6/11/2010

Seorang isteri dan kelebihannya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. apa khabar? harap-harap sihat belaka. ye lah, malam ni kan perlawanan antara South Africa dan Mexico sebagai pembuka tirai piala dunia lepas tu sambung plak Uruguay ngan France. huh, seb bek esok cuti kan. hehe. tahu gak aku even tak amek port sangat pasal FIFA neh. hehehe

okelah, tak mau bebel panjang-panjang. mari kita lihat antara kelebihan seorang wanita yang bergelar isteri. (walaupun aku masih sunti, tapi tak salah kan share bende baik.. hehe)

sepanjang tempoh seorang wanita itu mengandung, Allah sentiasa ampunkan dosanya. lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis. inilah yang dinamakan nikmat yang Allah berikan kepada wanita. jadi para wanita sekalian, jangan ada perasaan takut untuk beranak ye. (cakap lebih jer aku neh. huhu)


yang belakang tu, seorang isteri. yang agak comel tu, seorang anak gadis.

Jika seorang wanita itu meninggal dunia sewaktu bersalin, dia dianggap mati syahid. Allah izinkan masuk syurga.tapi untuk orang yang bukan Islam, dia tak dapat masuk syurga, tapi diringankan siksa kubur. lepas tu pula, semua kebaikan suaminya, dia (isteri) dapat pahala. tapi dosa tak tanggung. best kan. jadi, janganlah putuskan tali yang kita pegang kepada Allah.

Kat akhirat kelak, wanita akan dapat pahala extra. jeles tak wahai lelaki? hehe. yelah, kan da kate tadi, kalau suami wat kebaikan, isteri dapat pahala. contohnye isteri redha suami pergi solat jemaah kat Masjid/surau ker, bersedekah, menuntut ilmu dan macam-macam lagi lah perkara mehmudah kan. tapi sang suami jangan risau, sebabnye kalau mase nak lalu kat titian sirat nanti, pahala tadi boleh di share. jangan kate masa hidup, dah mati hidup semula pun boleh share pahala. hehehe. jadi banyak2lah buat amal kat dunia ni. nanti isteri boleh kasi extra pahala tadi untuk share. hehe

lelaki, tanggungjawab berat. dosa-dosa anak-anak dan isteri-isteri yang tak didik dia kene tanggung. si isteri pun tak boleh derhaka pada suami okay~

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

itu sahajalah, dari seorang gadis untuk para wanita yang bergelar isteri dan  yang bakal menjadi isteri.



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ 
.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.” (HR. Abu Dawud)

renung-renungkan dan marilah beramal bersama-sama~

signature2

4 COMMENT on "Seorang isteri dan kelebihannya"

timhar on June 12, 2010 at 1:43 AM said...

hmm.. jeles seh..
lagi satu nak tambah.. wanita tidak diwajibkan tuk pergi berjihad tetapi cukup sekadar mentaati suami yang mana pahalanya sama dengan pahala jihad.. renung2kan..selamat beramal..

HUDA on June 12, 2010 at 8:24 AM said...

ooo...macam tu eks..betul2. suami bagi pahala kat isteri, tapi kalo isteri tak taat, isteri bagi dosa kat suami. huu, sian para suami.

akira sendoh on June 12, 2010 at 6:47 PM said...

sya syg n taat pd bakal suami sayer..hehe..(tak msk tajuk pon ek..hehe..)

HUDA on June 14, 2010 at 12:27 AM said...

takpe3..simpan azam tu baek2 key~ hehe

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez