8/01/2011

dua hari satu cerita


Assalamualaikum WBT


lama gak tak jenguk blog aku sendiri. sibuk? ya. malas? ya. sibuk + malas = berhabuk. walaupun theory itu kelihatan tak bernas tapi berasas. tapi hari ni kurang sibuk dan agak rajin sebab aku cuti. haha. saje kan pilih 1 Ogos, 1 Ramadhan utk cuti.


sibuk ada banyak cabang. tapi datang dari satu akar iaitu sibuk hal dunia. kalau ikutkan peratusan sibuk tu, 60% datang dari tempat kerja, 30% datang dari futsal dan 20% datang dari diri sendiri. diri sendiri. ye. pura2 sibuk. rehatkan diri. kemas bilik dan cuci akuarium berkeladak sampai tak nampak isi tu pun kira sibuk la juga kan. hehe.


ha. sebut pasal futsal. aku rasa hampa. sehampa Malaysia kalah dengan Singapura baru2 ni. menonggeng. malu pun ada. hari Sabtu, 1st time seumur hidup aku sepak bola, kena skaki striker, masuk gol sendiri. malu besar la aku memang pengajaran seumur hidup. stupid mistake yang terang2an aku buat. dah la aku harap sangat aku perform betul2 game tu sebab itu last game sebelum masuk bulan Ramadhan. tapi aku sendiri yang hampakan diri sendiri dan orang lain. haiyoo. takpe. lesson learn. mungkin ada hikmah disebaliknya. huhhu..


hikmah. dapat tgk anak buah aku main netball. sampai2 kakak aku cakap: hari ni Syasya menang je. tak pernah kalah lagi ni.
pergh. sentap ulu hati aku yang baru lepas kalah sebab diri sendiri ni. huhhu. xpelah, aku kalah dia menang. kira okay la tu kan. sobs. *menyedapkan hati sendiri.





ni lah syasya dengan trophy nombor 2. kalah final. seri 7 sama 0-2 masa tambahan.


malam, makan kek. birthday Luqman. panjang mengalahkan aku. aku jalan berdua ngan dia mesti orang kata dia abang. huhhu~


Ahad.
pergi Wet World Shah Alam. tak delah best sangat tempat tu. tapi best sebab aku gi ramai2 dengan family. main gelongsor berkali2. gelongsor yang sama. sanggup turun gelngsor naik balik. bila rasa tak seronok, main panjat2 kat ape kenamenye ntah. agak bosan, beli pelampung. sanggup beratur panjang berkali2 semata2 nak main gelongsor yang konon terpanjang tu. main n mandi sampai lebam orang muda mudi macam aku kata.


dah penat. balik. on da way balik tu lalu federal highway. lalu depan mid valley, terus singgah. beratur beli tiket Captain America on da spot. nak tengok yang biasa dah habis, so beli 3D. 1st time jugak aku beli tiket 3D. tapi yang tak bestnya dok barisan ke4 dari depan. takpelah. ape leh buat. ni la dinamakan aktiviti tak dirancang. huhu. bagi aku ceritanya tak bape nak best, pastu ending nya kureng. kalau ada 5 bintang, aku bagi 3 je kot. tak best ah. hahaha.. tapi sebab aku tengok 3D, puas gak la. lagi2 part Roger baling shield tu tepat kat muka aku, termengelak la jugak badan penonton2. huhhu


dah la tuh. selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam seluruh dunia. semoga kita mendapat keberkatan dari amal ibadah yang kita kerjakan pada siang dan malam hari InsyaAllah.


signature2

1 COMMENT on "dua hari satu cerita"

aleen aiden on August 2, 2011 at 1:52 PM said...

dlm banyak2 aku tertarik dgn ayat yg ini

sibuk ada banyak cabang. tapi datang dari satu akar iaitu sibuk hal dunia


perghhh!

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez