6/29/2011

#WW Wordless Wednesday #1 : Reach Higher

9 COMMENT



Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.
WW Wordless Wednesday
signature2

bila larut malam

0 COMMENT
aku dan futsal.


mane boleh pisah kott..asal ader dengar2 pasal tonement mesti aku nak join. naseb ler baik aku ni keeper; post yang agak panas untuk team wanita kan.. bukan senang kott nak cari keeper perempuan. kekadang aku sendiri ponn malas nak jadi keeper. penat woah. kalo jatuh kene cepat2 bangun. kalo wat mistake sikit, u know i know lah. bolos la jawabnyer. tapi best kalau team tu tak fight maner. sebabnye aku dok melepak kat gol post sensorang senyap2. hehehe. time tu lah aku akan tukar ngan mane2 player kot2 ade keeper simpanan ker kan. kalo ade lah. erm biasanya bukan aku cari team, tapi team cari aku. hehehe.. sekali sekale angkat bakul sendiri.. tapi, kalau team cari aku, biasanya aku dalam bahaya. sebab - mereka menaruh harapan kat aku. ayok. kalo kalah mesti dipersalahkan kan. aiseh. inilah kehidupan pancaroba.


tapi ada satu habit aku selalu buat. sejak sebulan dulu, aku suka minum redbull. kalau tak redbull, revive isotonik. tapi revive ni tak de bagi penangan ape pon. yang penting redbull, sekali minum, nak tido amatlah payah. macam sekarang. aku tak leh tido la pulakkk.. esok keje mahu aku terlelap bagai. aku rasa dah 2x aku kene sound pasal tido tak cover time meeting kottt... alahai. camno deh? sekarang aku kat gombak. nak redah jammed esok pagi op kos kene bangun awal untuk selamat sampai awal kan.. 


sekarang ni aku tengah plan, nak jawab ape kot2 terlajak tido esok pagi ni..arghhhhhhhhh jealous tengok orang lain dah tido heiiiiiiiii!!!


ow yeah. nombor 2 pon jadi. mini tournament dapat ler air revive isotonik.. jadilahhh



signature2
aku rasa blog ni ada ciri2 highlight yang kita kene bagi kat boss..erm macam weekly report la kot. sebab ape yang kita buat mesti kita update kan kan best kalo aku dapat update highlight sesuka hati bila nak bagi macam update blog sesuka hati. huk huk~

6/26/2011

minggu yang lengang

2 COMMENT
alkisah tiap2 minggu tiadalah cerita lainnya melainkan perlawanan futsal semata2. dan lokasi pertandingan tiadalah tempat yang lebih menggelapkan kulit melainkan putrajaya yang gelanggangnya bogel mencucuk kulit dek tujahan sinaran matahari yang terik. kisah minggu lepas menggelikan usus perut aku tatkala aku sedang terkial2 mengorek duit keluar dari dompet ditangan kiri manakala tangan kanan penuh menyepit keropok lekor seringgit harganya dihadapan sebuah gerai air milo.

datang seorang kanak2 perempuan datang menghampiri. mukanya penuh tanda tanya. ada sedikit minat terpancar. aku diam. berkira2 dia begitu berminat terhadap keropok lekor aku. lalu aku menghulur seplastik keropok lekor seraya berkata, "nak keropok ke adik? amiklah satu". walaupun agak kedekut bunyinya, tapi ketulusan sekeping hati menghulur sekeping keropok lekor adalah lebih mulia.

"ini ape?"

tiada apalah lainnya yang ditunjuk melainkan dompet aku yang comel. apa lagi yang perlu aku jawab selain berterus terang, "ini dompet dik. tempat akak simpan duit."


kelihatan nazak dipenjuru kiri, adakah ini masanya untuk mencari sang pengganti.


signature2
minggu ni agak ajaib bagi aku untuk menolak segala pelawaan perlawanan yang dijadualkan hari sabtu dan ahad semata menyediakan diri untuk masuk kerja seperti seorang doktor pakar yang menanti panggilan pesakit yang sedang nazak untuk dirawati.

6/20/2011

professional hanya pada bakat. tidak pada sifat.

4 COMMENT
kau, dia dan mereka.

drama bersiri 2 hari berturut2 masih melekat kat otak aku. cuba delete, payah. nak safely remove.. errr.. bahaya.. manusia ni macam2 wataknya. semua puncanya datang dari satu tempat: hati. bila perasaan marah mula menguasai diri sampai hilang kawalan, masa tu lah kita akan nampak kebodohan masing2 terserlah. yang punca satu hal, yang bercerita sambil berputar2 terbelit sampai susah nak urai, yang mendengar membabi buta, lagi parah bila percaya terus melenting. melatah. suruh mengucap tak mahu. mencarut maki hamun yang jadi bahan pembasah bibir. senang aje nak setel satu masalah bila kita jujur. jujur. sebut senang. cuba buat sekali tengokkk.. "ada ker orang jujur kat dunia ni?" entahlah. susah nak kata. sedangkan dengan diri sendiri pun boleh menipu. inikan pula sesama manusia. wallahualambissawab..

Life is one big road with lots of signs. So when you riding through the ruts, don't complicate your mind. Flee from hate, mischief and jealousy. Don't bury your thoughts, put your vision to reality . Wake Up and Live! _Bob Marley

signature2

6/13/2011

wow! ada kelainan di sini.

6 COMMENT
Fuyoh. lama sangat ni tak buka blog. dekat sebulan kah? ye kott.. dashboard dah lain bebenor ghoman eh. memang..memang aku lambat. ape kan daya. hidup penuh dengan aktiviti memang macam neh. segala macam nak update tak terbuat2. futsal sana sini. orang kawen pun penuh gak. siap ada 2-3 majlis satu hari. dah tu pulak satu kat Kedah, satu kat Melaka. pening aku nak pergi mana satu. aleh2 aku pilih futsal gak. huhhu. biasalah sekarang dah bulan Rejab. esok lusa dah masuk Syaaban. bila sampai Ramadhan memang tipis la harapan nak buat torney/majlis. apata lagi masuk Syawal. training mesti dah makin kurang. kene lebihkan beramal. huhu.

macam-macam aku tempuh 2-3 minggu ni.ada yang putih mesti ada hitamnya. ada yang sial ada yang bertuah. cerita sama, watak aja berbeza. (haah, ini lirik lagu aku tiru.) apapun sekarang aku mampu tawakal kepada Allah. yelah, kita dah berusaha, dia yang menentukan. aku cuma berdoa aku berada di tempat yang benar lah. kekadang aku kesian kat mereka yang tak bersalah tu. tapi ape boleh buat. aku dah tersepit. aku suarakan atau aku diamkan, memang aku yang kena. tapi rules tetap rules, aku tetap suarakan. aku ada hak. okeyh stop it.

kesian kat bro yang mintak address butik Joma tu. jap ye aku gugel. hehe

peta butik Joma Shah Alam. klik gambar untuk pembesaran. butiknya kat building seperti yang dikotakkan dalam kotak merah tu, menghadap Federal highway. aku main redah je ikut direction kawan aku. tapi yang penting memang betul2 sebelah Federal Highway. kalo ikut pakcik gugel tu, nama jalannye Jalan Tinju. haih, pelik2 nama jalan neh. kalo tahu Tesco Shah Alam tu, memang dah dekat sangat la.
tu aje kot.

kedai ni buka office hour je. kalo hari sabtu buka sampai tengahari.

pesanan penaja:
jangan lupa / lengah2kan ganti puasa. Ramadhan dah dekat neh. kehkehkeh =)
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez