2/27/2010

kenyang

3 COMMENT
P
agi yang indah. aku bersiap2 untuk ke tasik titiwangsa. hari ni, tujuannya berbeza dari biasa. bukan untuk berlari, tetapi untuk menderma darah. oh ya, sebagai persiapan untuk menderma darah, kita harus tidur secukupnya; iaitu sekurang2nya 6 jam. tak lupa juga sebelum menderma kita hendaklah makan sekenyangnya. yay~ maka aku mulakan hari aku dengan sebungkus nasi lemak.

sampai saja di kaunter pendaftaran, aku menjalankan prosedur biasa untuk menderma. isi borang, timbang berat dan memeriksa tahap ketumpatan darah. aku telah gagal di situ. -> ketumpatan darah rendah. walaupon berat aku turun 2 kg, namun huh! sungguh kuciwa tak dapat menderma.

bersama perasaan kuciwa itu, aku pulang ke rumah lantas membuka peti ais. ku korek aiskrim mat kool perisa vanila ber lava coklat satu mangkuk besar. makan sepuasnya. kuciwa ku tak hilang lagi. aku tambah lagi semangkuk besar. lantas ada suara garau berpesan

huda, ko makan aiskerim dua mangkuk tu, sama jer ko makan nasik sepinggan. baek makan nasik!

baiklah. aku tak jadi sambung mangkuk yang ke3. aku bersiap2 diri ke S Alam. ade jamuan makan di sana

di S Alam, aku telah menyebat
  1. sepinggan nasi ayam
  2. TIGA jenis kek : cheese beralmond, coklat cheese, lagi satu aku tak ingat. tapi ada unsur coklat.
  3. sepinggan rojak
  4. beberapa batang satay ayam dan daging
  5. sepinggan roti jala
  6. jajan -> keropok goreng, biskut bantal, gula2
  7. buahan -> jambu batu + pisang
  8. op kos air sirap dan air oren. <- baca: unsur gula didalamnya.


burrrp! ops..mintak maaf~ Alhamdulillah. sudah kenyang, sila pulang ke pangkal jalan Gombak.

di Gombak, cucu2 ibu dan ayah aku datang melawat.
Huda, pergi bawak budak 2 orang ni makan kepsi. jangan lupa bawak balik ayam spicy utk kitorang~
okes! lets go babeh. alkisahnya, bila kanak2 tak abes makan, maka orang yang lebih tua harus menghabiskannye. dan aku adalah orang yang paling tua antara mereka berdua. sekali lagi ayam goreng kepsi perasa original masuk kedalam perut melaui mulut dan esofagus aku.

balik rumah, tatkala semua orang menjamah dengan rakusnya ayam spicy itu, aku terjamah seketul lagi. oh, tidak~!!!!

pengajaran untuk hari ini

BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG

dan hari isnin, aku WAJIB berlari di tasik titiwangsa dengan lebih banyak lap daripada biasa! 
yosh! berusaha Huda!
myself

2/26/2010

Random from 2009

8 COMMENT



budak2 kelas 4 SEP 2009. eh, nama kelas aku ni macam tarikh 4 September plak kan. yang tengah2 tu, yang comel2 pakai blazer tu, lecturer kitorang. sepatutnya masa ni ialah kelas Tomography, tapi dah jadi sesi bergambar pulak sebab lecturer tu lambat sampai.




ini plak masa olympic day run yang ditaja oleh McDonald. boleh gila aku berlari 7km. okeyhlah tu walaupon aku tak setanding mereka, sekurang2nya aku dapat sijil.

wah, memanah kat danga city mall. dah lama tak pegang bow. kawan2, bila nak memanah lagi?

 
lepas memanah, kita main pool. gaya jer lebih. bila shoot entah mane2 pergi.

Jacobs Walk of Life. wahhaha~tinggi betul badut tu kan. sila lah minum susu untuk pembesaran tulang. hohoho. masa ni kat Taman Metropolitan Kepong. bila Jacobs nak anjurkan program ni lagi eks. huwee~

lepas kenduri kawen, kita singgah di Tasik Biru. betul ker aa name tasik ni tasik biru? teruk betul aku ni. isk2. lupa lah.

ni masa Malam Pra Graduan kat The Zone. lihatlah betapa bulatnye muka aku. mata aku pon sangat kecik. takper Huda! berusaha ke BMI yang unggul~ yeahaaaa






sebenarnya aku tengah cuba2 buat image blurr effect yang aku jumpa kat blog ni, tapi tak jadi plak. sedey~ mane silapnye entah.
myself

2/25/2010

mari bernasyid

0 COMMENT
yea..aku tak menipu di sini okay~ nasyid ni ustazah aku ajar masa kitorang darjah 6. tapi tak pernah lah dengar lagu ni kat radio pulak.. (dah asek buka fly fm, hot fm, mana nak dengar lagu cenggini Huda ooooi~)
okeyh, lets cekidout + menghayatinya.




WAHAI PUTERI

wahai puteri lihat nun di sana
Islam mu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu
tertunggu-tunggu mujahid baru

kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi rijaludin sejati
wahai puteri khidmatmu dinanti

ummah derita engkau pengubatnya
kelembutanmu penawar sengsara
engkau penyeri Islam dan tamannya
tanganmu bakal menggoncang dunia

namun lihat puteri ilmu perlu dicari
buat bekalan masa depan mu nanti
pembimbing diri dari taghut dibenci
tuntutlah seikhlas hati

wahai puteri kau muslimah sejati
teguhkan iman taqwa mu dihati
taqarubillah takhta peribadi
amalmu menjadi bukti

sabarmu dikagumi pasrah pada Ilahi
redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati
usah ditangisi takdir yang sudah pasti
pengorbananmu kan di sanjungi

puteri solehah mujahidah ansarullah
berbekal iman taqwa sabar dan redha
berilmu beramal berkhidmad berjuang
berkorban agar Islam kan gemilang

bersama puteri Islam takkan sepi
subur disirami harum mewangi
wahai puteri kau muslimah sejati



amacam.. pernah dengar tak? kalu tak pernah dengar, boleh request untuk aku nyanyikan.

takde sape nak dengar... takpelah..huwaaaaaaaaaa


myself

2/23/2010

asek Jepun jer, Korea pulak eks

5 COMMENT
berdasarkan tajuk, aku tetiba minat kat satu lagu Korea ni, tajuknya Into The New World - SNSD
mari tonton video klip

2/22/2010

Mari menonton drama

8 COMMENT
baiklah kawan2 terutamanya Ayat, aku mahu share satu cerita menarik. tajuknya: Code Blue: Doctor Heli Kinkyu Kyumei. cerita ni dah lama ditayangkan. kisah beberapa orang doktor pelatih di sebuah hopital. hospital ni menggunakan helikopter sebagai pengangkutan utama untuk kes kecemasan. dan salah sorang doktor pelatih yang dapat naik heli itu ialah Aizawa Kosaku (Yamashita Tomohisa). YamaP chan~ aku suka dia. bila dia nak suka aku ni. oh ya, boleh baca kisah selanjutya kat Jdorama. hehe


oke, gambar ni aku amek kat My Soju. tapi sayang ceritanya broken daaa~


aku cerita ni sebab ada Code Blue Season 2. hehe. biasalah, kene tunggu harga jatuh baru boleh beli DVD nye. nak download, internet ku sangat lembab~ mari layankan lagu tema, Hanabi oleh Mr Children.





What value left is there
in this world I live in?
I start thinking its all meaningless
or maybe I’m just tired?

In exchange for something I got
I gave up a number of precious things
but it’s not such a peaceful world
that I can lament each and every one.

What kind of dreams should I envision?
What kind of hopes should I take with me as I go forward?
These seemingly impossible to answer questions
get buried in my day to day life.

If you were here I wonder what you would say.
You’d probably say I was being “gloomy” and have a laugh.
I just wish I could see your gentle smile to blow away my melancholy.

Even if it’s a light like fireworks
that can never be caught
one more time, one more time, one more time, one more time
I want to reach out for it.

We all carry sadness with us
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?

I get choked up on the words ’cause I think too much
I hate how clumsy I am
Yet oddly enough, I hate more how skillfully I can pretend.

Whether we spend the years laughing or crying

time passes the same for all
the future is calling to us
are you, now, hearing it too?

Even though we knew from the start
that we’d eventually have to say goodbye
one more time, one more time, one more time, one more time
and as many times as I can I hope to see you again.

I never imagined that simply meeting you
could make the world seem so beautiful
would you laugh at me for being simple minded?
I want to say “thank you” to you from my heart.

I wish my heart flowed fast and smooth like water

so that it would not settle in one place.
for all those times when I need to see you
for those times when I’ll miss you so
one more time, one more time, one more time, one more time
I want to burn your memory deep in me.

We all have our problems
but we hope for a better tomorrow
I wonder to what extent we can love a world
gripped by fear, thrown into unrest?

One more time, one more time,
one more time, one more time…
 


myself

2/16/2010

aku menang ISI DAN MENANG FUEL SAVE SHELL!!!!

26 COMMENT
"Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailaihin nusyur"
inilah doa bangun tidur yang aku amalkan setiap hari. aku mula melakukan rutin harianku sebagai penganggur tegar; kemas bilik, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, basuh, sidai dan lipat pakaian. sarapan pagi dan melayari internet.


seorang lelaki bekerjaya sebagai seorang posmen membunyikan hon berkali2 di pintu rumahku. kelam kabut aku sarung tudung dan membuka kunci rumah.


"Cik Huda ade?"
"Ada" aku lah Huda. hehe.
"sila sain kat sini ye"
wah, first time aku dapat surat berdaftar. dari Shell.


aku membuka sampul itu dengan berhati-hati walaupun aku terasa begitu berkobar-kobar ingin mengetahui isi surat itu. surat tawaran kerjakah?


"TAHNIAH! Anda baru sahaja memenangi hadiah utama ISI DAN MENANG FUEL SAVE SHELL RM1000 000"


HAH! SATU JUTA TU! SATU JUTA!!!!!!!


aku cubit pipi berkali2. aku tumbuk dinding rumah sekuat hati aku. aku tinggikan aras suara tv kuat-kuat. aku jerit sekuat hati.


"hei, kenape ni?" mak aku, sangat risau melihat keadaan aku.
"baca ni. ini bukan spam. ini betul punya!!! terima kasih SHELL!!!"
alhamdulillah!! murah rezeki aku.


=====================================================


kini aku punya RM1juta disimpan dalam bank *********.



aku melangsaikan pinjaman bank untuk kereta Waja Campro dan kereta Kelisa, dan sebuah rumah di Damansara ahli keluarga aku.

aku turut melangsaikan hutang PTPTN yang selalu disebut pi-pti-pi-ti-pu untuk abang aku.

bukan berbangga atau berlagak, tapi aku mahu meringankan beban mereka. dan aku tidak mahu mereka bayar bunga bank bank yang banyak. dan aku juga tidak mahu mereka membayar aku semula, aku tak kisah. aku dapat duit ni pun, percuma. aku bahagia melihat mereka tidur malam sambil tersenyum.


aku mulakan perancangan. aku beli saham Kinokuniya sebanyak RM10 000 dan aku melabur di ASB sebanyak RM10 000.


dulu, aku, abang dan adik punya angan-angan besar, untuk membuka sebuah gelanggang futsal. aku harap, inilah peluangnya. kami mula merangka dan merancang pelan, kedudukan, keluasan kawasan, berapa buah gelanggang dan jenis lantai yang kami mahukan. aku anggar kira-kira memakan modal sebanyak RM100 000. kami mula bekerja keras. ibu dan ayah turut membantu dan menyokong pekerjaan kami. aku menghantar adikku berkursus, serba sedikit dia tahu bagaimana mahu menguruskan perniagaan.

aku mencadangkan kakak berhenti bekerja. aku harap dia dapat mencapai cita-citanya membuka perniagaan sendiri. aku membantu dari segi modal. bagi aku, harta tidak boleh di bawa bersama ke kubur. berkongsi tidak merugikan aku. biar rugi sedikit untuk keuntungan yang berlipat kelak.

ayah, punya cita-cita membuka perniagaan ikan keli. bukan ayah tak mampu, tapi ayah tak punya masa. aku membayar dua orang pekerja warga Indonesia untuk menjaga ikan-ikan keli kami di kebun milik ayah di Batang Kali. di situ kami boleh mengepam air dari anak sungai yang mengalir tenang. walaupun kami ada sedikit percanggahan pendapat - ayah suka melakukan kerja tersebut sendiri, tapi aku berjaya memujuk beliau untuk membayar warga Indonesia tersebut dan ayah juga boleh pantau kerja mereka setiap minggu memandangkan ayah seorang yang rajin berkebun.

kini aku bahagia. aku berjaya memanfaatkan harta sebaik mungkin. aku gembira melihat senyuman di wajah tua ibu dan ayah. begitu juga adik beradikku. aku masih tidak lupa diri. ibu selalu nasihatkan kami untuk mengeluarkan zakat harta. zakat adalah salah satu cara kita membersihkan jiwa selain membantu golongan yang memerlukan.


=====================================================


aku harap anda terhibur dengan angan-angan jenin aku. bukan aku harap duit satu juta jatuh terjelepuk ke riba, tapi aku sedang menyertai satu peraduan yang di anjurkan oleh Aduka di 




jangan marah ye pembaca sekalian. kalau anda juga kuat berangan seperti aku, bolehlah sertainya sebelum 4 MAC 2010. aku harap aku menang Fuel Save Shell dan peraduan ini. Amin.
myself

don't judge a book by its cover

11 COMMENT
aku ni bukan pencerita yang baik sebab aku slalu tak ingat nama watak. tq


aku tengok trailer sangat gempak. macam2 grafik yang menarik. tapi....

2/12/2010

nak tengok cerita ini 最後の約束 (Saigo no Yakusoku)

11 COMMENT
aku bosan lah. dolu2 before abes degree, ingat nak sambung belajar. tapi ayah aku tak bagi. sbb dia suh aku cari keje. dah tu sampai skarang aku dok cari keje. kenapelah orang tak mo terima aku keje? sebab aku ni budak skolar JPA ker? aku rasa banyak sangat company "gerun" bila nak hire budak2 yang ade skolar JPA. nak kate mantap, boleh la. hahaha. adoi, gomen tak pnggil kitorang keje pon. ni dah dekat setahun aku tanam anggur tak naik2. aleh2 beli anggur kat pasaraya Giant jer. mak aku kate, ade anak kawan dia tu, menganggur 3 tahun , baru gomen panggil keje. aku dok pk, takkan aku pon nak kene menganggur 3 tahun jugak itu pon kalo 3 tahun. kalo dibuatnye 10 tahun, tak naya? orang laen dah ade working exp mantap2, aku terkontang kanting kat cni sorang2.

haaa, Saigo no Yakusoku dibintangi oleh semua ahli kumpulan ARASHI. wah. aku sangat suka ARASHI. bila la mereka nak suka aku kan. hohohoho
tak silap aku, cerita pasal bangunan kene hijack. so deorang (ARASHI) ade dalam bangunan tu. tak taw la camner deorang escape dari situ.
oh! KACAK. gambar ni aku curi kat pakcik Google

dah la..aku bengang. rasa nak jogging lah. oh ya, sape2 rasa dah matang, UMO 18 TAHUN KE ATAS JE OKE, leh aa bukak blog ini, tak perlu susah2 buka redtube. daaa
myself

2/11/2010

selalu dengar orang mengeluh banyak kerja, nah aku plak mengeluh takde kerja

9 COMMENT


way of life – V6
 
Before I even realized, time had passed
I was just wandering around aimlessly alone
 
Light shines through a gap in the clouds
I hold out my palms to the days that are being shone upon
 
It’s a way of life
I only walked forward
To be able to escape the grey colored days
Hesitation and doubt
I will accept anything that comes my way
 
I stop and stand at the path that leads away
Looking back over yesterday again
Sheltering my swaying heart
Chased after, chasing after
There is a future I want to protect
I am walking along believing in today
 
Memories of my youth are resurrected
Even if I follow them, I won’t be going anywhere
I want to express these feelings now as I am, as my heart is
My screaming voice dries up
 
I stop and stand at the path that leads away
There are sentiments I can’t express, see
If we could only share them someday
Sheltering my swaying heart
Chased after, chasing after
There is a future I want to protect
I am walking along like this again today
 
I am walking along believing in today too

myself

Dare to dream.Dare to rise.Dare to be the ever chosen 1 to touch the sky.Dare to reach.Dare to rise.Find the strength to set my spirit free.

0 COMMENT
BOSAN
 BOSAN
 DAN BOSAN
current state. nak buat ape2 semua jadi malas.
rutin aku setiap hari:

kemas rumah
berkebun (bonus)
jogging
makan
surf internet
baca novel
tengok dvd
makan lagi
tengok tv
jogging lagi
makan lagi
tido
bila bangun dari tido, perkara yang sama berulang.
BOSAN kan

jom la tengok majalah futsalasia. tengok muka member2 team aku, Funky Girls kat Johor dulu. muka aku menang game kat Batu Pahat dengan hanya 1 bolos, yelah aku kan keeper. wahahahaha..bangge2..
tapi itu dulu la.
haih
myself

2/08/2010

kesian kat kasut futsal aku..terperuk je dalam almari..sape ade team perlukan keeper? aku boleh-dikatakan-terer-gak aaaaaa..muahahahahahahahaa

2 COMMENT
selama ni aku tengok orang dok tulis pasal keyword untuk blog masing2, macam2 jenis. tapi aku tak pernah pulak tergerak nak check keyword blog aku melainkan hari ni. mmg gatal nak tengok, mane la taw kan ade perkara menarik yang orang dok carik. jom tengok.

top blog

okeyh kita mula dari atas.

gaji cikgu ganti. yang ni relevant sebab aku memang pernah jadi guru ganti sebelum ni. so kalau nak tau berapa gaji guru ganti, depends la kat qualification kita. contohnya aku lepasan degree, maka gaji aku RM 82.68 sehari. ceyhh sen2 pon nak berkira kan. haha.. okeyla tu dari tak ader. imbuhan rm 13 sehari bekerja. sekurang2nya kita kene bekerja selama 28 hari, baru gaji dibayar. oke? yang laen2 leh tanya sendiri kat PPD negeri masing2 ye~

kenal tulisan, hikmah sabar n pakai sandal jer. oke, aku mmg ade buat entry pasal tulisan2 ni. cuma hikmah sabar tu, aku rasa mesti pembaca bengang kan sebab tajuk dan isi cerita tak sama. hehehe. tapi, ape ade dengan pakai sandal jer? *wondering*

krim terbaik untuk buang lemak. WOW! gelak guling2. bwahahahahahahaha. aku tak pernah pakai krim buang lemak. aku ni hari2 makan ais krim dan menternak lemak ade lah. adoi, lawak plus kelakar la. kalo aku ade krim terbaik buang lemak tu, tentu sekarang body aku slim macam Rozita Che Wan ker, Fasha Sanda ker, Liyana Jasmay ker. tak payah la susah2 plus penat2 tiap2 petang aku g jogging n tiap2 ujung minggu aku berkebun kan. kalo dipicit perut aku ni, agaknye boleh dapat 2-3 ketul cheeseburger tak? hahahaa

budak smk dato dol said kene rogol.. oo tak tau pulak aku. dan aku tak peduli. entah betul entah fitnah. kesian kat sekolah tu. isk2.

dah la..panjang pulak merepek. esok pagi mau jog lagi. tak payah susah2 cari krim pecah lemak. jimat!!! tajuk entry tu, haih. rindu ar....aku nak kerja...... hire me please. engineer...
myself

kebunku tak seindah cerita zaman kanak-kanak dulu

2 COMMENT
subuh hari di hari minggu, tatkala manusia sedang nyenyak dibuai mimpi dan merehatkan diri, aku bangkit untuk mandi dan solat menyerahkan diri kepada Allah SWT. selesai itu, aku menyarungkan sepasang baju lusuh dan sehelai tudung. aku turut mengemaskan sepasang baju persalinan nanti.
jam tujuh pagi aku, ibu dan ayah keluar rumah. mencari rezeki yang halal di atas muka bumi. kami tiba di sebuah hutan, ku kira masih terdapat lagi kesegarannya. kedengaran bunyi air mengalir tenang dari anak sungai yang jernih. serangga2 menyanyi girang, lebih girang sekumpulan nyamuk mengesan manusia berdarah manis menjejakkan kaki disitu. lantas aku mengambil inisiatif menyapu losen penghalang nyamuk, tetapi ah, masih tidak berkesan. sekejap sahaja jari tanganku membengkak digigit sang nyamuk liar yang dahaga.
aku mula mengasah sebilah parang manakala ayahku sibuk menyiapkan peralatan lain yang perlu dibawa bersama. peta, tali pita, bearing dan sebilah parang. ibu tinggal keseorangan di bawah sepohon pokok limau kasturi, aku dan ayah pergi masuk bekerja. kami mula menebas semak samun dan pokok-pokok hutan. peluh memercik membasahi tubuh. kelihatan tapak kaki babi bersepah-sepah di permukaan pasir serta kesan rodokannya di busut2 kecil dan pokok2 hutan. sedikit demi sedikit kawasan itu mulai terang. aku membantu ayah menyukat kawasan berpandukan sekeping peta tadi.
nyamuk semakin banyak menghurung. aku membakar sepapan kotak telur dan biarkannya berasap; sebagai penghalau nyamuk. aku juga menyembur Ridsect ke seluruh badan. kami teruskan kerja menebas, sehingga jam 1 tengahari. badan semakin panas, tekak semakin dahaga berikutan cuaca yang panas terik. aku menyerah kalah. keluar berehat dibawah pokok limau bersama ibu. aku tertidur.
jam 2 tengahari aku mula menyambung kerja. sehingga jam 4 petang, tanah seluas satu ekar belum habis dibersihkan. kami mula bersiap untuk pulang, membersihkan diri dan solat Zohor.

"macam ni lah kerja berkebun. hari2 sebelum subuh patutnya dah ada kat sini buat kerja. tak panas, badan tak letih"

aku terfikir, kerja begini, tak nampak hasilnya sekarang. kais pagi, makan petang belum tentu dapat. kerja nak kene konsisten, kalu tak, pagi tebas, petang tu semak tumbuh balik. badan pun sihat sebab peluh banyak keluar. tapi kerja sangat teruk dan tapi inilah kehidupan. walau ape pon, aku puas buat kerja tu kelmarin.

perjuangan takkan dicapai dengan mudah tanpa usaha yang gigih.
myself

2/02/2010

[Khas] Blogger We Care – adik Ammar

0 COMMENT
Salam sejahtera semua.
Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!
Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.

sedikit tentang PDA -> Patent Ductus Arterious
- berlaku kepada sesetengah bayi sebaik selepas kelahiran.
- peredaran darah yang tak normal.
- sebelum dilahirkan, jantung kita terdapat 2 major arteri; aorta dan pulmonary artery yang disambungkan oleh pembuluh darah bernama ductus arterious (bahagian asas untuk peredaran darah fetal).
- selepas beberapa minit atau hampir kepada beberapa hari, salur darah itu sepatutnya tertutup kerana ia adalah sebahagian daripada perubahan yang normal untuk bayi.
- bagi sesetengah bayi yang mana ductus arteriousnya masih terbuka (patent) telah menyebabkan darah beroksigen dan darah tak-beroksigen bercampur.
- boleh menyebabkan tekanan pada jantung -> menaikkan tekanan darah

itu sahaja, saya tak tahu sgt sebab saya bukan medical doc. terima kaseh~
myself

selamat berpisah kawan2. I heart all of u~!!

3 COMMENT
tak taw nak cite ape. yang penting, aku seronok bila lepak ngan korang. walaupon korang suka buli aku, aku redha jer la memandangkan aku ni seorang yang baik lagi sopan santun. hehehe. apepon, lepas ni aku harap korang tak lupakan aku + kenangan2 kite bersama. penat aku mandrem korang hari2. hahaha ini tipu. insyaAllah panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi~





semua kecuali sorang jer tak datang


IC Design Group -> 2 dari kanan sampai 5 dari kanan = pembuli tegar.

hottie~

budak2 ES1 yang membaca, sila dengar dan hayati lagu ini sampai abes keyh~



Winds of Change – Scorpions Music Code
myself
 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez