6/25/2010

Cuti-cuti Malaysia Sarawak #7


Assalamualaikum dan salam sejahtera. okay i janji ini yang terakhir. risau pulak  nanti si Aleen flag blog aku. hahaha.

ade satu hari yang agak bosan, aku jalan-jalan sorang-sorang kat muzium. lepas tu salah satu muzium neh kalo nak masuk kene bayar. aku pon usha la, adult = RM4. alamak, aku ni bukan seorang yang berjiwa seni nak tengok mende-mende kat muzium neh. tapi alang-alang dah sampai kan, so aku pon tekad la untuk melihat-lihat.

mula-mula aku berpura-pura tanya Cina yang jage kaunter tu 

"nak masuk kene bayar ker?"

"haah, student RM1 jer. tengok itu fosil kat atas."

aku diam. aku pusing-pusing lobby berkira-kira nak masuk ke tak. takpelah apelah sangat RM4 kan. so aku pon keluarkanla 4 keping RM1.

"eh, student RM1 saja"

"err..saya takde student card" <- penipu besar aku neh. aku bukan student sah2 takde student card ^^

"takpa..takpa.. RM1 saja"

oh, aku sangat bersyukur. nasib baik aku masih berupa seperti student. aku check resit; bertulis

"Secondary School Student/
Children below 12 years:
RM1.00 per entry"

hihihihi~ tapi itu sudah melampau. aku bukan budak sekolah lagi.. sob sob. tak mengapalah. kejujuran hatimu itu ku maafkan kihkih. tu jerlah. nak upload gambar fossil tapi malas. bole kan~ bubbye..
signature2

4 COMMENT on "Cuti-cuti Malaysia Sarawak #7"

meo188 on June 25, 2010 at 11:08 PM said...

mee kolok!!! :D

HUDA on June 25, 2010 at 11:16 PM said...

errr...mee kolok dah abes. heheheheh ;P

Chybee on June 26, 2010 at 1:29 AM said...

hahaha...huda mmg sgt kecil ke? budak sekolah? cute giler. hehehe

HUDA on June 26, 2010 at 10:36 AM said...

oh tidak chybee~ jangan tertipu..badan saye amatlah besar. hihihi

 

[expect] the un[expect]ed Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez