7/21/2012

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak 1433H


"Selamat Menyambut"


Tahun ni aku tak dapat rasa nikmatnya bulan Ramadhan. Aku sendiri tak sambut dengan baik. Setakat tahan lapar dahaga kawal nafsu cukup syarat wajib. Pada aku sambutan bulan mulia ni bukanlah sekadar ucapan "selamat berpuasa", "jangan ponteng puasa", "buka puasa nanti nak makan ape ye" banyak lagi la. Ucapan2 Kat atas tu memang aku sendiri yang sebut. Tapi sikit pun xde ape2 feel tentang Ramadhan.


Kenapa?


Sekarang ni perkara2 asas yang patut aku buat sikit pun aku x ada peluang nak buat. Sebagai contoh dulu la waktu aku ada salah satu nikmat dari 5, "lapang sebelum sempit" aku banyak masa. Malam sebelum puasa, dapat la nikmati suasana waktu maghrib ramai2 pergi surau solat berjemaah. Lepas tu ada yang stay up Kat surau mengaji satu atau dua muka Surat. Kalau aku masa "muda sebelum tua", aku main2 Kat taman permainan sebelah surau. Dengan telekung lagi kau aku main gelongsor. Main mercun mancis baling kat kaki orang. Lepas tu masuk waktu isyak baru terkial2 ambil wudhuk. Yang tak tahan ada satu tahap malas sampai kata "air sembahyang aku tak batal lagi". Hampeh. Main kejar2 dengan budak laki, ketawa sampai terkentut boleh kata tak batal. Kanak2.. Makcik2 pakcik2 ada yang bersembang. Maklumlah kan, sekali2 sekala dapat berkumpul sesama jiran tetangga. Yang jauh didekatkan. Yang dekat dieratkan.


Hari pertama, macam biasalah.. Surau penuh sampai tok imam sibuk cari carpet, sejadah.. Asal ada ruang walaupun sikit, selit. Saf rapat2 tak bagi chance Kat sekor nyamuk pun boleh celah. Aku yang kanak2 lagi pun x nak kalah. Kalau boleh nak saf depan sekali. Pahala banyak ustazah kata. Bila nak mula solat tarawekh, sambut zikir tok imam kuat2 "sallallahu wassalamun 'alaih". Dok kira2 rakaat ke berapa. Habis 8 rakaat lengang sikit. Jiwa muda aku dulu selalu nak rasa. Apa perasannya kalau habiskan 20 rakaat. Bangga makcik2 Kat surau tengok aku. Sejuk perut mak aku kan. Tapi hakikatnya dalam hati menahan2 suara riang kawan2 main kejar2 Kat luar. Tambah pulak nak masuk 16 rakaat, setiap sujud aku tidur. Orang ingat aku baca doa panjang2. Adoi.. Tersengguk2 tak payah cakap. Lepas witir, waktu moreh. Boleh pulak aku bangun makan laju2. Haha. Mak aku sambung tadarus al-Quran. Ecece.. Masa ni la tunjuk bakat. Sorang satu muka surat. Balik rumah terus tidur tak sedar diri. Pukul 5 pagi mak aku kejut sahur. Dah nak masuk waktu subuh baru buka mata makan laju2. Solat subuh pun nak jemaah Kat surau. Kalau weekend, ada kuliah subuh. tapi macam biasa lah aku main2 kat belakang.


Seronok ah. Ni baru betul2 feel & fully utilize bulan Ramadhan yang sebenar. Tapi tu dulu la. Sekarang..


Aku sendiri tak dapat bezakan sekarang ni waktu siang ke malam? Pagi ke petang? Cerah ke mendung? Hujan ke panas? Yang aku tahu tarikh hari ni berapa hari bulan. Sampai masa keluar sikit pergi solat fardhu. tu pun jama'. hampir jama' tak dan. Sambung masuk kotak. Kotak yang tertutup rapi. Yang ada hanya manusia2 yang perlu berperwatakan seperti robot. Bunyi mesin yang bising. Suara2 garau n sumbang yang hanya tahu sebut - macam mana?!. Tak kurang juga yang datang menghulurkan tangan ringankan beban. Syukur masih ada yang sudi bekerjasama. sedar2 dah sampai waktu berbuka, teguk air sikit Alhamdulillah..


Tak kira apa yang berlaku pada dunia luar, pada aku semua sama. Hari2 aku banyak habis Kat sini. Sampai satu hari hati aku terdetik


"aku bekerja untuk APA sebenarnya?"

2 COMMENT on "Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak 1433H"

Noorizal Ramly on July 23, 2012 at 12:50 AM said...

Salam Alaiyka.

Pertamanya terima kasih sebab "Follow" RestNrilekS di Instagram. : )

Keduanya, selamat menyambut Ramadhan dan moga ibadah kita di bulan ini diberikan rahmat dan mendapat barakah. InsyaALLAH.

Semoga masalah yang dihadapi berjaya diatasi lebih-lebih lagi dalam bab bekerja tu.

HUDA on July 23, 2012 at 1:26 AM said...

1st: suka tengok idea orang berjaya. kalau boleh nak tiru and apply. hehe

2nd: insyaAllah. Amiin.. terima kasih ^^

3rd: yup. sedang berusaha nih. hehe.

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez