7/07/2012

Ikan Oh Ikan


aku ada bela ikan. 7 ekor semuanya. 6 ekor tu aku tak berapa nak ingat nama dia. sekor ikan bandaraya. masa awal2 aku beli dulu yang 3 ekor tu nama dia ada perkataan "shark". warna hitam putih memang rupa dia macam ikan jerung yang muka lebar n leper. mata macam terkeluar sikit. liar betul. selalu main lompat2 x reti duduk diam. kadang2 sondol2 cermin. huhu. takut je. kalau nak cuci akuarium tak pernah keluarkan deorang dari akuarium. hehe


lagi 3 ekor pulak rupa dia macam gold fish. tapi jenis kasar sikit sebab boleh tinggal sama2 dengan "shark" tadi. 


aku bela dah dekat setahun kot. nampak besar n gemuk la ikan2 tu. seronoknyer~ huhu.. tapi risau lak, sebab akuarium tu tak membesar. huwaa.. satu hari,


"Zana, tengok tu ikan beranak(?!)"
what the fish. setahu aku aku takde beli ikan recently. n housemate aku tak peduli pun pasal ikan kat akuarium tu melainkan tolong bagi makan. dulu sorang housemate tu tolong cuci akuarium, tapi esoknya 2-3 ekor ikan mati. sejak tu aku tak bagi dia cuci akuarium. hehe. ha sambung, tetiba ada seekor anak ikan jerung, sekor anak gold fish tadi dalam akuarium. 
"tu la, asik keluar rumah je. ikan beranak(?!) pun tak perasan"


ikan beranak. yang penting tu dialog dalam mimpi. sebab tu tak peduli perkataan beranak kat situ. keh keh


aku teringat mimpi ni masa tengah breakfast. mimpi ikan2 dalam akuarium aku bertambah lagi 2 ekor. Alhamdulillah. sebab aku percaya, aku tak tahu kenapa tapi aku tetap percaya kata2 ustaz aku masa zaman sekolah menengah dulu,


"saya suka mimpi ikan. lagi2 kalau ikan yang banyak, cantik2. sebab apa? sebab itu petanda kita akan dapat rezeki yang baik dan banyak."


wah lah. tapi aku rasa setiap hari pun ada je rezeki yang datang kat kita kan. bezanya ialah bentuk2 rezeki n cara rezeki tu sampai kat kita kan. pagi2 bangun tido dapat buka mata n bernafas, pergi kerja macam biasa pun kira rezeki ye dak?






esoknya, secara realiti, seekor ikan ala2 ikan emas mati. innalillah. tamatlah riwayat seekor ikan jagaan ku. sobs. bye.

signature2

0 COMMENT on "Ikan Oh Ikan"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez