2/12/2012

Happiness


Semalam aku macam orang gila. ape orang kata, erm.. fanatic kot. dari pagi sampai malam bersukan tanpa henti. pagi2 gi Triways, lawan MPSJ. okay la not bad. (poyo not bad. padahal kena ayam berkali2.) kalah tu tak kisah, tapi yang penting pengalaman. tu penting. dari situ lah aku cari kelemahan sendiri dan perbetulkan.


".. kitorang 8 orang support ko, ko kena support kitorang berlapan.."


terharu rasa. huk!


habis game, kitorang boleh gelak2 sakan macam game tadi tak ada apa2 yang berlaku. ala setakat kena gol 11x, x ada apa la kan. hebat kawan2 aku ni. tak pernah kenal erti menyerah kalah. hehhe..


jumpa kawan2 futsal yang datang sokong. deorang kata nak main badminton kul 4 kat supercourt, subang. dengan pandainya aku setuju. dari Shah Alam balik ke Gombak hantar member 2 orang, jalan jem ya Rabbi.. Tuhan saja yang tahu.. selalunya dari Shah Alam ke Gombak setakat 30min, tapi dragged sampai 2 jam. mula2 ikut Federal Highway, teruk sangat tak bergerak. lalu LDP, sama ja. fikirkan tak nak pergi main badminton, tapi member 2 orang pun dari gombak, pergi je lah.


badminton patutnya 4-6pm jer, tapi extend lagi 30 min. main tak ingat dunia. baju stokin semua basah berpeluh2. tiba2 member sorang angkat phone call De Stadium. 


alamak, sambung main futsal pulak.. tengah2 main, perut berbunyi macam guruh. aiyoo memang tak boleh tahan. lupa lak dari pagi sampai ke petang tak makan apa2. abis main terus gi lepak kat sri anggerik. nasi lemak + telur mata + ayam goreng. peh, terbaik. sekali pekena dengan teh 'o' laici. wow! nikmat dunia tak terhingga. alhamdulillah. burp :)


kebetulan MU lawan Liverpool, dan ahli2 meja aku kebanyakannya penyokong kuat MU. apa lagi, memang bingit la. dan memandangkan aku ni bukan peminat bola sepak, jadi aku kena balik. gadis tak baik duduk melepak malam2 lama2. hehehe...


"eh, nak balik ker?"


"balik la .. esok ada game yang lagi penting dari ni"


signature2

gembira, sebab sikit pun tak terfikir pasal apa2 masalah yang sedang dikendong bahu. yuhooo. selamat menempuh kehidupan seharian.

2 COMMENT on "Happiness"

aleen aiden on February 19, 2012 at 10:30 AM said...

ah kalau dah lajak ke gombak tu lajak skali lah ke ampang... tak reti reti ke..hak2

Nath on February 20, 2012 at 5:51 PM said...

it's good to stay fit and healthy ;)

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez