6/16/2012

Dunia Baru


Assalamualaikum~


akhirnya dapat menaip. yay! sejak aku pergi jamuan makan Ibu Mithali anjuran IKIM bulan lepas, rajin lak aku pasang radio IKIM. terngiang2 kata2 semangat sorang kawan, kalau nak berjaya, kena lah duduk dengan orang yang berjaya. sedar tak sedar kita dipengaruhi oleh persekitaran kita kan. duduk dengan pengemis, mesti dia ajar cara2 nak mengemis. duduk dengan tukang masak, mesti dapat makan sedap hari2. hehe~ meh ambil sikit kata2 Prof Muhaya: 

"Lihat apa kita dengar di dalam kereta. Pilihan ini menentukan masa depan kita di dunia dan akhirat. Jika hanya hiburan tanpa ilmu maka jangan mengeluh penuh masaalah setiap hari. Lihat cd dan buku yg kita beli, itulah kita. Kenapa harus ambil masa berjam jam membaca karya yang tidak membawa pada Allah dan rasul tapi hasil nukilan manusia yang ingin mengaut untung lebih lagi kalau di tulis oleh orang tidak beriman pada Allah. Cemburui setiap saat waktu kita. Lihat diri kita jika banyak masaalah ubah cara hidup dan bahan kita dengar dan bacaan"


Satu malam tu Alhamdulillah aku sempat dengar satu cerita yang best; iaitu ciri2 orang ego. 
yang pertama banyak mengeluh. contohnya "..bos aku ni itu ini la.. kerja aku banyak la....blalalala...". 
kedua, banyak memberi alasan daripada mencari jalan penyelesaian. contohnya "memangla tapi.. kalau macam tu kan macam ni..." perkataan "tapi" dan "kalau" tu selalu terpacul kat mulutnya. 
ketiga selalu mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain. cara-cara untuk mengelak dari mengumpat ialah bercerita tentang kebaikan seseorang itu tanpa didengari/diketahui oleh orang tersebut. berusahalah untuk menjadi seorang yang pemaaf.
keempat, merasakan diri lebih baik dari orang lain. bila gaduh sikit, tak mahu bertegur sapa. ataupun tak mahu mendengar pandangan orang lain. kita saja yang betul. 


ada seorang pendengar tu call. dia kata kawan dia pemarah. tak tahu macam mana nak tegur. Prof kata tengok balik pada niat sebenar kita menegur. adakah kita tegur dengan perasaan nak jatuhkan/marah dia atau kita berniat nak bawa dia sama2 ke syurga. kalau kita pasang niat nak sama2 berjaya, kita mampu sentuh rohaninya. baru orang kata touching~. tapi kalau niat kita nak burukkan dia, kita hanya kecilkan hatinya. sikit pun dia tak rasa sebarang kebaikan yang kita nak sampaikan.


itu saja yang aku dapat kongsikan..


jadi, tunggu apa lagi.. berubahlah demi kebaikan! \(^_^)/

signature2

3 COMMENT on "Dunia Baru"

Dayang Syazwani on June 17, 2012 at 8:37 PM said...

kdg2 ada gak org yg x blh trima pndapat org laaaain kan..
tp bnda biasa la tu....

HUDA on June 17, 2012 at 8:43 PM said...

yup2. setiap orang ada "ego" masing2. tapi kalau in term of pendapat, kena tengok dari perspektif lain pula :)

lily lotus on June 21, 2012 at 4:21 PM said...

so inspiring ;)

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez