6/26/2010

Quote

18 COMMENT

Aim higher in case you fall shorter

because



aku nak masuk kategori hardcore, turun 20kg sebelum raya.

hahaahaha

ade sape yang nak sahut cabaran ini?


bwahahahaha. renung-renungkan dan selamat mengurus~ ^^

dan dutanya jatuh kepada

teng teng teng


hoyeah~~~~~
signature2

6/25/2010

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #7

4 COMMENT
Assalamualaikum dan salam sejahtera. okay i janji ini yang terakhir. risau pulak  nanti si Aleen flag blog aku. hahaha.

ade satu hari yang agak bosan, aku jalan-jalan sorang-sorang kat muzium. lepas tu salah satu muzium neh kalo nak masuk kene bayar. aku pon usha la, adult = RM4. alamak, aku ni bukan seorang yang berjiwa seni nak tengok mende-mende kat muzium neh. tapi alang-alang dah sampai kan, so aku pon tekad la untuk melihat-lihat.

mula-mula aku berpura-pura tanya Cina yang jage kaunter tu 

"nak masuk kene bayar ker?"

"haah, student RM1 jer. tengok itu fosil kat atas."

aku diam. aku pusing-pusing lobby berkira-kira nak masuk ke tak. takpelah apelah sangat RM4 kan. so aku pon keluarkanla 4 keping RM1.

"eh, student RM1 saja"

"err..saya takde student card" <- penipu besar aku neh. aku bukan student sah2 takde student card ^^

"takpa..takpa.. RM1 saja"

oh, aku sangat bersyukur. nasib baik aku masih berupa seperti student. aku check resit; bertulis

"Secondary School Student/
Children below 12 years:
RM1.00 per entry"

hihihihi~ tapi itu sudah melampau. aku bukan budak sekolah lagi.. sob sob. tak mengapalah. kejujuran hatimu itu ku maafkan kihkih. tu jerlah. nak upload gambar fossil tapi malas. bole kan~ bubbye..
signature2

6/24/2010

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #6

6 COMMENT
Assalamualaikum dan salam sejahtera. tak abes lagi cuti-cuti Malaysia Sarawak aku ni. ade sesiapa yang minat buga orkid tak? sebabnye kali ni aku nak tunjuk bunga orkid yang cantik-cantik kat Orchid Garden.

amaran: bunga-bunga ini mungkin lagi lawa dari gambar dibawah sebab aku hanya capture guna henpon berkamera 3.2Mpixel sahaja ^^ hehe. kepada peminat bunga orkid, please enjoy yourself~





























Aranda Bertha Braga

Aranda Ruby Mackenzie

Aranthera Anne Black

Mokara Chitti 'Gold'

Mokara Chitti 'Orange'

Mokara Lau Su Siong

Okara Five Friendship

Oncidium Golden Wish

Vanda Penang Currency

Vanda Poepoe 'Diana'

Vanda Siti Hasmah


signature2

6/23/2010

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #5

7 COMMENT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. mari kita jalan-jalan lagi. pagi ni kita ke Botanical Research Centre Semengoh untuk melihat hidupan liar iaitu Orang Utan ^^. 

ni kat entrance ye. parents daku ^^


menariknye ialah Orang Utan tu tidak dipagar. mereka dibiarkan bebas ke dalam hutan dan akan keluar bila tiba waktu makan. itu pun kalau anda bertuah, banyaklah Orang Utan yang akan keluar. Orang Utan ini sangat liar. kekuatan seekor orang utan bersamaan 10 kekuatan orang lelaki. hoh, sungguh metafora di situ. ia juga mampu mencederakan manusia jika menyerang.


betina ni namenye Delima. biasenye yang bawak anak kecik betina jer.



yang neh plak namenye Seduku. dia pon bawak anak kecik gak. tapi disebabkan aku guna henpon jer nak capture gambar, maka tak bape jelas la.  mintak maaf la ye~ huhu


okay, yang neh jantan. namenye Saddam. biasenye name2 orang utan ni diletakkan sempena peristiwa2 semasa yang berlaku kat dunia neh. tapi Delima ngan Seduku aku tak tau la pasal siapa.

ade banyak lagi orang utan, tapi masa aku datang yang ni je keluar. tak dapat tengok orang utan terbesar. namenye Richie. ade gak name komersial laen cam Annuar, Nora, Milah, apentah lagi. aku lupa da. hihi.


err..mane satu orang utan neh?





signature2

6/22/2010

FIFA.com - The matches of 2010 FIFA World Cup South Africa

0 COMMENT
FIFA.com - The matches of 2010 FIFA World Cup South Africa

malam ni ada 2 game berjalan serentak,

1: Mexico VS Uruguay dan France VS South Africa (2200).

2: Nigeria VS Korea Republic dan Greece VS Argentina (0230)

pasukan manakah yang anda mahu tonton? hihihi

* sebenarnye aku sedang mencuba Blog This! kat Google Chrome. macam ni rupenye bentuknye. simple, cuma tak dapat nak upload gambar macam biasa. huhu bye, Assalamualaikum ^^


signature2

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #4

0 COMMENT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. jom sambung perjalanan kita. hehe. kali ni kita ke rumah Orang Ulu atau "up-river dwellers". aku suka rumah ni sebab tiangnye cantik. hehe






corak lantai yang unik dan berlekuk2~


dalam video atas tu, kita sedang menghadap rumah tok penghulu. cara nak cam rumah tok penghulu ialah rumahnye bercorak. dan corak tu selalunya bermaksud. kebiasaannya rumah tok penghulu kat tengah2 la.



klik sekiranya anda suka membaca ^^




okay, jom kita pindah ke rumah orang Melanau pula. 

dari luar nampak macam 2 tingkat je kan. tapi kalau masuk dalam, sebenarnye 4 tingkat oh rumah neh. meh kite tengok dalam ek..



wah, mantop betul bilik tidurnye kan. yang sampan tu hiasan didinding jer.

cuba tengok tangganya. bayangkan kayu yang ditakik2. lepas tu tangga tu boleh muat seorang, maka ianya sehala. dah tu pulak curam. huhu. ade sket menyesal aku naik atas sebab dah tak boleh turun bila semua orang berduyun2 naik. terpaksa tunggu lama nak turun.


ha~ tinggi kan rumah orang Melanau neh. nampak tak tangga kat gambar kecik tu. biasanya rumah orang Melanau ni buat atas sungai, sebab tu rumahnya tinggi2. lepas sahaja pukul 6 petang, tangga tersebut akan ditarik ke atas atas sebab keselamatan. sesiapa yang pulang lewat, nasib dia la kene tidur bawah rumah. isk, menakutkan jer. huhu

jom tengok orang Melanau menari~




Penduduk Sarawak juga mempunyai masyarakat Melayu dan Cina. jadi rasenye semua orang dah biasa kan dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan Cina? jadi sampai sini sajelah yer~ bubbye..

signature2
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez