4/02/2012

Tips bersukan - long distance run


Sabtu.

seawal 6:30 pagi dengan gagahnya aku bangun. paksa diri kot. bukan senang nak tolak selimut jauh2 berlawan dengan setan2 ni. hehe. mandi, solat, terus pergi Taman Rekreasi Taman Lembah Kiara, Taman haji Abang Openg, TTDI. panjang lak aih nama tempat ni. aku tak pernah sampai pun sini. selalunya jogging kat Tasik Titiwangsa ja.

sampai2 jer penuh kereta parking tepi2 jalan. aku nampak signboard "Running Clinic" and aku readh jer ikut anak panah. lone ranger memang macam ni. sampai khemah register nama, duduk tercongok kat tepi sorang2. nak tegur orang malu lak. hihihi. pada aku tempatnya best, redup sebab banyak pokok, tapi kecil la kalau nak dibandingkan dengan Titiwangsa. agak bosan la lepas 5round tengok benda yang sama jer. xsyok. huhu

Running Clinic ni organized by Energizer night race (in collaboration with HooHa Asia). aku dah ter-register Energizer Night Race 2012 (14-15 Apr 2012), so aku agak bersemangat la nak join smua clinic2 yang ada kan. hehu~

clinic di sampaikan oleh Mr. Sidamparam, national marathon coach and ex-national marathon record holder. ada lagi sorang, Sharifudin (tak silap aku tu namanya. hehe), pemegang rekod no 1 marathon melayu Malaysia 3 kali berturut2. (patut la orang tu kurus kering. hihi) huyoh. macam2 la ilmu deorang kasi. orang experienced la katekan.

mula2 tu biasa lah berkumpul. bila semua orang dah ada kat posisi masing2, tiba2 aku dengar alarm. kuat pulak tu kan. dan dalam masa yang sama semua orang toleh ke arah aku. adoi. malu giler beb. aku berusaha tutup alarm dalam kocek, tapi makin kuat pulak bunyinya. nak tak nak terpaksa keluarkan phone. rilex je note aku tulis kat alarm tu: "bangun la wei. rezeki nak masuk ni!" aduh. 

------------------------------------------------------------------------------------

antara tips bersukan (long distance run) yang dia sampaikan ialah:

1-  ambil makanan yang berat minimum 2 jam sebelum larian. contohnya; roti canai ka, nasi lemak ka. kalau energy bar, 1 hour before is good.

2- seelok-eloknya makanan tu penuh dengan carbohydrate.  

3- jangan anggap makanan yang manis itu tidak mendatangkan faedah. yang manis tu lah akan membantu kita mendapatkan tenaga (glucose) yang cukup sewaktu larian.

4-  berlari dalam keadaan yang selesa. jangan tengok cara orang lari macam segak aje, kita dok nak follow. sudahnya sakit lutut la sakit ankle la.. kasut tak memberi kesan yang banyak terhadap larian kita, tapi cara kita berlari tu yang penting. (kalau kasut mahal habis, tapi lari kaki terhentak2, tak guna gak kan) 

5- kalau ada kecederaan (sakit lama mungkin seminggu ker), ambil air suam capurkan sedikit garam, rendam kaki yang injured tadi. garam tu tujuannya untuk menyerap sakit tadi.

6- semasa berlari, jangan tunduk kerana ia akan menghalang pernafasan kita, dan kita akan cepat rasa penat. lagi satu, selok2nya bernafas melalui hidung. jika bernafas melalui mulut, tekak akan berasa cepat kering.

7- kalau dah rasa tak cukup nafas, berhenti seketika, tarik nafas melalui hidung sedalam yang mungkin. lepas perlahan2, pasti rasa lega :)

kalau dah selalu berlari, pasti akan rasa semakin hari semakin improve. pernafasan kita pun akan semakin stabil. itu apa yang aku rasa setakat ni lah kan.

tu ajelah tips yang aku dapat kongsikan setakat ni. ini kali pertama aku join marathon secara rela dan serius. haha. sebelum ni ada la join marathon under McDonalds, tapi masa tu aku suka2 jer nak lari2 biasa.

itu je lah. kalau ada yang join Energizer Night Race tu nanti, roger2 la aku eks. da~



signature2

0 COMMENT on "Tips bersukan - long distance run"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez