3/28/2010

ade saje la yang tak kena!

23 COMMENT
setiap kali aku g interview atau ape2 saje yang berkaitan dengan recruitment untuk kerja, mesti ada perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku, terjadi kat aku. minggu ni je, ade satu kisah interview yang memalukan diri sendiri berlaku kat aku, tapi aku tak mao share kat sini walaupon orang selalu cakap sharing is caring ker, sharing is sexy ker, aku tak pedulik. aku sangat malu pada hari tuh! huh.

pagi tadi, aku ade exam kat INTECT UiTM. ni dikire sbg salah satu stage recruitment. semua persediaan aku dah buat. korek-korek rencana kat Utusan, slip exam dah print. pensel ade. pen cukup dakwat. pemadam walaupon bulat kecik dan comel, tapi berbaloi-baloi la nak padam kesan pensel. aku bangun agak awal stgh jam dari hari-hari biasa.

bila dah recruitment ni dibuat satu Malaysia, jalan nak masuk uitm jem tu perkara biasa la kan. aku park kete agak jauh la dari dewan. duduk jer dalam dewan, aku teringat aku takde IC. budus! wallet tinggal dalam kete!

aku berlari..berlari dan terus berlari. hilang kesopanan aku sebagai gadis ayu. dah la kain baju kurung aku tu menghadkan pemanjangan langkah kaki aku. ade masenye aku selak kain aku kasi UP sket. tu pn sebab jeling-jeling takde orang kat keliling.

aku masuk dewan, pengawas peperiksaan dah mula briefing pasal paper. aku kalut-kalut lorek no IC kat kertas OMR 2 keping. kire aku sorang je la yang panas dalam dewan. baru lepas eksersais la katekan. tibe-tibe aku rase pening-pening macam ade gempa bumi 10 skala ritcher kat Sumatera. ohooohoi!! kerusi aku goyang la pulak! aku bangun tukar sendiri kerusi tu. sampai aku tersepak-sepak la barang candidate laen yg letak kat atas lantai.

aku semakin tenang bila jawab EQ test. tiba-tiba, pengawas peperiksaan tanya aku, "mane slip untuk simpanan urusetia?" ehhhhh..ade ker? tak tau pon. ade satu ni jer - baca: slip untuk simpanan calon. (dalam masa yang sama otak aku ligat berfikir. rupenye kertas lagi satu yang aku print tu untuk urusetia! aku dah conteng-conteng save no plate kete abang ensem arituh!) bazir masa aku pikir pasal slip. tak pasal2 kene tulis nama kat slip baru. huh

soalan pengetahuan am sangat la senang. memang la sebab aku hentam kromo semate-mate. 80 soalan weyy bukan sikit. aku ni mane rajen bace paper. ape aku bace malam tadi, sepatah pon tak de. lantak la. bila masuk soalan math, aku jawab 20/40 soalan dengan tenang sampailah aku sedar tinggal 30 min masa untuk menjawab! ade 1 seksyen yang aku tak jawab lagi! nasib baek soalan English basic. kalo ade salah gak......... mengong, krem otak aku jawab soalan statistik tanpa kalkulator. pening-pening sampai 8x3 pon aku tak tau.

dah la tu. panjang sangat aku membebel. pengajaran untuk semua,


bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan atasilah ia sebaiknya. kita mampu merancang, dan Allah lah penentu segalanya.
myself

3/25/2010

hari ni aku sangat bertuah. rugi tak bawak roti masa drive. syabas Huda!

5 COMMENT
pagi ni bangun lewat dari kebiasaannye yang sememangnye lewat. sarapan pon tak sempat nak amek, terus drive g Kelana Jaya. 

sampai je Manjalara, dah mula gear 2.

masuk tol LDP. gear 2.

lepas je palang tol tertutup, kereta sebelum aku setakat 2 meter kat depan. betapa sesaknye jalan hari ni. gear 2.

perjalanan yg sepatutnye amek masa 20 min bertukar menjadi 1 jam 30 min.

sampai destinasi, park bawah pokok. jimat sebab tak perlu bayar parking.

tapi

bila mahu pulang, ade sepucuk surat cinta bawah wiper.

TAWARAN KOMPAUN KESALAHAN

sungguh terharu.

agak2 balik lewat stgh jam, kete dah tak bnyk lagi kot.

tapi

kali ni ni lagi hebat

dari Manjalara ke Gombak gear 1.

sakit kaki.
myself

3/21/2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

4 COMMENT
badan berbau? ketiak busuk? ops. mestilah tak, bukan. hehehe

lihat kalender anda. tandakan 17 April 2010 dengan aktiviti bersama Gatsby Deodorant Street Fair~! 


aktiviti? pastilah sangat menarik. ade ape? Sumo Wrestling (dalam air bag suits!), gladiator battles dan baaaanyak lagi, konon2 macam kita pergi fun-fair. huhhuuuu~ seronoknye.

Tarikh: 17 April 2010
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

kalau tak percaya boleh tengok website GATSBY MALAYSIA. macam-macam ada~ banyak hadiah untuk dimenangi! tak lupa jugak ade cabutan bertuah dan pelbagai gadget sehingga RM15,000 untuk dimiliki~!

jumpa kat sana ye kawan2!!!!
jangan lupa. kehadiran anda adalah wajib heheheheeeeew~
myself

3/17/2010

akulah Minah Igau Siang Malam

6 COMMENT
alhamdulillah. yuhooooooooo~ 


aku dah menang CONTEST!!! : If I Were A Millionaire yang Aduka anjurkan tuh~


kalau ade sesape terlepas, silalah baca entry aku ni ye~

terima kasih kepada para juri, dan semua yang mendoakan kejayaan aku.

gembira sebab 1st tym menang contest. yihaaaaaaa
myself

3/16/2010

selamat hari jadi Ibu

3 COMMENT
bonda yang tercinta
bagaimanakah dapat ku balasi
segala jasa yang tercurah
buat kami anak didikmu ini

pengorbananmu tiada tandingan
mendidik dan mengasuh kami
tanpa jemu dan bosan
penuh kesabaran

bonda
terima kasih atas segalanya
kerana kau telah mengenalkan kami
kepada Tuhan yang Maha Esa
kau tunjukkan jalan untuk ke sana
negara akhirat yang kekal abadi

betapa mulianya hatimu
betapa murni kasih sayangmu
dapat kurasakan bonda kasih mu kasih sejati
moga sentiasa Allah rahmati
moga sentiasa Allah redhai


myself

3/13/2010

Titiwangsa

3 COMMENT
hari-hari aku berlari. seorang diri. tertunduk-tunduk segan sambil mata jeling-jeling melihat keindahan lelaki-lelaki berkayak di Tasik Titiwangsa. bila menjelang Maghrib; oh, alangkah indahnya pabila sinaran mentari merah memancar celah-celah rimbunan pokok.

segan

orang lain lari paling kurang pun berdua. aku sorang-sorang jer. rasa nak grab sorang abang tough lari same-same ngan aku. ahah. sengal punye idea. padahal lari perlahan jer. abang lembut pon aku tak terkejar. pakcik-pakcik yang dah tua pun boleh pintas aku.

ini boleh menjatuhkan reputasi aku

sebagai penganggur tegar

aku

TAKKAN

berhenti

berlari

mengejar

cita-cita.


ape kaitan ngan titiwangsa? aku pun tak tahulah.
myself

3/05/2010

Share the World

3 COMMENT


kepada kipas-susah-mati anime one piece mesti tau lagu neh kan. lagu yang menarik + lirik yang bagus. huweee~ mari dengar~



I reach for the big sky
I believe in that one tomorrow (hey)
Come on, let’s go everybody
Oh we share the music
Come on, let’s go baby baby
Oh we share the one dream
Come on, let’s go everybody
Oh we share the good times
Come on, let’s go baby baby
Oh we share the one world
The confusing puzzles
     that are contained in the darkness,
Halting our view
     on our destination
(Umm) You and me, yes, feels
     the excitement this world brings
The way I feel the beat
     guiding me to walk on, oh yeah
Share the music, always
Share the one dream, that you believe
Share the good times, hand in hand
Share the one world now
No matter how many times
     I’ll continue to reach for that big sky
I hear the echo of
     “I believe in that one tomorrow"
yeah yeah…
Come on, let’s go everybody
Oh we share the music
Come on, let’s go baby baby
Oh we share the one world
Chasing onwards
     over the moebius ring
Looking forward
     to share our own ways of style
It starts to spread
     this unique flavor
My body, I feel so good
     to be free, oh yeah
Share the music, far and wide
Share the one dream, together
Share the good times, with laughter
Share the one world now
No matter how many times,
     I’ll continue to reach for that big sky
I hear the echo of
     “I believe in that one tomorrow",
Yeah yeah…

On the other side of the invisible wall
     you’re waiting for me
I’ll arrive soon,
     I believe to my one world,
Yeah yeah…

Come on, let’s go everybody,
     oh we share the music
Come on, let’s go baby baby,     
     oh we share the one world

myself

3/02/2010

Cerita Aku dan Dia

8 COMMENT

Aku duduk sendirian di tepi pantai. ku lihat kebanyakan pengunjung bersiar-siar serta berkelah bersama pasangan masing-masing. tidak kurang juga yang datang bersama keluarga dan sahabat handai. mataku terpaut pada seorang lelaki. penampilannya kemas. juga bersendirian seperti aku. aduh, kenapa mata ku ini tidak dapat lari dari menikmati keindahan raut wajahnya. padaku, dia sama seperti lelaki-lelaki lain. ada sesuatu keistimewaan padanya yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. berbadan tegap, berkulit sawo matang serta berambut panjang tetapi kemas. aku cuba memberikan semanis senyuman tatkala mata kami bertaut, tetapi dia hanya menjeling tajam kepadaku, lalu berlalu pergi. huh. aku hanya mampu mengeluh.

tidak sengaja aku berkenalan dengannya sewaktu mengikuti program sukarelawan sukan baru-baru ini. dengan memegang jawatan sebagai pegawai perhubungan untuk atlet negara Jepun, hubungan kami berdua semakin erat. walaupun program itu sudah lama berlalu, tetapi hubungan kami tidak terputus. kami selesa bersama. kami selalu berjumpa. jika rindu menggamit, telefon menjadi penawarnya. dia selalu menghiburkan hatiku. sehingga aku lupa apakah itu jemu. aku sangat suka padanya. adakah dia pun sama?

dia selalu memainkan lagu kegemaranku. oh ya, dia seorang yang mahir bermain piano. pintakan saja apa jenis lagu, pasti dia akan mainkan. dan aku selalu meminta dia mainkan lagu ini untukku.


aku akan berada disisinya, menyanyi bersama.


hari semakin berlalu. sayang aku padanya semakin menebal. dan aku tidak lagi dijeling tajam seperti kali pertama mata kami tertaut. bahkan dia turut menyayangi aku seperti mana aku menyayanginya. akhir-akhir ini, dia seolah-olah tidak mahu melepaskanku. katanya, apa saja yang terjadi, dia tetap mahu aku di sisinya. aku turut merasa begitu, tetapi aku tidak mampu. walaupun segala usaha ku lakukan, tetapi takdir itu pasti.

pantai yang indah. matahari memancar terik dilindungi oleh pokok kelapa yang tumbuh rendang. angin bertiup sayu, sesayu hatiku kini. ya, ia pantai yang sama. tetapi kali ini ceritanya berbeza. dia terlena disisku. aku merenung jauh ke wajahnya. maaf, aku terpaksa pergi.





hehe. akan bersambung. sebenarnye, cerita ni aku olah balik ape yang kawan aku, Liza tulis kat blog dia. kalo dia sambung cerita ni, maka aku akan olah lagi sambungan dia. hahaha. harap terhibur~
myself
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez