7/01/2012

Hidup ini singkat. Nikmatinya!


Assalamualaikum. chewah. tajuk tak tahan.


hari Jumaat lepas 22 Jun 12, aku balik kerja awal.. awal pagi. haha.. dalam kul 12 tengah malam. Cinderella jugak la. frustrated jugak sebab aku dah janji dengan Amni nak tolong dia untuk kenduri kahwin. siap ambil cuti hari Jumaat, tapi kena tarik balik. hurm. tak de rezeki.


disebabkan janji tak ditepati tu aku bangun pagi2, dari USJ terus ke Gombak tukar baju kurung, patah balik ke Kota Damansara. kul 11 baru sampai tapi biasalah dah lambat, majlis akad nikah pun dah habis. aku lepak rumah pengantin je walaupun tak berapa nak kenal dengan family dia. tapi nasib baik jiwa aku ni suka kat kanak2, main2 ngan deorang tanpa mempedulikan pertanyaan orang sekeliling "siapa ni?" hehe.


comel anak2 buah Amni




time orang ramai belum sampai, awal2 aku ngan kawan2 dah ambil makanan. lauk ambil tak muat perut. rasa macam nak keluar balik. orang tamak selalu macam ni. haha. 




girls




jumpa orang sana sini. tak kurang gak yang kagum dengan penampilan aku. almaklumlah orang jarang pakai baju kurung kan.. setiap kali kata nak balik, ada ja persinggahan sana sini. salam semua orang tapi sambung borak.


Tahniah Amni & Fauzi 
Wedding cake. Sedap!



Lari balik Gombak kemas2 barang terus pergi Cheras jupa member. lama gak lepak. tengah2 borak dapat sms ada futsal/badminton kat SP Kota Damansara. aku sms kawan ajak main sekali. yang bestnyer aku hantar salah sms. aiyoo.. kalut kepala otak. alang2 dah tersalah hantar, ajak je la kan. hihihi.. orang sebenar yang aku nak hantar suddenly minta aku ambil dia kat rumah sebab hujan lebat. huhu. aku pula sesat. padahal dari Cheras ke Ampang tak jauh mana pun. sigh..


sampai Kota Damansara kul 10pm. terus masuk court tanpa pedulikan orang lain. haaha.. ingat nak main badminton, tapi teruja dengan futsal. ekekeke.. kul 12 gerak g minum2 borak2. tak sedar jam dah kul 1pagi. mamak tu dah tutup lampu pun kitorang still tak paham2 lagi. mungkin kalau ditegur secara ramah tamah, kitorang akan meninggalkan tempat tu dengan penuh sopan santun kot. haha


dari Kota Damansara hantar balik member kat Ampang, terus balik USJ. sampai kul 2:30 pagi. mandi manda, terus gerak pergi Puncak alam kul 3 pagi. yang bestnya perjalanan yang sepatutnya ambil masa 15min perjalanan, jadi sejam. perghh.. aku yakin yang aku tak tido sepanjang driving tapi tak tau lah kenapa sesat baghak sampai macam tu sekali.


4.30 AM sampai destinasi. kononnya nak terus tidur, tapi mata tak leh pejam lak. aku ni pasrah aje nak lari 10km kat KL sat lagi. kalau tak larat memang aku jalan aje lah. kawan aku ni macam tak kasi aku tidur. siap ajak buat facial awal2 pagi buta pula. huh. aku syak kul 5 pagi baru aku dapat tidur. itu pun aku terpaksa umpan kawan aku pergi siapkan bahan2 untuk facial. hehe


sedar2 kul 7 pagi aku dah ada dalam kereta, kat masjid area dataran merdeka. biar betul. nampak sangat bohongnya. rasa macam tak nak lari. nak sambung tidur jer. huhu. kawan aku ni bukan main lagi register untuk aku tapi tak lari sama. 10km weyh. Standard Charted KL Marathon. dengan perasaan malas kul 7:30am aku dah standby kat start line. tak warm up, muka tak cuci. ada aku kesah. janji aku dah prepare ukk ukk siap2. hehe. penting tu.


sejam 18 minit tak la lama sangat untuk pelari selembab aku kan. hehe

Standard Charted KL Marathon 2012
malas nak crop. tengok betul2 tn 100 plus tu. hehe


perjalanan aku tak habis kat sini. dari Dataran Merdeka, kitorang balik Puncak Alam, mandi manda. badan bau peluh yang sangat mengancam kau~ macam biasa, sedar2 aku dah sampai sana sambil makan nasi. haha. bohong lagi. kawan aku sempat prepare baran2 facial untuk aku. sobs. tersengguk2 aku layankan minah ni. huhu..


tiba2 teringat kat janji manis nak jumpa aka aku kat Bukit Beruntung. pergh!! nak pergi ke tak? pergi je la. dari Puncak Alam ke BB Alhamdulilah tak sesat. hehe. sampai2 rumah akak aku, masing2 tengah baring2 kepenatanbaru balik dari hari sukan sekolah. "Dira mengigau ingat ko nak datang jumpa dia kat sekolah tadi.." alolo kesiannya. sementara aku tunggu dak kecik ni bangun, aku yang tersengguk2. bangun2 je "makteh, jom main basikal!" wow! layankan aje lah. sebelum tu tangkap gambar dulu. haha





8:00 malam baru dapat balik rumah Gombak. 9:30 sampai rumah dan aku terus flat~ zzzzzzzzzzzz





signature2

baru aku perasan, ni entry aku paling panjang, banyak gambar yang tak edit. paling banyak aktiviti. huhhu~

0 COMMENT on "Hidup ini singkat. Nikmatinya!"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez