8/28/2010

Cinta ke, suka?

7 COMMENT
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita. 
Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.


so..cinta ke, suka?
signature2

susahnya nak buat pilihan

4 COMMENT
Assalamualaikum~ daku kembali lagi dalam rancangan - mari merambangkan mata. hades. ape nak jadi ngan aku ni tah. sema orang sibuk pilih baju raya, aku sibuk pilih broadband. untuk entry sengsara aku sebelum ni, aku wat keputusan secara drastik: membeli broadband prepaid Digi, mengurangkan bandwith Celcom dari 5GB ke 1 GB. woah, tak buleh tengok One Piece online ar pasneh.. sobs.. rindu kat Luffy chin.. gasakla.. walaupon ade feedback yang mencadangkan aku pakai Maxis, tapi aku tak jumpa booth Maxis. (ape punye alasan ntah ni) jadi aku rancang la dengan apa yang ade depan mata. hehe

lepas tu dah lega dan tekad dengan keputusan drastik tadi, aku jalan-jalan cari kasut. ehem, mintak maaf ye. walaupun semua orang sibuk cari kasut raya, aku sibuk cari kasut futsal. sengal gak aku ni kadang-kadang. ah, buat ape ikut orang kan. kehkehkeh.

aku jumpa macam-macam jenis kasut. kacak pulak tu. jom tengok gambar mereka:
Nike First Touch II FS
peh. yang ni paling menambat hatiku. tapi bila dah kotor, paling merawan hati

Nike Zoom T-5 FS
JOMA


Adidas Germany Samba Vulc II Soccer Shoes
yang ni ade versi Argentina. mesti Nanah nak jugak. haha


urghh..mane satu nak pilih ni. macam pilih laki plak.. erkss. abaikan.. kasut raya pon tak pikir lagi. eh, perlu ker? aku ni dah la takde cuti raya. raya pulak setahun sekali. aku pakai baju kurung pon dalam masa setahun boleh dikire berapa kali. macam membazir jer.. kalau beli kasut futsal, paling kurang pon ade gak seminggu sekali aku pakai. takde la terasa membazir kan? muehehehehe.. tapi kadang2 mesti terasa kan bile orang lain pakai lawa2, aku pakai compang camping..tak boleh jadik neh..aiyaaaakkkkk~ zzzz... tido lagi best. huh

signature2

8/23/2010

tolong, aku sengsara

6 COMMENT
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. harap semua sihat la hendakNya ye. saya ada satu persoalan yang menari2 dalam otak aku yang agak lembab ni.. harap2la bulan Ramadhan yang mulia ni IQ aku lebih baik..hehe..sebelum menyimpang jauh, kita kembali kepada kesengsaraan aku. oh ye, aku tergerak hati nak meluahkan perasaan ni sebab ade baca review dari Encik Wan di (http://www.azizwan.com/celcom-broadband-review-%e2%80%93-setelah-4-bulan-menggunakannya/)

kenapa ek, kawasan yang dinamakan 'mewah' tapi tak semewah namanya?

mewah, dari segi apa?

mari lihat:

ini dari Celcom. agak teruk di situ.


yang ini digi, boleh tahan la.. ade gak ijau2 nye kan


wow..maxis..hijau kesemuanya~ (boleh caye ker neh? adess.. daku tak mahu jadi tipah yang tertipu..huhu)


bagus..sungguh berterus terang dari P1. 

nampak gayenye, tempat mewah ini memang kurang mewah dengan coverage. aku skang pakai Celcom BB, patutla macam nak nangis sambil hempuk modem huawei kat dinding je bile online kat Subang. sape ade pengalaman pakai Maxis kat area ni? boleh bagi pendapatan tak? nak mintak request review Maxis broadband aa pulak..hehe..

*jangan ade plak yang suruh pakai Streamyx. memang kene sekeh ngan aku. hehehehe..babai..esok nak balik Subang, semingu tak online..sigh~
signature2

8/21/2010

ini kisah benar

6 COMMENT
Assalamualaikum semua.

aku nak share kisah benar yang terjadi kat diri aku ni. tapi aku rasa mesti korang kate aku tipu kan. tak.. aku tak tipu.. meh aku cerita. nanti korang nilai sendiri aku tipu ke tak yer..

aku jalan-jalan daki bukit. ramai-ramai dengan semua orang.. kawan2, family.. ade gak orang yang aku tak kenal. lepas tu, tetibe je ade seekor harimau mengejar dari belakang. semua orang bertempiaran berlari la. entah macam mana masing-masing berpecah dengan haluan sendiri. aku tengok harimau tu ade lagi kat belakang aku. cuak giler ni. taring panjang. mengaum2 ngan mata besar dia. aku teruskan berlari sambil berdoa supaya Allah selamatkan kami semua. tapi aku tak nampak orang lain dah. 

lepas tu aku nampak perigi macam dah usang. tapi aku tekad je la turun perigi tu. kadang2 aku pikir sengal gak kalau dia dapat terkam aku dari atas, same je kan. tapi tu je option yang aku ade. aku bergayut la kat tali perigi tu. pastu aku tgk harimau tadi dok tenung je aku kat mulut perigi. aiseh, sampai bile ni? taknak lepas kan aku ke?

aku berdoa kepada Allah SWT supaya harimau tu pergi. aku tak nampak seorang pon. aku fikir takde siapa pon yang boleh tolong aku lagi. dah nak terkucil2 menggeletar seluruh jiwa aku. lepas tu aku dengar bunyi air. ikan kot. bukan. apesal ikan ade bunyi libas2 pulak? tu amati betul2, buaya! 2 ekor pulak tu. rasa nak nangis, tapi nangis bukan dapat selesaikan segalanya. aku terus berdoa supaya aku selamat.

tetibe, ade 2 ekor tikus datang dari atas. sekor hitam, sekor putih. isk, macam drama kan cerita aku ni. tapi ni betul aku berani kerat kuku kalau korang kata aku tipu. tikus2 tu gigit tali yang aku tengah paut ni. aku dah bayangkan gigi buaya yang tajam tu. perut ia yang besar, ekor melibas2. aku hanya boleh pasrah. tapi..

tiba2 datang segerombolan lebah. lebah2 tu titiskan madu kat mulut aku. manis, sedap. aku rasa bahagia. aku rasa tenang. gembira, selesa. bleh pulak aku lupa pasal harimau, buaye ngan tikus tu kan. aku rasa macam nak selamanya lebah2 tu titiskan madu kat aku. nikmat tak terkata.

korang still cakap aku tipu ker? okelah, tukar. aku bagi nama untuk setiap haiwan tadi yer. harimau tu name dia Maut. dia sentiasa kejar aku walau ke mana aku berlari. dah la amsa aku lari tu, takde siapa pon yang boleh tolong. yang buaya tu, nama dia Munkar, yang satu lagi Nakir. tunggu je aku kat alam kubur. tali perigi tu la hayat aku. kalau panjang talinya, maka dekatlah aku dengan Munkar dan Nakir. lepas tu tikus putih namenye Siang. tikus hitam namenye Malam. kejenye dok kikis talian hayat aku. lebah yang bawak madu tu? tu la nikmat dunia. sampai lupa segala kan. dah tak ingat pon segala kesusahan tadi. berdoa bila tiba maut depan mata. nauzubillahiminzalik. aku tak mau jadi macam tu. 

aku tak tipu kan. semua orang sedang dikejar harimau sekarang. jadi, ingatlah Allah selalu disamping menikmati keindahan dan kemanisan madu itu. bak kata Imam Ghazali, orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat mati. babai.
signature2

8/13/2010

terima kasih kerana memahami dan menghormati

12 COMMENT
Khamis, 6.30 petang.

You nak pergi mana?
saya nak pergi sembahyang
lepas sembahyang you nak balik ke?
err..lame ke nak bincang?
takpelah. you pergi sembahyang dulu. sembahyang lagi penting kan?
haah. terima kasih.
 
eh, dah pukul 7. tak buka puasa ke? ke you nak minum air dulu?  
takpe..takpe..belum sampai masa lagi.
ooo.. 7.30 ke?
yup~ ^^
 
boss <=> aku
 
itu saja dari aku. tak mahu ulas panjang2~ babai~ Assalamualaikum..
 
signature2

8/10/2010

Tak bersyukur langsung

4 COMMENT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan especially encik Aidi ^^

mintak maaf la yer sebab saye tak dapat nak selalu bersosial kat internet neh. saye sangat sibuk sejak 2 3 menjak ni memandangkan dah mula masuk ke alam pekerjaan. cuma, mungkin ape yang aku nak sampaikan ni semua orang dah tahu. mungkin ade yang belum tahu. tapi aku harap, perkara ni boleh dijadikan sempadan la yer~

kisahnye ialah ada penduduk yang berwarganegara Malaysia tak tahu nak bersyukur dengan ape yang dia ada sekarang. yang dia tahu, kutuk. yang dia tahu, persoalkan apa yang negara sumbangkan kat dia. takkan la kurang maju dah dianggap hina. suke2 je nak hukum macam tu. tak pernah fikir ape sumbangan dia terhadap negara. eh, nape aku berpatriotik sangat ni? huhu. lantaklah.





aku tak tahulah ape yang dia nak sebenarnye. aku rase bukan dia sorang je yang dok kutuk2 negeri, negara dia sendiri. ade lagi sebab aku pernah baca kat sigg punya post. kawan2 dia yang komen pon bagi sokongan dan dorongan same2 kutuk. bukan nak nasihat.. kate 1 Malaysia. takkan 1 Malaysia sesame bangsa jer, tapi sesame negeri takde? 
tetibe aku bebel panjang pulak kan. mintak maaf yer. tapi aku harap, jangan la kutuk2 negara sendiri terang2an macam ni. kan dah pemes muka tu kat blog picisan ni. huhu

wallahualambissawab. sebelum mengundur diri, saya ingin memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa / perbuatan samada secara sengaja atau pun tidak. halalkan segala apa yang saya ambil samaada dari segi fizikal atau mental, dengan izin atau tak. *eh, ade ker ucapan puasa macam nih? huhu

itu saje, selamat menyambut Eid Mubarak. jangan ponteng2 yer. bubbye~




signature2

8/03/2010

padan muka kau

8 COMMENT
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua. oyeah~ akhirnya aku mampu berblogging kembali. bukan aku takde masa. masa yang diberikan untuk aku dan semua orang adalah sama, iaitu 24jam sehari, tapi masa untuk aku blogging adalah tidak sama dengan orang lain, malah terhad.

jadi kalau korang singgah blog aku yang tak seberapa neh, jangan lah terase kalau saye tak melawat korang balik yer. bukan sombong, tapi itu je lah alasan yang aku ade. padan muka aku, sape suh terima keje teruk2. huhuhu meh sini aku nak share satu cerite. 

kesahnye begini; ade seorang pelanggan menelefon sebuah kedai servis komputer. cenggini kot dialogye.

pekedai
pelanggan

hai encik. saye nak buat aduan ni. printer saye rosak lah~ boleh mintak tolong tak?

boleh saje.. ape masalahnye dik?

mouse ni tersangkutlah. macam mane yer?

mouse? biar betul dik? printer tak pakai mouse lah.. *pening2 lalat*

betulll.. saye tak tipu. kejap ye saye hantar MMS kat encik..

















hello..hello.. bang..dapat MMS saye tak? isk.. hello?

tuuut tuuut tuutt...

padan muka tikus tu tersepit. mesti nak berangan buat tatu kat badan kan.. hahaha. 

padan muka pelanggan ade tikus tersangkut kat printer. mesti banyak makanan dalam printer tu kan. tu lah, sepah2 lagi..

padan muka korang sebab bace entry busuk aku nih. hahahaha

babaiiiiii

signature2
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez