3/24/2012

Jom usha lembu


Ahad, 18 March 2012
Jam 5:40 pagi aku dah terjaga. semua gara2 alarm yang sepatutnya berbunyi jam 6:30pagi. erk! cepat sejam ke ape handphone neh! takpelah, 10 minit lagi masuk waktu Subuh bukan. aku mempersiapkan diri untuk menghadap Ilahi. huish, skema bunyinya. hehe.


sebenarnya agenda hari ini ialah untuk ke Palong, Negeri Sembilan. saja la jalan2 kan. bukan selalu dapat luangkan masa dengan family. 


kitorang konvoi 3 kereta. aku bawa kereta aku; sama2 ngan adik n nenek. ibu n ayah satu kereta - kereta yang bakal digunakan untuk mengharungi ranjau onar berduri nanti, kakak aku satu family. kalau dah nama pun konvoi keluarga, maka aku memang seorang pemandu yang berhemah. meter kereta tu tak lebih langsung dari angka 120kmph. wew~ sangatlah berhemah. bayangkan dari Gombak sampai Ulu Bendul, minyak 1 bar tak luak. betapa konsisten dan slownya aku bawa. keh keh keh..


sampai Palong 4 (guna GPS gak. haha!) - rumah nenek aku punya suami punya abang, jadi secara ringkasnya ia adalah rumah abang ipar nenek aku. hehe. aman jer rasa dok kampung kan. aku bawa anak2 buah aku keluar - kejar ayam.


"tak nak.. Mizan takuuut"


aiyak!


"makteh, meh la duduk sini..."


aku dah ada atas pokok. aiyooo lama tak dapat perasaan ni weyh. ko ni budak memang tak adventure lah. huhuhu


hamizan duduk dengan sopannya bawah pokok


dah duduk2 sembang2, kami dijamu makan. ikan puyu masak lomak cili api terbaik oi! disebabkan terlalu terliur dengan masakan kampung baik punya, aku terlupa nak capture sedikit gambar. haha.. yang penting memang meleleh air liur, berkali2 aku tambah. tapi sedas dua je la.. banyak tulang. malas pulak nak makan. haha rugi2..


peh tu jalan2 usha lembu lak. memang tujuan asal balik kampung ni nak tanya khabar lembu kat kampung ni ha. tapi singgah kat rumah pengmbala ni. banyak betol binatang kat rumah dia. ada itik, ayam, burung, ikan.. apa lagi yang aku tak tahu aku pun tak tahu lah. tahi lembu pun ado 5-6 karung nak buek bajo. huhu


paneh. itik pon pandai caie tompek toduh.


okeyh. dah tujuan asal nak usha lembu kan. jom usha2~


curi gambar dari jauh

datang dekat sikit

dekat lagi..













HA AMEK KAU! BEREBUTTTTTT NAK BERGAMBAR! HAHAHAHA!!!!




adoi, penat tengok lembu ni. nyamuk dah kenyang dok rapat2 cium2 aku sambil sedut sedas dua darah manis aku ni. haha. ayah aku nak gi tengok kandang, disuruhnya aku bawa kereta balik rumah. macam lah aku ni dah 10x round ladang sawit ni konon expert nak balik sendiri kan. takper, berbekalkan semangat yang ada aku memandu dengan penuh berhemah.


pusing2 ladang..


pusing lagi.. mana jalan keluar.. belok kanan kot..


eh, ayah kat depan. hadoi! lawak giler! pakcik tu dah ketawakan kitorang. sesat! tapi takper, ladang sawit tu satu bulatana, sesat2 pun jumpa jalan yang sama balik. hehehehe

signature2

2 COMMENT on "Jom usha lembu"

aleen aiden on March 25, 2012 at 4:18 PM said...

jaga-jaga.. dia sondol kang..

HUDA on March 25, 2012 at 10:02 PM said...

memang tengah berjaga. aku pakai baju merah time tu.. memang terbaik ah!

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez