11/28/2010

Terjun, Tapi Tak Terjunam

8 COMMENT
Wehhuuuuuuuu~ weekend yang sangat letih tapi berbaloi2. ape yang berbaloi2 itu? hahaha.. kisah semalam tak mahu share kat sini. kisah hari ni boleh~

hari ni bangun awal (semalam tido sangat awal) konon2 nak kemas2 bilik sambil tengok one piece, tapi ade lah sorang hamba Allah ni call. 

"wei, ko datang sini maen futsal untuk team aku"

gila. bukan dekat sekelip mata boleh sampai. memang senget minah ni. aku pertimbangkan nak tolong ke tak, lalu aku pon setuju je lah. tak rugi kan. dari gombak pecut ke seri kembangan, sejam lepas tu aku sampai. phew~ baru kalah sekali ade harapan untuk menang nih. jangan risau, hero memang selalu sampai lambat..bahahahaha.. 

Dengan menggunakan segala skill yang ada pada diri aku nih, segalanya adalah tak mustahil. eh salah. bajet aku terer la ek? mentang2 maen futal on call dah berlagak syuh2!.

team yang aku tolong ni bukanlah tak terer. cuma mereka kurang skill. tapi bila mereka bergandingan, wah~ mereka juga lebih hebat dari team laen. itulah dinamakan kerjasama. syabas dan tahniah. wa caya sama u ols~

dan inilah hasilnya


Medal kedua untuk tahun ni. aper~!!! baru dua?! okelah tu dari xde :'(

 
tahniah kawan2. semoga menang lagi tahun depan (dan jangan lupa ajak saye maen sekali.. hihihihi)

oh ye. kepada wanita2 diluar sana yang berkelapangan dan ingin bermain futsal sekitar kuala lumpur, jangan segan silu menghubungi saya yer. kami kekurangan pemain terutamanya penjaga gol handalan seperti saye. hahahahahaktui. jika anda punya team dan masih amatur seperti kami, nak ajak friendly pon boleh...bubbye~
signature2

Doa Taubat

1 COMMENT
Assalamualaikum dan salam sejahtera. mari kita menghayati dan membasahkan bibir dengan doa ini. semoga doa kita diperkenankan. Amin.


ampunilah hamba, ya Allah
Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba, ya Allah
daripada segala dosa

tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
perkenankan taubatku dengan taubat nasuha

signature2

11/20/2010

tak tahu caranya untuk meminta

2 COMMENT
MAAF

aku selalu macam tak nak percaya kalau seseorang tu bagi alasan macam2 dalam satu masa tapi hakikatnya, itulah yang terjadi kat aku. tak tau macam mana nak mintak maaf kat orang yang kita dah janji yang kita akan datang, tapi ada pula aral datang melintang pukang. kalau ikutkan, aku antara orang yang bersemangat waja nak datang event tu. bukan senang kot nak uruskan sesuatu event. aku tak salahkan mereka kalau mereka marah aku. haih. aku punya 4 alasan dalam satu masa yang betul2 mengekang aku untuk datang. malu dah nak berdepan dengan deorang.. mesti lepas ni mereka tak percayakan aku lagi..

Aku rasa ini antara ujian yang berat untuk aku tanggung dalam satu masa dalam satu hari. harap ade hikmah disebaliknya.. -.-'
signature2

11/14/2010

konflik dalaman

3 COMMENT
murid2, dah besar nanti nak jadi ape?
 
cikgu!
jurutera!
doktor!
 
itu dulu, mase kecik2. sekarang dah besar. still tak tahu mane arah nak tuju. rupa2nye, cikgu ade banyak lagi cabang kene pikir. cikgu sekolah rendah ker, sekolah menengah? cikgu nak ajar subjek ape? jurutera pulak, elektrik ke, mekhanikal ke, awam ke, bioperubatan ke, kimia ker..oh sangat banyak cabang jurutera ni. doktor gigi, kulit, mata, perut, hati, jantung dan tak lupa, doctor love~ banyak..banyak..
 
ye, aku ade konflik sekarang. ape kerjaya yang sesuai ngan diri aku eks? aku ade masa kurang dari 2 bulan nak fikir. mane, dan siapa aku lepas 5, 10, 20 tahun akan datang?
 
"bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari"
 
alah, ramai yang pernah & biasa dengar. tapi topik kali ni lebih kepada dunia. mana aku nak pergi. ape kriteria yang aku nak pertimbangkan? mane kelebihan + kekurangan aku sendiri pon aku tak nampak. haiyooo.. sape boleh tolong jadi cermin untuk aku? huk!
signature2

11/11/2010

komunikasi berkesan

6 COMMENT
kebaisaannya sebagai orang yang bersukan, kalau dalam seminggu tak dapat berfutsal sekurang-kurangnya sekali memang rasa tak sedap badan. Selasa malam lepas kerja aku terkejar2 ke BP dekat ngan menara TM kat Bangsar - konvoi bersama pergi stadium XL Segambut. almaklumlah aku ni kalau jalan berseorangan tanpa bimbingan memang akan sesat. maka eksersais dalam kete tekan clutch habeskan minyak cari destinasi sambil memaki dan menyumpah seranah. isk.. dosa2..
 
sejak 2-3 menjak ni, asek ade friendly match tak habes2. walaupon team tak hot, tapi semangat kesukanan tu amatlah penting untuk memajukan industri sukan tanahair. sehebat2 keeper amatur macam aku ni, ade jugak lah bola 2-3 kali terlepas ke dalam gawang. biasalah, kalau tak merasa pahitnya, tak syok. pengalaman mengatasi segalanya. ye tak? aku bersungguh2 menjaga gawang gol sampai bunyi perut aku menyanyi amatlah nyaring kedengaran. kadang2 bunyi cengkerik kesakitan. kadang2 bunyi washing machine lama. untuk mendamaikan suasana huru hara dalam diri, tanpa melengahkan masa lepas je game kami terus terjah kedai mamak berjemaah.
 
"ane, nan cheese 3"
 
wokay..NAJIS tigaaa..
 
"hey2..NAN CHEESEEEEE .. sebut betul2.. NAN CHEESSSEE"
 
NAN-JIS
 
huh..memang nampak improvement tapi still kene betulkan sebutan tuh.
 
"roti arab 1"
 
aaa... ROTI HARAM..
 
"grr..tak mau yang haram.. nak roti ARAB''
 
tiada..tiada..roti HARAM tiada..
 
"dia nak roti ARAB lah.."
 
buddy waiter tadi datang bagi tahu yang roti arab memang takde.
 
payah jugak nak order bila ada masalah komunikasi ni. nasib baik NAN CHEESE yang datang tu takde salutan atau calitan NAN-JIS dan kami bayar InsyaAllah menggunakan wang dari sumber pendapatan bukanlah yang HARAM. aku ingin menasihatkan pekedai2 supaya mengajarkan pekerja mereka Bahasa Melayu atau sekurang2nya sebutan yang betul untuk menu2 makanan yang mereka hidangkan supaya tidak berlaku pertengkaran antara pelanggan dan pelayan.
 
sekian.
 
TAMMAT
 
signature2

11/06/2010

sabtu

8 COMMENT
Assalamualaikum wbt.
dah lame tak update blog menggunakan laptop sendiri sebab selalunya guna lappy company. erkk....

hari ni - penat berjalan bersama kengkawan. dari Midvalley - Sunway Pyramid - Subang Parade - Midvalley. masa ni lah kita patut mengaplikasikan pepatah jauh perjalanan luas pengalaman. walaupon aku sedang berpoya-poya, tetapi pemikiranku tetap terarah ke kilang. orang keje kialng ler katekan. pikir keje je aku neh. dah, stop cite pasal tuh. mari bersosial~

kami tengok wayang cerita Megamind. peh best gilerrrr~ aku tak kering gusi lagi2 perangai hampeh si Megamind tuh.  tak ada kelebihan laen selain melakukan kejahatan. - tapi ape yag dia buat selalu tak menjadi. best wooo..cubelah tonton yer.. lepas tuh, gi teman kengkawan shopping, dan yang penting aku ade gak la beli barang2 lagha, dan salah satu daripadanya ialah: 


memperkenalkan Mr Rubik 5x5. huh~ lame gak aku pikir nak beli ke tak. oleh kerana minat yang agak mendalam beserta pakej sikap boros semulajadi lahir dari diri yang lemah ini, akhirnya aku telah tewas dan membelinya. tak sangke plak Toys 'R' Us ade membership card discount eks. tetibe aku tengok hargenye kurang >30% dari harga asal. takpe2..itu rezeki namenye. jangan ditolak. hehehe

aku juge telah berjaya menggoda Nanah belikan aku something. hehe.. burok tol perangai..tapi takpe,aku tahu Nanah memang baik hati tadi. hidup untuk memberi kan Nanah. walaupon birthday aku dah lame berlalu, tapi aku tetap terima dengan hati yang girang. yay!


tu diaaa..lastik Usopp, stereng kapal - orang panggil ape eks? xpe tak penting. sebab yang penting kad Ronnoroa Zorro tu. aku agak teruja lah walaupon xde fungsi ape pon. hohoho.. tapi aku tetap teruja. muehehehe. Nanah, taun depan punye birthday bagi Tony Tony Chopper pulak eks ;) muah2
signature2

11/05/2010

wang bukan segalanya

4 COMMENT
aku keje bukan sebab duit. tipu. tapi ape yang aku nak tekankan sekarang ialah aku nak, akan buat bende yang aku suka jer. pulangan belakang cerita lah. walaupun kadang2 aku rasa keje tu tensen, penat, menyakitkan hati, tapi itu lumrah hidup. tak ada pekerjaan kat dunia ni perfect tanpa sebarang tekanan. asal orang tanya, dah keje? dah. tak susahkan orang betol tak.
 
bagi la cerita kat aku pasal jutawan sekelip mata tak payah belajar pandai2, tak payah buka kedai ke ape, aku tekad dalam hati aku takkan termakan pujuk rayu lagi aku bagi ko makian adelah. aku tak suke konsepnye. program macam tu seolah2 menindas orang bawah. orang bawah buat kerja kuat2 cari partner. lepas tu partner cari partner lain. partner lain cari partner lain. bagi aku bende tu macam - ko nak kaye, ko mesti beli produk ni. lepas tu dalam mase sebulan, ko mesti ajak kawan2 ko beli jugak sekurang2nya 4 orang. nanti ko bertambah kaye, kawan2 ko pon kaye. lahir jutawan baru yang tak ada education. lepas tu mula la nak kaitkan ngan bill gates. mase ni keluarla kate2 hikmah pakar2 motivasi pelusuk dunia. macam tahi. 3bulan pertama gaji ko 30k. next2 month tau2 salary ko accumulate. mane datang sumber duit tu pon aku tak tau.
 
lepas tu bawak kete mewah. pakai kot. pakai baju yang nampak macam mahal. bila berkumpul jerit2 "hebat!!". ape yang dia agung2kan pon aku tak tau. hidup ni sementara saje. tak payah kejar dunia sangat. baik kejar akhirat, nanti dua2 dapat. tu je lah. renung2kan dan selamat beramal. bubbyeee
signature2

11/03/2010

tak semudah A B C

2 COMMENT
marah geram bengang benci
 
semua ade sekarang ni. tak tau lah camner nak ekpressikan perasaan ni. nak bakar kelambu, takde.
still, aku memerlukan punching bag. tak terkejut la kalau blood pressure aku naek secara mendadak. rase nak keluar rumah tepat 12:44am 3 Nov 2010 jogging keliling USJ sampai pengsan. perasaan je lah ni. nak amek paku ketuk2 kat dinding, jiran2 tengah tido. nak jerit kuat2 pon tak boleh ni. tekanan. tekanan. tekanan. tertekan. tertekan. tertekan.
bengang. sampai tahap update blog berkali2.
 
rasa nak maki je luahkan semua yang terbuku kat hati ni, tak baik. last2 sendiri sakit. sakit hati.. grrrr.. buang masa aku jer. tak tahu nak kate ape. diperlekehkan. rupenye macam ni perasaan sang tunggul. tak benci manusia itu, tapi sifat itu. again, nak punching bag.  

schnook
 
nak nangis, tak Huda arr plak. kamon Huda. Huda kuat. Huda can do it. gambaruzou. gambarakanya.
 
- aku baru jumpa perkataan baru kat blog Mardotti, terus boleh applikasi. terima kasih.
 
signature2


11/02/2010

tandus

0 COMMENT
kelip-kelip disangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya
 
seronok aku ulang ayat ni sebab housemates aku tak pernah dengar. katenye kat radio abes je lagu Seribu Tahun Imran Ajmain tu, dj cut puisi ni. kasihan mereka. takpelah asalkan seumur hidup deorang pernah gak dengar aku sebut2 kan..hahahaha
 
..aku ketandusan idea..idea..idea..mari datang padaku..aku memerlukanmu..
signature2
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez