
5/31/2010
YOUTH '10 great!

5/27/2010
Jubah untuk ibu
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.
ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia" terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

5/24/2010
Kisah katak kecil
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. hari ini saya mahu bercerita tentang katak kecil.
pada suatu hari, ada segerombolan katak-katak kecil
sedang berlumba lari
tujuannya ialah untuk
mencapai puncak menara yang sangat tinggi.
penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.
perlumbaan bermula....
secara jujur,
tidak seekor pon yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.
"jalannya terlalu sukar!!"
"mereka tidak akan sampai ke puncak"
"menara itu terlalu tinggi untuk mereka capai"
satu per satu katak kecil mula jatuh.
kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan... semakin tinggi... dan semakin tinggi..
penonton terus bersorak
"terlalu sukar! tiada seekor pun akan berjaya!!"
lebih banyak lagi katak kecil berasa lelah dan menyerah
tapi ada seekor katak yang teguh mendaki
ia tidak mahu menyerah!
akhirnya, semua katak menyerah kalah. dan katak kecil tadi adalah satu-satunya katak yang terus mendaki dan tiba ke puncak dengan jayanya.
semua katak kecil tertanya-tanya; bagaimana ia mampu melakukannya?
tiada sebarang jawapan yang diberikan katak kecil itu kerana ternyata
katak itu memang PEKAK
----------------------------------------------
lebih banyak lagi katak kecil berasa lelah dan menyerah
tapi ada seekor katak yang teguh mendaki
ia tidak mahu menyerah!
akhirnya, semua katak menyerah kalah. dan katak kecil tadi adalah satu-satunya katak yang terus mendaki dan tiba ke puncak dengan jayanya.
semua katak kecil tertanya-tanya; bagaimana ia mampu melakukannya?
tiada sebarang jawapan yang diberikan katak kecil itu kerana ternyata
katak itu memang PEKAK
----------------------------------------------
pengajaran:
jangan terlalu mendengar kata-kata orang lain yang cenderung kepada kutukan atau kata-kata negatif terhadap cita-cita yang kita impikan kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpi dan cita-cita kamu lalu membunuhnya.
selalulah mendengar kata-kata semangat yang memotivasikan diri kita kerana segala yang kita baca, lihat dan dengar mampu mempengaruhi setiap perilaku.
dan selalulah berfikiran POSITIF
yang paling penting;
BUAT PEKAK APABILA SESEORANG MERENDAH-RENDAHKAN KAMU
I CAN DO THIS! AND I REALLY CAN DO THIS!
percayalah pada diri sendiri. renung2kan dan selamat menggapai cita-cita~
percayalah pada diri sendiri. renung2kan dan selamat menggapai cita-cita~
Memaafkan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagian orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat " musuh-musuhmu" bahagia. Wahai diri, ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah s.wt jua...
Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.
Firman Allah yang bermaksud :-
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"- Surah fussilat :34
Kini, hatiku tertanya-tanya lagi....siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? tuan? Tuhan? Aku hanya Hamba!!! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk berdendam??? Ya Allah...
diambil dari FB Jaja. dikongsi kembali di sini (o_o)v

5/22/2010
Antara anjing dan bukan mahrammu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. hari ni aku nak share satu kisah perbualan antara anjing ngan lembu (uiks, macam mane eks rupe mereka berbual? bace ajelah~ huhu. semoga ia menjadi pengajaran bersama)
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!"
ANJING : Kalau aku najis sekali pon , kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
##############################################
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Zumar: 9)
##############################################
Kesimpulan:
Lebih baik pegang anjing daripada pegang orang yang bukan mahram. sentuh anjing boleh disamak tapi sentuh orang bukan mahram. mandi wajib pun x leh nak menyucikan.
renung2kan dan selamat beribadah~
Subscribe to:
Posts (Atom)

















