1/30/2011

Dilema

5 COMMENT
Aku sekarang tengah pegang satu benda. mari kita gelar sebagai E. kadang2 aku suka kat E. kadang2 E buat aku gila. aku rasa nak lepaskan E, dan cari yang lain. ramai jugak yang suruh aku buat perkara yang sama. dalam waktu aku benci E, E buat aku rasa seronok. tapi kadang2 aku tertekan. tapi banyak bende yang buat aku rasa sayang sangat nak lepaskan E. tak kurang jugak bende yang aku rasa nak sangat lepaskan E. mungkin aku kene buat is-is not table kot?

satu hari tak diduga, ada yang nak bagi aku P. tapi, bila aku selidik, P ada kekurangannya. dari satu sudut keduniaan. banyak sangat perkara yang E ajar aku. tentang dunia. kehidupan. tapi aku tak tahu apa yang bakal P bagi kat aku. adakah lebih baik. adakah lebih teruk. atau sama. aku tak rela jika sama atau lebih teruk. aku mahu lebih baik. tapi masalahnya, kalau aku mahukan P berikan aku lebih baik, aku kene buktikan yang aku pun boleh bagi lebih baik kepada P.

okaylah. kita tunggu dan lihat. bagi peluang kat E. adakah E kekal atau aku akan beralih arah kepada P.

aku baru je kan beli kasut. lain tak bukan kasut futsal. aku guna semalam. kedua2 belah kaki aku melecet. tak teruk, tapi sepanjang hayat aku bersukan, ni kali pertama melecet. aku pakai stokin. walaupun tak tebal, tapi itulah stokin yang aku pakai selama ni. aku jugak ada beli glove. tapi masalahnya, warna glove dengan kasut sangat kontra. lagi kuat perasaan aku nak beli kasut baru. tapi aku nak wat evaluation. adakah stokin tak sesuai, adakah kulit aku yang makin halus..awww!, atau badan aku makin berat. haish. membazir.

okaylah, kita tunggu dan lihat. bagi peluang kat SALA. adakah SALA akan kekal atau aku akan beralih kepada yang baru.

dunia.
ada salah
tak ada pun salah
signature2

degil

3 COMMENT
aku dah kate, sila jangan ganggu..korang degil. aku dapat beberapa miskol beserta mesej. aleh2 tengah malam baru aku dapat reply. lepas tu merajuk. padan muka malas nak layan. 

mintak maaf kat kawan2 sebab saya masih belum dapat mengatasi masalah sukar mencari jalan. saya akui saya perlu mendapatkan GPS dengan segera. saya juga telah berada di Kota Damansara pada jam 7 malam. apakan daya, untuk mencari lokasi kejadian amatlah sukar sehingga memakan masa selama 1 jam. haish

dan yang penting hari ni aku sangat seronok. weeeew!

sepanjang permainan, aku terasa agak sesak nafas. biasalah.. tak cukup stamina. 2 bulan sekali berlari, mana nak catch up. adeih. aku berharap sangat hari isnin malam nanti ada masa terluang. boleh aku join depa bersukan. aku jeles okeyh tak dapat ikut. huhhu. paling utama ialah, kaki cramp. berlagak. dah la tak warm up.. tak cooling down lak tuh. ah, persetankan.

kesahnye, aku main bersama kawan2 team sendiri sampai 9 malam. deorang semua bersiap2 nak tengok khurafat dan aku mengatakan tidak padanya. sebab aku kan anak dara yang sopan lagi berakhlak mulia. mana boleh balik lewat malam. haish. entah macam mana terdengar satu suara sorang jejaka yang tak berapa nak hensem dari court sebelah

"eh, korang nak main free tak? kitorang macam nak lagi 2-3 orang la"

siapa mereka? tak peduli. yay! aku dengan gembiranya berkata YA! mestilah nak wehuuuuuu. aku masuk court. penuh. macam dah cukup orang. tapi mungkin kalo main ramai2 lebih meriah kot?

kaki mula cramp. tak peduli. aku nak main juga. cramp lagi. tahan.tahan..tup lampu padam. ala..nak main lagi. hukhuk.

aku drive. sampai tol LDP, tukar driver. tak tahan wooo...cramp tahap tak rasa kaki dah ni. bahaya2..nasibbaik orang sebelah boleh bawak manual. huhhu. sampai rumah member, kononnye nak drive balik umah. thigh pulak cramp. aiseh. kesian dia kene jalan kaki. aku nak masuk rumah pon terseret2. haaha..
signature2
AKU ENJOY!
abang2, terima kasih kerana mempelawa. tak sempat tukar2 pesbuk kan. hahaha.. gatai!

1/29/2011

sila jangan ganggu

2 COMMENT
harap maaf, nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi.

/*
hari ini hari sabtu. 6.30 pagi. lepas solah Subuh ikutkan hati aku nak terjun atas katil selam bawah selimut macam selalu2 buat waktu weekend. membayangkan aku ade tanggungjawab yang aku kira "penting" untuk ditunaikan. amanah. aku dah janji nak datang pagi.

datang kerja

bangla pon tahu cuti la wei!!

aku habiskan 5% kerja aku yang aku kira boleh buat kat rumah. tapi takpelah. bukan free kot? fikirkan nak ambil gambar sebagai bahan bukti ujikaji aku, tapi kamera takde. henpon ada kamera, tapi tak canggih. aku tanya orang sekeliling;

"henpon saya ada kamera, tapi bila tangkap gambar, jadi gambar lain"
"henpon saya takda kamera"
"saya pakai public phone"


okeyh, jawapan last tu aku reka


aku terpaksa postpone kerajinan menjalankan ujikaji kepada hari isnin. aku mula bosan, siapkan report. baru je nak kemas barang;

"Huda..tolong, ada fail..Si F takda.."

adeh.. aku buka oven yang bersuhu -25. peh menggeletar sebab pintu oven tu terlalu berat. kenalpasti punca. fandown untuk next action. balik rumah. cukup la kan company bayar aku lebih untuk 3 jam. makan dengan housemate sambil mengumpat. balik Gombak.

pilih jalan murah - LDP. murah la dari kesas/duta highway. jem giler! sepatutnya 45 minit jadi sejam 45 minit. sabtu kereta banyak. gaji baru masuk. tambah lagi treller rosak. okay paham. next week no more LPD. huh.

cuci kereta. tunggu setengah jam baru siap. bayar saja RM8, hujan turun. terbaik! masuk kereta. ladies and gentlemen.. engine start..

blink. blink. blink.

meter minyak empty
pergi lantak.
*/
signature2
malam ini sangat istimewa - futsal. can't wait for it. please do not disturb. phone will be ignored. hahhaa~ 
/*ini entry sebenar*/

1/28/2011

terlajak perahu boleh diundur

6 COMMENT
Dengar~ Oh! Jeritan batinku Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu

aku berdiri buat kerja sambil memekak2 menyumbangkan lagu dengan suara aku yang sumbang nih selang seli dengan bunyi bising mesin2 bekerja. aku tak yakin la Lan meraung dengar kesumbangan lagu yang aku bawak tu sebab orang sebelah aku pon dengar tak dengar je... ya, batin aku tengah menjerit2 bosan, penat tahap nak balik rumah tidur 3 hari 3 malam tak bangun2. tapi aku rase itu adalah mustahil sebab aku sekarang ada kat rumah dan aku masih tak tidur lagi.

tetiba aku terdengar suara lain turut menyumbangkan lagu penuh perasaan sambil mendepa2kan tangan ala2 tujukan lagu tu kat aku. peh. ade gak peminat. rasa terharu tahap nak basahkan kasut ESD. tahu kaut ESD tu ape? ntah. aku pon tak tahu. tak pernah pulak nak amek tahu. memang teruk.

datang lagi satu suara sumbang. "Huda is the ******** of the month". cis. aku nak marah dengan kata2 tak berasas tu, tapi aku rasa baik aku aminkan je kate2 tu kan. yelah, mana lah tahu kan satu hari jadik kenyataan maka mak dan ayah aku gak yang bangge. muahahaha. ha, ape lagi? aminkan lah..haish..

seorang kakak bangga. dan dengan banggenye dia berkata:





"wah! Huda, nanti boleh la belanja akak coklat calibrator"





tiada lagi bunyi, mahupun sebarang suara.senyap. sunyi. cicak pun takut nak keluarkan bunyi.





"boleeeehhh..nanti saya korek2 besi yang karat2 kat bawah mydax tu kasi akak yer..banyak mana akak saya boeh bagi"
padah. obses dengan kerja. sinonim dengan aku. parah.

signature2
 
sampai ke petang zahir kakak tu tak berhenti menjerit-jerit.
 
terlepas cakap alamat pemes kat blog aku. nasib baik blog ni tak pemes.

1/22/2011

sensitip

7 COMMENT
ko nak diet ape? bukannye gemok mane pon

eh ko ni makin kurus lah

ko sekarang makin tegap kan..banyak makan ni

wei dak gemok tepi sikit

ko ni makin gemoklah











okay..esok pagi aku pergi jogging.
signature2

1/16/2011

Bercuti

4 COMMENT
wahai kawan2 The Qwin yang saya kasihi.

mari kita memilih:

Free Polls video poker machine Casin Artikel MECCA BINGO eucasino

dan undi untuk ini juga:

Casinoswiss WINNER CASINO online poll online bingo English Harbour

sila jawab degan ikhlas, maka saya boleh apply cuti sebaik mungkin. hahaha..
undian anda adalah rahsia.. selepas 18 hb, saya akan bongkarkan jawapannya.

yang bukan The Qwin, anda juga boleh memilih..nak ikut? errrrrr


jommmmmmmmmm



signature2

connected

2 COMMENT
internet cam haram
saya tak boleh buat kerja
saya tak dapat access semua benda
esok saya mesti dipersoalkan
"why?"
"can i answer as: I DON'T KNOW"
saya nak salahkan internet
tapi siapa yang sudi mendengar

adakah mereka buat kerja endah tak endah
melepaskan kentut di tangga
mereka lega, orang lain merana menghidu 
tahi transparent yang beterbangan diudara

tapi saya percaya mereka
tapi kadang-kadang mereka tak dapat nak dipercayai
tapi saya masih percaya mereka
tapi seolah2 mereka benci saya
saya tak dapat kawal semua perkara
tapi saya mampu kawal emosi saya
secara paksa
apabila berhadapan dengan mereka
mereka dimarahai, memulangkan rasa marah kepada saya
menunjukkan rasa benci mereka terhadap saya
bertahan

kerana satu





mereka juga manusia seperti saya


signature2

saya pun dimarahi yang lain
adakah mereka sedari?
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez