3/18/2011

Saya budak masih belajar


hari ni aku cuti. hoyeah! cuti ganti bersempena dengan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia pada Piala Suzuki 2010 yang lepas. orang lain dah lama bercuti, aku baru dapat cuti hari ni. dah basi kot nama KFCM yang sedap hingga menjilat jari tu. tapi okelah tu kan dari tak cuti langsung.

masa cuti ni lah masa yang sesuai untuk aku amek kesempatan merayau2 cari barang yang aku rasa makin berkurang. contohnye seluar jeans. berkurang? ye lah. berkurang. aku dapat rasakan yang orang mula curiga hari2 aku pergi kerja pakai seluar yang sama. isnin seluar A. selasa seluar B. rabu seluar A. khamis seluar B. rotate woi jangan tak rotate. minggu depannya, isnin seluar B, selasa  seluar A. rotate lagi! sampai luntur aku tengok seluar aku tu. silap hari bulan mau koyak. dah la seluar aku tu asal2 aku beli memang ade scratch 2-3 line macam kene cakar kucing. kalo pakai seluar tu for sure kene tegor lah. tapi, ape gua kesah bro?

mula2 aku pergi JJ wngsa maju. renew card. dah 3 bulan asek pow kad orang depan sebab nak dapat diskaun punya pasal. memang dasar muka tak malu. tapi aku tak pedulik. give and take la. aku dapat diskaun, dia dapat point. memang bernas idea aku kan. tapi aku rasa muka aku makin hari makin nipis, tak baik untuk kesihatan, maka aku renew jugak lah JCard aku. 

aku beratur. budak baik ler katekan. orang depan aku ni lelaki cina datang ngan awek ke bini ke aku tak pasti. yang aku tahu lelaki tu ade subang kat telinga. haish geram plak rasa nak tarik2 je subang tu. menyampah aku tengok kalo lelaki pesen nak bertindik2 ni. berlapis2 pulak tuh. entah ape yang cool ke macho ke sikit pon aku tak rase. tapi tu lantak ko lah. ko cine bukan tahu ape hukum hakam Islam ni kan. 

orang yang jaga kaunter tu, dok promote credit card AEON kat cine tu. you pakai kad ni free tak ada yuran. lepas tu point you double tau. lagi banyak untung. cuba lah pakai. macam2 lagi lah ape ayat dia aku tak pernah cuba nak hafal la pulak. tapi malangnya lelaki cina tu tak berminat. masa ni lah otak aku ligat berfikir dan hati aku mula bertekad kot2 lah kan dia promot kat aku jugak, jangan terpedaya. aku tak mahu bende2 macam tu. membazir jer. 

sampai je giliran aku.. 

















nak renew card ye.. RM12 ye..nak kad design mane 1?

eh, dia tak promote kat aku pon? takpe2 buat tak tau je.

awak belajar lagi kan?

haah. nak design kad yang sama. 





hehehehe...lega..

terimalah 果てない空 (Endless Sky) dari abang2 hensem 嵐 (Arashi).
嵐 - 果てない空 嵐 Hatenai sora Arashi

Powered by mp3skull.com
signature2
Beauty gets the attention, Personality gets the heart.

3 COMMENT on "Saya budak masih belajar"

meo on March 18, 2011 at 11:29 PM said...

lmbtnye cuti... huhuhuhu :p

HUDA on March 19, 2011 at 12:15 AM said...

harap bersabar lah ye ^^

nanas said...

nmpk sgt ko kanak2 sekolah

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez