8/25/2012

5 perkara yang kita boleh buat kalau tak boleh tido


Asslamualaikum semua

apa khabar? lamo den tak update blog. ikut laptop aku sekarang dah pukul 4:52 pagi, hari Sabtu waktu Malaysia. heh. puas gak golek-golek tapi mata tak mo tutup. ada 1001 perkara yang difikirkan tapi xmo cerita sebab yang tu dah out of topic. hehe

straight to the point, antara perkara yang kita boleh buat kalau tak boleh tido ialah seperti:

1- tengok drama
biasanya beli DVD/download/online streaming kat internet je. kalau aku memang hentam tengok anime esp One Piece atau cerita drama Jepun ja. hero mesti nak yang macho macam Takuya Kimura aka Kimutaku, geng2 Arashi, Johnny Junior ke, YamaP ke. hehe. kalau tak ada sangat baru terhegeh2 tengok cerita Korea atau Taiwan.

2- gossip/chatting
sebenarnya bukan kita sorang ja kat dunia ni yang tak boleh lelap mata kan. ada ja 2-3 orang lain kat luar sana yang sama masalah. tak caya cuba buka FB/twitter, bila tengok kat timeline tu ada ja orang update a few minutes ago. boleh la bertegur sapa tanya khabar eratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain eh

3- main game
handphone masing-masing dah canggih pun kan. setakat angry bird tu semua orang pun ada lah. kalau dah bosan game sama boleh la download game baru. oh ye google chrome pun sekarang ada application/game yang kita boleh download, guna atau main macam kita main kat android (play store)

4- membaca
option untuk membaca ni biasanya buat kalau nak sangat tido tapi tak boleh lelap. dulu waktu zaman belajar aku paling lemah kimia. kalau tak boleh tido, aku mesti peluk buku kimia. confirm tido lena punya la. belum sempat buka pun. hehe

5- tulis blog/blogwalking
awal2 sebelum aku tulis entry ni aku taip2, padam. taip2 delete. memang kering kontang lah tak tau nak tulis apa. tiba-tiba keluar idea nak tulis tips ni. akhirnya siaplah satu entry untuk di post. kah kah

ini aku. kalau korang cenggana pula?

signature2 
 
kalau difikir-fikirkan balik, kita kadangkala sampai tak tidur sebab buat perkara-perkara kat atas ye dak. itulah dinamakan roda kehidupan. adakala kita adalah penawar, adakala kita adalah puncanya. ntah mana aku dapat istilah ni. hehu. tak elok selalu sangat berjaga nih.

1 COMMENT on "5 perkara yang kita boleh buat kalau tak boleh tido"

Noorizal Ramly on September 3, 2012 at 11:06 PM said...

Assalammualaikum wbt.

Incik RestNrilekS pun lama juga tak kemaskini blog. Baru ajer kemaskini kilat (konsep banjir kilat) ngehee.

Betul tu, semua atas tu boleh buat. Tapi kadang2 kalau terlalu banyak fikir, camtu juga. Kalau dah jadi macam tu, rizal amalkan selawat je. Lepas tu tak sedar gelap tertidur. Ngehee

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez