1/29/2012

ada perubahan nampak~


hai hai.. mesti semua orang tengah bertapa depan tv tengok AJL kan. haha. tak minat aku benda2 macam ni. sorry.. huhu.. yang penting, itu bukan topik sebenar yang aku nak share. 


hari ni aku keluar ngan member dari awal pagi sampai malam. aiyoo.. sangat tak berehat aku cuti 2 hari ni. balik je rumah perut macam lapar walaupun tengahri dah bedal nasi satu pinggan penuh macam nak melimpah2 lauk tu ghoman eh.. aku sempat la tengok si Najwa Latif menyanyi lagi Cinta Mukabuku dia sambil makan nasi. biasa lah, rumah tu harap jer meja makan besar, tapi ruang tamu gak tempat paling best time makan. huuhu.. dah abes makan jilat2 pinggan, tangan tak basuh mata still la tengok tv sambil borak2. ye lah, aku tak sangka ayah aku boleh cam suara Najwa Latif tu. padahal bukan ada depan tv pun. kalau ada, belum tentu dia kenal artis2 ni.. sejak bila ntah dia ambil tahu perkembangan artis.


tiba2 dengan suara terkejut, dia cakap:
"Eh.. Huda"
"aaa" kenapa pulak ni..
"ko tak makan ker?"
"eh? dah abis makan.. nape?" sambil tunjuk pinggan dah licin..






"muka kau cengkung"


heh.. tiba2 sunyi sepi tenggelam suara Faizal Tahir..





signature2

0 COMMENT on "ada perubahan nampak~"

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez