10/14/2012

Adidas King of The Road 2012


Adidas King of The Road 2012
Venue: Sunway Pyramid
Date: 9 September 2012
Category: 10km
Flag off: 7:30 AM

race running kit. a pinky sleeveless jersey and chronotrack b-tag.

4:30 AM aku dah terjaga. kawan aku buat wake up call. plan sehari sebelum, kitorang gerak sama2 dari subang. tapi malangnya, aku tak buat well preparation. kasut sukan sepasang pun takda kat aku. puas call kawan2 yang agak2 sama saiz ngan aku, tapi sorang pun xde. so mengeliat kiri, mengeliat kanan, bangun terus balik Gombak. memang menyusahkan diri lah aku ni. hoho

sampai gombak dalam kul 5:30. belum azan Subuh so cepat2 pergi Sunway Pyramid. banyak jalan tutup seawal 3 pagi dan Alhamdulillah aku dapat satu slot parking. lari ke seberang Sunway Pyramid untuk solat Subuh kat masjid. phew. sempat...

Adidas KOTR start point

untuk 10km, track dari Sunway Pyramid 5km menuju NPE. sebelum tol Pantai, kitorang buat u-turn patah balik ke Sunway Pyramid. mudah je bunyinya. lari sekali mahu? 9 September, timing memang terbaik sebab seminggu lepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. lemang, dodol, rendang, ketupat, kuih raya dan macam2 jenis juadah yang tersumbat dalam perut aku kendong sama2. macam nak pengsan. lupa nak bagi tahu, sampai Gombak aku perasan running shoe aku dah koyak. larian sebelum2 ni pun memang aku pakai kasut futsal aje. tapi masa tu berat badan aku tak serupa macam sekarang ni. ape boleh buat, itu aje option yang aku ada. 7km aku dah mula berjalan. 9.3km aku hampir give up. berjalan je.. lari 3 tapak, berhenti dan berjalan sampai la ke garisan penamat.

nice medal

Alhamdulillah. akhirnya sampai. phew. goodie bag xde macam event lain sebab sponsored by Adidas. so banyak fliers Adidas je la. ambil gambar n chow~ jumpa lagi di lain event!
bergambar dengan Fazz. 

hebat oh minah ni. sempat pecut n tinggalkan aku. huh. "aku nak tegur ko tadi, tapi takut salah orang. sebelum ni aku ade tegur ko tapi bila dia pusing rupanya orang lain. mungkin sebab ko dah semakin gemuk la"

kau terlalu jujur Fazz =.='
signature2

"when you feel like QUITTING, remind yourself why you STARTED"

0 COMMENT on "Adidas King of The Road 2012"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez