2/04/2011

aku suka


cuti. kadang2 buat aku tak keruan tapi lebih kepada: SERONOK. walaupun hanya sekadar duduk rumah. sorang2 meroyan tak buat apa2 kan. tapi. ntah. aku rasa best. jarang dapat masa terluang camni.

aku ni peminat fanatik novel tulisan Ramlee Awang Murshid. itu pun sejak diperkenalkan kawan aku masa sekolah menengah dulu. dia sarankan aku baca Mandatori. peh. 5 bintang aku kasi. jalan cerita dia menarik. bukan tu je, banyak la motivasi, ilmu2 bermanfaat yang dia share. kebanyakan cerita dalam novel yang dia baru terbit tu up-to-date la. aku ingat lagi masa tu Acheh dilanda tsunami, dia dah keluarkan novel berkaitan. hebat2. aku kagum dengan dia. kalau pergi kedai buku, memang novel dia aku cari dulu. sekarang ni lah masanya aku nak habeskan cerita baru dia - Rayyan Fantasi. 

hati kalo dah suka, kentut busuk pon boleh kate wangi kan. eh, ape aku merepek ni ntah. ooo..aku baru teringat sesuatu. aku suka baca komik gak. tapi mesti penulis/pelukis dia Zint. kalau orang lain punya hasil kerja, aku pikir 5-100 kali la nak beli. mintak maaf ye. tapi itulah hakikatnya. kadang2 ada gak orang cakap cerita dia tak best lah. lawak busuk lah. tapi ade aku kesah. macam aku cakap tadi, aku dah jatuh cinta dengan lawak2 bongek dia. hahahaha.

sejak aku masuk u, aku fanatik dengan cerita2 dari matahari terbit. aku suka sebab cerita dia tak lucah. pakaian gadis2 dia pon agak sopan la compare dengan cerita inggeris. cerita dia bermotivasi. ada moral la disebaliknye. hero pon macho. macam Takuya Kimura. terbaik lah. orang kate cerita Jepun pelik2, sebab tu perangai aku pelik. tapi apa gua kesah bro? yang penting aku suka. hahaha..sekarang ni baru nak tengok cerita Code Blue 2. padahal tahun lepas aku beli dvd tu. Liar Game final stage pon tak terusik lagi. huhhu

anime. pon suke gak. sampai kene ejek. orang panggil aku anime. haish. aku tak peduli. aku suka je. barang2 anime pon ade gak aa aku kumpul. tak banyak la tapi. bagi aku, ia tak memudaratkan. ye dak. bila ko suka apa yang aku tak suka, aku suka apa yang ko tak suka tu lah yang menyerikan hidup kita kan. balik2 kita suka bende yang sama, kadang2 tak berkembang sangat. lame2 jadi bosan agaknye. hahaha. nanti mula lah berebut.

kesimpulannya. aku suka hari cuti. tinggal 2 hari je lagi. )':
signature2
..tapi, janganlah paksa orang lain untuk suka apa yang kita suka..

5 COMMENT on "aku suka"

Azza Firza on February 4, 2011 at 3:14 PM said...

aku pun suka cuti, haaha

Ungu on February 4, 2011 at 4:16 PM said...

aku dah tahu ending rayyan fantasi.

macam celake tak kalau aku bagitau kau ending dia sekarang ni?
;D

ya, cerita jepun/ korea.
mereka punya cerita lebih unik dan seni.

omputih hanya banyak kiss kiss.
-suci, kan aku?-

HUDA on February 4, 2011 at 7:26 PM said...

azza; seppp!

ungu; cisdel ko. ala, aku pon sekali sekale selak2 page last. tak sabo weh nak tau ending. hahaha
suci nye ko..alololo..rase nak cium2 je..erks!

asip محمد on February 4, 2011 at 8:27 PM said...

ok.. takde komen lain.. cumanya "omputih hanya banyak kiss kiss" statement apakah ungu ini? kah3











p/s: hargai cuti yg ada.. :)

HUDA on February 4, 2011 at 8:44 PM said...

asip. gatai na..
okes sedang menghargai sebaik2nye. jgn jeles. hahahaha

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez