8/27/2011

Sekurang-kurangnya ada juga perubahan. kan =)

5 COMMENT
setiap minggu surau kat taman perumahan aku aka Surau Darul Muhajirin pasti akan buat majlis berbuka puasa. aku hari ni hari pertama dalam bulan Ramadhan ni berbuka dengan jiran tetangga kat surau. selama ni berbuka kat rumah atau ngan member-member kat luar. 


sampai aje aku duduk bersila sorang-sorang. mak aku duduk ngan kawan-kawan dia dekat meja belakang. aku segan la nak duduk atas kerusi memandangkan kudrat untuk aku bersila atas lantai lebih kuat kan. 


tengah termenung dengar pak imam baca zikir, aku tersedar sesuatu.


"Huda kan?"
aku tengok anak mata makcik ni. macam pandang tempat lain. aku nak toleh belakang, tapi nanti macam memalukan dia pula. 
aku senyum. "haah."
"ha.. lama tak nampak"
aku senyum lagi. dia tambah lagi
"kurus dah sekarang.."
aku senyum lagi tambah sikit ketawa kecil ala-ala gadis ayu ketawa. 


hehhe~ dalam 10 orang kata aku gemuk ada juga yang kata aku dah kurus. yay!


signature2

dalam kesempatan ini, saya dengan rasa rendah dirinya menyusun 20 jari termasuk tangan dan kaki meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkutuk, terumpat dan segala perkataan yang menghiris kalbu. hihi. dan semoga Allah menerima amalan kami dan anda. 

تقبل الله منا ومنك

8/24/2011

Me, Myself and I

2 COMMENT
just can't sleep early

signature2

8/23/2011

Berlari dan berenang

1 COMMENT
aku sedang berlari. mengejar. tidak sekali dikejar. sesuatu yang tak pasti. tak tahu sejak bila dari mana bermula. ada penghujung tapi tak tahu apa ada di sana.

mengah. aku tetap tidak berputus asa. terus mengejar.

aku tiba di sebuah lautan yang luas. dari mata kasarku, indah. aku cuba berenang merentasinya tapi hampir tenggelam. ramai lagi bersamaku. ada yang terus tenggelam. ada yang terapung megah. lebih hebat mereka yang berada di atas kapal pelbagai corak bendera. sebagai pemerhati.

perasaan tentang keindahan tadi semakin pudar.

pada anak kapal, siapa yang timbul itu hebat. beruntunglah mereka tatkala mendapat janji, anugerah dan ganjaran yang tak ternilai. pada kelasi, siapa yang tenggelam itu lemah dan lemas. kuburkan mereka di darat. kasihan mereka. pada kapten, yang masih berusaha untuk terus timbul itu biasa sahaja.

ku lihat, sedikit demi sedikit manusia itu berundur. pulang ke daratan dan mencari lautan lain yang ku kira lebih indah untuknya. tekad.

aku. mujur ada yang sudi membantu. menghulur tangan sedikit demi sedikit membuat ku dan beberapa rakan manusia sedikit terapung dan kelihatan. lebih bersemangat. walau adakala aku hampir putus asa. aku tenggelam bersama perasaan itu. sentiasa berusaha untuk terus timbul. apakah dan sampai bilakah aku mampu terus merentasi lautan ini?


signature2
perasaannya seperti mahu kembali pulang ke darat dan teruskan berlari mengejar sesuatu yang tak pasti itu. dan ini tidak mungkin akan berlaku kerana aku perlukan sebuah KEPASTIAN!

8/22/2011

Tulang

2 COMMENT
Assalamualaikum WBT.


Hai kawan-kawan. mari kita belajar tentang tulang.


tulang ialah organ kaku yang mempunyai pelbagai bentuk dan struktur. seorang manusia yang baru sahaja lahir di dunia yang fana ni ada la dalam 300 batang tulang. tulang ni walaupun tak flexible, tapi tetap bertumbuh. sebab tu masa lahir kenit je aku ni, dah capai umur sekarang, peh, tinggi. tapi tak cecah tiang lampu tepi jalan lagi la. kalau berdiri sebelah Nicole David, aku kalah sikit kot. haish.. nak tinggi lagi sempat lagi neh sebab belum cecah 25 lagi. hiks ;)


banyak kepentingan tulang ni. mensruktur bentuk badan, erm.. memudahkan pergerakan, melindungi organ-organ, mengunyah makanan.. ape lagi eks.. ah lu pikir la sendiri. malas nak perah otak dah.


ada satu tulang ni. kedudukannya pada atas rib cage. bentuknya adalah macam huruf s tak berapa nak jadi . orang London panggil tulang ni "Beauty Bone" kadang-kadang deorang suka-suka ja panggil "Collar Bone". tapi orang sains ke fizik ke, doktor ke suka sebut "Clavicle Bone". ala, kalau gadis-gadis ayu lagi manja beli rantai, loketnya mesti nak terletak antara dua tulang. tulang tu la yang aku maksudkan. orang latin pula suka panggil clavis. maksudnya kunci. tak tahu lah apa kena ngena tulang ni dengan kunci. 


satu-satunya tulang yang kedudukannya melintang. tapi kalau kita baring secara mengiring, keadaannya akan bertukar menjadi satu-satunya tulang yang kedudukannya menegak. datangnya sepasang. sebelah kiri satu, sebelah kanan satu. 


aku tengok cermin tadi. aku ternampak yang tulang kanan lagi besar dari tulang kiri. obvious sangat. apesal eks memang macam tu ker? cuba tengok cermin.. ke aku sorang je macam tu? huwaaaa...

signature2

8/21/2011

TEMAN

2 COMMENT
Wahai teman ku
orang sanjungan ku
betapa mulianya hatimu
membimbingku ke arah wawasan maju

teman yang ku sayangi
kaulah pedoman ku hari ini
kau sahajalah tempat ku bersukaria
adakalanya tempat mengadu

teman,
kau lah satu-satunya buah hatiku
tidak ada lain selain dari mu
anggaplah, apa yang menimpa diri mu
diri ku turut merasainya

signature2

macam mana ada sajak ni dalam simpanan aku, aku tak tahu. siapa yang beri, aku tak tahu. almaklumlah nak raya ni tengah kemas-kemas bilik, secara tak sengaja terjumpa pula benda alah ni. huhu.. siap ada kad2 yang konon-konon nak hantar, tak terhantar. ada sampul, tapi kad entah memana. ada kad tapi takda sampul (oke lagi kan) macam-macam lagi lah.. bila baca balik kelakar pulak rasa huhhu~

agak-agak nak kad raya dari aku, boleh la tinggalkan alamat. kalau malu, tak dapat. hahaha.. kalau rasa alamat tu privacy, letak la kat ruang sini. okelah. selamat maju jaya. eh salah, selamat beramal di bulan ramadhan 10 yang terakhir.

8/07/2011

Sekadar Coretan

2 COMMENT
Assalamuaaikum WBT salam sejahtera.


walaupun blog ni tak berapa nak berhabuk tapi ada la sikit2 rasa selesama datang menerjah bila sampai sini. tak tahu nak cerita apa sebab memang tak ada cerita menarik. yang bosan ada. contohnya hari ni bangun sahur makan nasi tidur balik lepas solat Subuh dan bangun jam 12 tengahari kemudian. peh hilang kelazatan pahala puasa tu. huhu. 


semenjak dua ni aku selalu teringat-ingat ayat kawan aku. "ada ke orang jujur kat dunia ni?" ada pernah ku ceritakan kat entry yang lepas. aku tak rasa ini sesuatu yang baik. entahlah. sedangkan aku sendiri tak pernah jujur 100% perfect. jadi aku tak boleh la nak persoalkan ketidakjujuran seseorang. ye dak. lantaklah. whatever it is, let it be. whoever they are, let them be as what they want to be. i do care, but i don't wanna get bothered with that. malas nak masuk campur atau jaga tepi kain orang lain. baik aku jaga diri aku sendiri kan.


sekarang bulan puasa. limited sikit aktiviti lasak siang hari. mane nak re-hydrate lagi-lagi waktu tengah terkinja-kinja kat tengah panas nanti. cari nahas namanya. malam hari boleh, tapi lepas kul 11 malam. peh memang mencabar bila nak bangun sahur pagi esoknya. aku rasa performance aku sebagai goalkeeper berkaliber dah merosot. kenapa aku sendiri tak tahu. malas nak jadi keeper pun ade gak perasaan tu. alahai. jangan la macam ni. I-Metro dah dekat kot. lepas raya. takkan nak training time raya. kompem masa tu perut tengah senak dengan lemak daging masak rendang ayam masak lemak cili api. peh meleleh air liur. 


sebut pasal raya, teringat pula kerja. berapa hari aku nak apply cuti pun aku tak tahu sebab aku rasa nak cuti seminggu jugak. tapi tetiba ada berita tak baik menyusul menjelang raya. orang lain seronok terkinja-kinja kat kampung masing-masing takkan aku nak bersedih terkial-kial kat opis sorang-sorang. ini dah masuk raya kedua nih. oh~ ini tidak adil tidak adil bagi ku. baru ku tahu kenapa setiap kali tengok jobstreet, "fresh graduate are encouraged to apply". sebab kebiasaannya freshie ni bujang trang tang tang! mana ada family sendiri jadi senang dibuli. huk. 

signature2

8/01/2011

dua hari satu cerita

1 COMMENT
Assalamualaikum WBT


lama gak tak jenguk blog aku sendiri. sibuk? ya. malas? ya. sibuk + malas = berhabuk. walaupun theory itu kelihatan tak bernas tapi berasas. tapi hari ni kurang sibuk dan agak rajin sebab aku cuti. haha. saje kan pilih 1 Ogos, 1 Ramadhan utk cuti.


sibuk ada banyak cabang. tapi datang dari satu akar iaitu sibuk hal dunia. kalau ikutkan peratusan sibuk tu, 60% datang dari tempat kerja, 30% datang dari futsal dan 20% datang dari diri sendiri. diri sendiri. ye. pura2 sibuk. rehatkan diri. kemas bilik dan cuci akuarium berkeladak sampai tak nampak isi tu pun kira sibuk la juga kan. hehe.


ha. sebut pasal futsal. aku rasa hampa. sehampa Malaysia kalah dengan Singapura baru2 ni. menonggeng. malu pun ada. hari Sabtu, 1st time seumur hidup aku sepak bola, kena skaki striker, masuk gol sendiri. malu besar la aku memang pengajaran seumur hidup. stupid mistake yang terang2an aku buat. dah la aku harap sangat aku perform betul2 game tu sebab itu last game sebelum masuk bulan Ramadhan. tapi aku sendiri yang hampakan diri sendiri dan orang lain. haiyoo. takpe. lesson learn. mungkin ada hikmah disebaliknya. huhhu..


hikmah. dapat tgk anak buah aku main netball. sampai2 kakak aku cakap: hari ni Syasya menang je. tak pernah kalah lagi ni.
pergh. sentap ulu hati aku yang baru lepas kalah sebab diri sendiri ni. huhhu. xpelah, aku kalah dia menang. kira okay la tu kan. sobs. *menyedapkan hati sendiri.





ni lah syasya dengan trophy nombor 2. kalah final. seri 7 sama 0-2 masa tambahan.


malam, makan kek. birthday Luqman. panjang mengalahkan aku. aku jalan berdua ngan dia mesti orang kata dia abang. huhhu~


Ahad.
pergi Wet World Shah Alam. tak delah best sangat tempat tu. tapi best sebab aku gi ramai2 dengan family. main gelongsor berkali2. gelongsor yang sama. sanggup turun gelngsor naik balik. bila rasa tak seronok, main panjat2 kat ape kenamenye ntah. agak bosan, beli pelampung. sanggup beratur panjang berkali2 semata2 nak main gelongsor yang konon terpanjang tu. main n mandi sampai lebam orang muda mudi macam aku kata.


dah penat. balik. on da way balik tu lalu federal highway. lalu depan mid valley, terus singgah. beratur beli tiket Captain America on da spot. nak tengok yang biasa dah habis, so beli 3D. 1st time jugak aku beli tiket 3D. tapi yang tak bestnya dok barisan ke4 dari depan. takpelah. ape leh buat. ni la dinamakan aktiviti tak dirancang. huhu. bagi aku ceritanya tak bape nak best, pastu ending nya kureng. kalau ada 5 bintang, aku bagi 3 je kot. tak best ah. hahaha.. tapi sebab aku tengok 3D, puas gak la. lagi2 part Roger baling shield tu tepat kat muka aku, termengelak la jugak badan penonton2. huhhu


dah la tuh. selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam seluruh dunia. semoga kita mendapat keberkatan dari amal ibadah yang kita kerjakan pada siang dan malam hari InsyaAllah.


signature2
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez