1/30/2011

degil


aku dah kate, sila jangan ganggu..korang degil. aku dapat beberapa miskol beserta mesej. aleh2 tengah malam baru aku dapat reply. lepas tu merajuk. padan muka malas nak layan. 

mintak maaf kat kawan2 sebab saya masih belum dapat mengatasi masalah sukar mencari jalan. saya akui saya perlu mendapatkan GPS dengan segera. saya juga telah berada di Kota Damansara pada jam 7 malam. apakan daya, untuk mencari lokasi kejadian amatlah sukar sehingga memakan masa selama 1 jam. haish

dan yang penting hari ni aku sangat seronok. weeeew!

sepanjang permainan, aku terasa agak sesak nafas. biasalah.. tak cukup stamina. 2 bulan sekali berlari, mana nak catch up. adeih. aku berharap sangat hari isnin malam nanti ada masa terluang. boleh aku join depa bersukan. aku jeles okeyh tak dapat ikut. huhhu. paling utama ialah, kaki cramp. berlagak. dah la tak warm up.. tak cooling down lak tuh. ah, persetankan.

kesahnye, aku main bersama kawan2 team sendiri sampai 9 malam. deorang semua bersiap2 nak tengok khurafat dan aku mengatakan tidak padanya. sebab aku kan anak dara yang sopan lagi berakhlak mulia. mana boleh balik lewat malam. haish. entah macam mana terdengar satu suara sorang jejaka yang tak berapa nak hensem dari court sebelah

"eh, korang nak main free tak? kitorang macam nak lagi 2-3 orang la"

siapa mereka? tak peduli. yay! aku dengan gembiranya berkata YA! mestilah nak wehuuuuuu. aku masuk court. penuh. macam dah cukup orang. tapi mungkin kalo main ramai2 lebih meriah kot?

kaki mula cramp. tak peduli. aku nak main juga. cramp lagi. tahan.tahan..tup lampu padam. ala..nak main lagi. hukhuk.

aku drive. sampai tol LDP, tukar driver. tak tahan wooo...cramp tahap tak rasa kaki dah ni. bahaya2..nasibbaik orang sebelah boleh bawak manual. huhhu. sampai rumah member, kononnye nak drive balik umah. thigh pulak cramp. aiseh. kesian dia kene jalan kaki. aku nak masuk rumah pon terseret2. haaha..
signature2
AKU ENJOY!
abang2, terima kasih kerana mempelawa. tak sempat tukar2 pesbuk kan. hahaha.. gatai!

3 COMMENT on "degil"

Akulah Aqilah Itu on January 30, 2011 at 12:12 PM said...

hahah. aku memang tak mampu ar nak buat apa2. stamina aku lagi rendah dari gajah.

Eisha on January 30, 2011 at 12:16 PM said...

laa..npe xsempat amek fesbuk dieorg?? *okgataigak*

huda on January 30, 2011 at 12:48 PM said...

qilah; okelah tuu..gajah punye stamina pon not bad what? hahahaha

k eisha; nak balik cepat. hohhoo.. laen kali ade jodoh boleh jumpe mereka kot? hahaahaha

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez