3/07/2012

i'm the Iron Woman


pagi Ahad, aku kena kejut untuk bangun sebab dah plan nak g jogging kat Titiwangsa. nasib baik ada orang kejut, kalau tak memang terbabas la. oh ya, plan pagi tu nak jogging adalah untuk training marathon bulan 4 ni. tangan gatal pergi register 15.5KM. cari nahas tajuknya. awak tu bukan kuat sangat berlari. kot ye pun nak cuba2 ambil la yang fun run 5KM tu. ni tak, dah register, dah bayar, kena la bagi commitment. kalau tak sia-sia je lah. huhu.


tak pasal2 aku bebel kat diri sendiri sampai semua orang kena baca kan. cop; semua orang baca ker? ah ade aku kesah? haha. sampai2 aku cuba berlari sebaik habis. biar lambat asal selamat. tu je la motto yang aku pegang. 3 round lari keliling luar tasik. cukup la. aku dah letih. tapi masalahnya, kawan aku baik hati tolong carikan perimeter tasik Titiwangsa tu. jawapannya ialah lebih kurang 2.5KM. aiyoo.. aku ambil worst case aku berlari 2KM, maka aku kena lari sebanyak 7-8 round tasik untuk samakan dengan 15.5KM tu. huarghhhh... takpa Huda, take your time. ada masa lagi beberapa minggu. erks!!!

balik rumah, terus mandi bersihkan diri. cuci baju kemas2 apa yang patut. isi perut tengah lapar, login FB sambil kacau member2. paling best bila dapat WhatsApp - "petang ni kelas badminton mcm biasa 5-7 sape join angkat tgn" .. hiyaaaakkk... mana boleh tolak. terus angkat tangan. haha.. tapi masalahnya aku salah baca mesej. patut kul 5, aku baca kul 4ptg. kul 3 aku dah keluar rumah. sampai tengah jalan aku lencong sikit pergi rumah member. kononnya nak melawat mak dia sakit, tapi dia pula takda kat rumah. sob2. sedih2.

terus pergi Subang tapi singgah kilang jap. hebat tol sampai weekend pun nak jenguk kerja kan. aku tak berapa peduli la dengan tracksuit terus masuk buat kerja sikit, pastu lari2 pergi main badminton pula. hehe.

ngam2 sampai court kul 5, terus main. disebabkan ada 2 court yang ditempah maka main pun tukar2 la kan.. lompat sana lompat sini, seronok pula. member main tak ingat dunia terus tambah lagi sejam. kul 8 tepat aku lari balik rumah - solat Maghrib. "kak, nanti kita jumpa kat Ferro eks.. kitorang gerak dulu tau.."

ape? Ferro? haah :)

malam tu dah janji dengan member nak main futsal sama. nasib baik deorang setuju - a very last minute invitation kan. haha.. kul 9 kitorang dah terpacak kat Ferro. kata organizer, book court untuk 2 jam katanya. huiyoh! tengok keliling ada 10 orang ngam2 kott.. tu pun nasib baik aku angkut member yang 4 orang tu, kalau tak entah macam mana nak main 6 orang. tapi, biasalah. kami belasah kan saja. nasib baik isnin cuti. kalo tak ada jugak yang tido bawah mesin. hahahaha


secara kesimpulannya, nikmatilah kehidupan bujang dan muda anda sebaiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti di atas. sekian. sayangilah anggota badan anda. bye~~



signature2

0 COMMENT on "i'm the Iron Woman"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez