8/21/2010

ini kisah benar


Assalamualaikum semua.

aku nak share kisah benar yang terjadi kat diri aku ni. tapi aku rasa mesti korang kate aku tipu kan. tak.. aku tak tipu.. meh aku cerita. nanti korang nilai sendiri aku tipu ke tak yer..

aku jalan-jalan daki bukit. ramai-ramai dengan semua orang.. kawan2, family.. ade gak orang yang aku tak kenal. lepas tu, tetibe je ade seekor harimau mengejar dari belakang. semua orang bertempiaran berlari la. entah macam mana masing-masing berpecah dengan haluan sendiri. aku tengok harimau tu ade lagi kat belakang aku. cuak giler ni. taring panjang. mengaum2 ngan mata besar dia. aku teruskan berlari sambil berdoa supaya Allah selamatkan kami semua. tapi aku tak nampak orang lain dah. 

lepas tu aku nampak perigi macam dah usang. tapi aku tekad je la turun perigi tu. kadang2 aku pikir sengal gak kalau dia dapat terkam aku dari atas, same je kan. tapi tu je option yang aku ade. aku bergayut la kat tali perigi tu. pastu aku tgk harimau tadi dok tenung je aku kat mulut perigi. aiseh, sampai bile ni? taknak lepas kan aku ke?

aku berdoa kepada Allah SWT supaya harimau tu pergi. aku tak nampak seorang pon. aku fikir takde siapa pon yang boleh tolong aku lagi. dah nak terkucil2 menggeletar seluruh jiwa aku. lepas tu aku dengar bunyi air. ikan kot. bukan. apesal ikan ade bunyi libas2 pulak? tu amati betul2, buaya! 2 ekor pulak tu. rasa nak nangis, tapi nangis bukan dapat selesaikan segalanya. aku terus berdoa supaya aku selamat.

tetibe, ade 2 ekor tikus datang dari atas. sekor hitam, sekor putih. isk, macam drama kan cerita aku ni. tapi ni betul aku berani kerat kuku kalau korang kata aku tipu. tikus2 tu gigit tali yang aku tengah paut ni. aku dah bayangkan gigi buaya yang tajam tu. perut ia yang besar, ekor melibas2. aku hanya boleh pasrah. tapi..

tiba2 datang segerombolan lebah. lebah2 tu titiskan madu kat mulut aku. manis, sedap. aku rasa bahagia. aku rasa tenang. gembira, selesa. bleh pulak aku lupa pasal harimau, buaye ngan tikus tu kan. aku rasa macam nak selamanya lebah2 tu titiskan madu kat aku. nikmat tak terkata.

korang still cakap aku tipu ker? okelah, tukar. aku bagi nama untuk setiap haiwan tadi yer. harimau tu name dia Maut. dia sentiasa kejar aku walau ke mana aku berlari. dah la amsa aku lari tu, takde siapa pon yang boleh tolong. yang buaya tu, nama dia Munkar, yang satu lagi Nakir. tunggu je aku kat alam kubur. tali perigi tu la hayat aku. kalau panjang talinya, maka dekatlah aku dengan Munkar dan Nakir. lepas tu tikus putih namenye Siang. tikus hitam namenye Malam. kejenye dok kikis talian hayat aku. lebah yang bawak madu tu? tu la nikmat dunia. sampai lupa segala kan. dah tak ingat pon segala kesusahan tadi. berdoa bila tiba maut depan mata. nauzubillahiminzalik. aku tak mau jadi macam tu. 

aku tak tipu kan. semua orang sedang dikejar harimau sekarang. jadi, ingatlah Allah selalu disamping menikmati keindahan dan kemanisan madu itu. bak kata Imam Ghazali, orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat mati. babai.
signature2

6 COMMENT on "ini kisah benar"

aleen adela akoo ^_* on August 21, 2010 at 3:36 PM said...

ah aku xpedulik.aku nak kate ko tipu jugak.apesal xguna watak sebenar dr asal klo ko xnk tpu?keh3 ;P

aleen adela akoo ^_* on August 21, 2010 at 3:37 PM said...

n3 ko byk mengajar aku tentang sesuatu.thanx babe.
dwet raye taun nih up cket ye.wiiiii

HUDA on August 21, 2010 at 3:48 PM said...

wekk.ikut ske aku lar~ lalalalala

eh, ko nak kasi aku duet raye up banyak? kecik tapak tangan aku, beg tarik aku tadahkan. i lap u lebih muahh ;)

Aidi-Safuan on August 21, 2010 at 5:54 PM said...

takde! ko tipu. xkire. sebab ko da tipu aku, ko kena belanja aku mekdi gak!

Jackpot_Jep on August 22, 2010 at 2:17 PM said...

best cite ko...banyak pengajaran...

HUDA on August 22, 2010 at 11:32 PM said...

aidi; boleh..gi lah order..sebut nama I oke ;P

jep; huhu.tenkiu. tapi idea asal bukan aku punye..ngeh2

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez