11/11/2010

komunikasi berkesan


kebaisaannya sebagai orang yang bersukan, kalau dalam seminggu tak dapat berfutsal sekurang-kurangnya sekali memang rasa tak sedap badan. Selasa malam lepas kerja aku terkejar2 ke BP dekat ngan menara TM kat Bangsar - konvoi bersama pergi stadium XL Segambut. almaklumlah aku ni kalau jalan berseorangan tanpa bimbingan memang akan sesat. maka eksersais dalam kete tekan clutch habeskan minyak cari destinasi sambil memaki dan menyumpah seranah. isk.. dosa2..
 
sejak 2-3 menjak ni, asek ade friendly match tak habes2. walaupon team tak hot, tapi semangat kesukanan tu amatlah penting untuk memajukan industri sukan tanahair. sehebat2 keeper amatur macam aku ni, ade jugak lah bola 2-3 kali terlepas ke dalam gawang. biasalah, kalau tak merasa pahitnya, tak syok. pengalaman mengatasi segalanya. ye tak? aku bersungguh2 menjaga gawang gol sampai bunyi perut aku menyanyi amatlah nyaring kedengaran. kadang2 bunyi cengkerik kesakitan. kadang2 bunyi washing machine lama. untuk mendamaikan suasana huru hara dalam diri, tanpa melengahkan masa lepas je game kami terus terjah kedai mamak berjemaah.
 
"ane, nan cheese 3"
 
wokay..NAJIS tigaaa..
 
"hey2..NAN CHEESEEEEE .. sebut betul2.. NAN CHEESSSEE"
 
NAN-JIS
 
huh..memang nampak improvement tapi still kene betulkan sebutan tuh.
 
"roti arab 1"
 
aaa... ROTI HARAM..
 
"grr..tak mau yang haram.. nak roti ARAB''
 
tiada..tiada..roti HARAM tiada..
 
"dia nak roti ARAB lah.."
 
buddy waiter tadi datang bagi tahu yang roti arab memang takde.
 
payah jugak nak order bila ada masalah komunikasi ni. nasib baik NAN CHEESE yang datang tu takde salutan atau calitan NAN-JIS dan kami bayar InsyaAllah menggunakan wang dari sumber pendapatan bukanlah yang HARAM. aku ingin menasihatkan pekedai2 supaya mengajarkan pekerja mereka Bahasa Melayu atau sekurang2nya sebutan yang betul untuk menu2 makanan yang mereka hidangkan supaya tidak berlaku pertengkaran antara pelanggan dan pelayan.
 
sekian.
 
TAMMAT
 
signature2

6 COMMENT on "komunikasi berkesan"

meo syg huda on November 11, 2010 at 4:06 AM said...

nan jis?

huhuhu

akak ko said...

hahahahah...lawak lah......

cikXai on November 11, 2010 at 1:58 PM said...

tny sama itu hud hud.. lak mengsilang kui mensiku.. eh btul ke

HUDA on November 12, 2010 at 10:19 PM said...

meo; wekk!

cikXai; tolong~! saye tak paham..huk2!

aleen aiden on November 13, 2010 at 12:46 PM said...

hahah,najis sungguh!

HUDA on November 14, 2010 at 2:32 AM said...

cisdel kau aleen ;P

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez