8/14/2012

Untitled


Assalamualaikum wbt.

Tak tahu nak tulis apa. Hari-hari life sama. Pagi bangun sahur jam 5:30, lepas solat subuh sambung tidur. Walaupun tak digalakkan tapi aku tak mampu nak bertahan. Setiap setengah jam mesti terjaga sebab tutup alarm. Biasalah pasang alarm banyak-banyak dengan harapan boleh bangun awal hari-hari. Akibatnya, setiap 10 minit terjaga sebab snooze.
Pergi kerja. Buat kerja. Balik kerja. Rutin sama, orang sama, cerita sekali sekala berbeza, rhythm sama. Kalau nasib baik, jam 7-7:25 pm boleh balik rumah berbuka. Jam 9 datang office sambung buat kerja. Kalau nasib sangat baik, buka ala kadar, jam 11 pm agak-agak tak larat tu balik rumah singgah 7Eleven beli roti. Makan pun tak lalu dah hei. Sekali sekala balik sangat awal, 6:00 pm tapi masuk kerja balik 12:00am.

Sangat bertuah
Orang lain susah payah cari kerja, aku rasa macam nak lepaskan kerja ni. Patutnya aku jadi manusia yang bersyukur la kan. Anggaplah sesuatu yang aku buat tanpa bayaran lebih masa ni sebagai satu ibadah. Lebih-lebih lagi 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat pula masa berlalu. Atau aku yang tak pandai nak hargai. Wallahu'alam. Apa yang aku mampu harapkan supaya mata pencarian aku ni halal. Semoga hari ni aku susah macam ni, esok lusa harap lebih mudah.
Banyak yang aku dapat belajar tentang kehidupan terutamanya. Hari-hari aku berdoa kepada Allah supaya ditambahkan rezeki yang banyak & halal. Imam yang benar. Ilmu yang bermanfaat. Kesihatan yang elok. Kebijaksanaan yang tinggi. Hati yang bersih serta kejayaan yang besar dunia akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.

nota kaki:: entry ni dah lama tulis. masa tu jam 6:30 pagi tak ingat berapa hari bulan beratur ambil wudhuk untuk solat Subuh kat kilang. tak sempat nak send, dah sampai turn. Prof Muhaya kata kalau kita bersedih/ tak senang/ tak selesa, kita ada beberapa option untuk release. 1- cerita pada seseorang. 2- tulis pada sesuatu macam diari ke. so aku pilih tulis pada blog. dan at least ada seorang yang sedang membaca, maka aku dah cerita kat seseorang. hehehe~

5 COMMENT on "Untitled"

d@r1 ed@!! utk k@m00 on August 14, 2012 at 11:25 AM said...

wah.. bz btol akk sorg ni.... :D

Huda Mcgyver on August 14, 2012 at 11:34 AM said...

biasalah dik. hidup.. hehe

d@r1 ed@!! utk k@m00 on August 14, 2012 at 12:14 PM said...

kalah pm 2... hihih

Huda Mcgyver on August 14, 2012 at 12:31 PM said...

ops itu statement merbahaya. apakah PM sangat senang kerjanya? huuuuuu

d@r1 ed@!! utk k@m00 on August 14, 2012 at 4:52 PM said...

hahaha.. ops.. mrh mr.pm nnti.. hihhi

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez