku minum Gatorade sebanyak mungkin. ada dalam 1 liter lebih aku rasa. nasi lemak 1 pack. tau fu fa 1 mangkuk. bijirin 1 mangkuk. pisang sebiji. roti pun ada. lari tak seberapa makan macam orang tak makan seminggu. huh.

 

Mari mencuci kaki dan kasut. haiyoo.. macam2 bau ada~


for a medal collector like me, it is very berbaloi. penat oh. makan banyak2 tak penat. balik tu terus pengsan sampai petang tak sedar diri. aku fikir2 mungkin ini pengalaman pertama dan terakhir aku untuk XTrail. tamau xtrail lagi. kbai!


signature2
"Exercise to be fit, not skinny
Eat to nourish your body
And always ignore the haters, doubters & unhealthy examples that were once feeding you
You are worth more than you realize"

0 COMMENT on "Salomon XTrail Run 2012"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez